Friday, May 30, 2008

Machiavellianisme : Satu Realisme Politik? Bahagian II


Otto Von Bismarck seorang Canselor Jerman pada kurun ke-19.Memerintah Prusia dengan cara Machiavelli iaitu darah dan besi juga mengetepikan tradisi dan peraturan Reichstag.Reichstag ialah Parlimen Prusia.

Melalui Machiavelli, Bismarck menggunakan beraneka cara bagi menumpaskan pihak yang menentang matlamat politiknya.Bismarck menipu, mengugut, mungkir janji, menekan dan berperang.Matlamatnya menyatukan Jerman.

Dalam pada itu dia juga bersedia memujuk rayu, berkompromi, berkawan semula dengan bekas musuh, menyaingi atau mengatasi program pihak lawan dengan sesuatu yang lebih baik.

Bagi Bismarck matlamat mewajarkan cara.Dasar baik kalau boleh dasar jahat kalau perlu.

Thursday, May 29, 2008

Kelas Pencerahan Professor Kangkung : Gades Jombang Korea Atau R&D Korea


Selepas puas hati dibelasah Dr Zainal 21-1, saya mengambil tempat di sisi gelanggang.Dr Zainal mula bersurah mengenai kebangkitan Korea dalam acara sukan seperti badminton, hoki, takraw dan bolasepak.

Katanya, Korea kini telah bangkit menjadi salah sebuah gergasi sukan.Sebabnya adalah bukan kerana mata mereka sepet mahupun kerna kulit mereka yang putih lagi menggebukan tetapi kerana mereka mempunyai struktur ‘research & development’ yang terancang..

Hasilnya, mereka telah ke separuh akhir Piala Dunia dan ke perlawanan akhir Piala Thomas.Apabila bertanya tentang 'R&D' Malaysia, dia hanya tersenyum.

Saya ingin sekali sampai ke bumi Korea.Tetapi bukan kerana ingin menyiasat bomoh 'R&D' mereka kerana saya bukan Pegawai Belia dan Sukan tetapi ingin ketemu Song Hye Gyo si gades jombang beraja dimata bersultan dihati.

Wednesday, May 28, 2008

Kisah Klasik : Yellow Pages


Menerima panggilan dari seorang sahabat yang menghadiri majlis persaraan bondanya yang tercinta.Dia bersurah bahawasanya di dalam majlis itu dia telah berjumpa dengan seorang guru yang paling garang dalam sejarah persekolahan kami.

Teringat kisah lama tatkala masih dibangku sekolah dimana cikgu itu pernah menghempuk buku ‘yellowpages’ di atas kepala atas alasan sayalah manusia yang bertanggungjawab menulis perkataan menghina kepimpinan kerajaan ketika itu.

Adakah benar saya yang menulisnya? Adakah benar saya yang bersalah? Adakah benar hanya saya seorang yang terlibat? Kes ini masih belum dibawa ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague untuk diadili.. Hahaha itu hanyalah secebis kenangan silam ketika kemuncak era reformasi.Hentakan ‘yellowpages’ menjadikan saya kini sebagai Borjuis Nasional tidak syak lagi

Tuesday, May 27, 2008

Kelas Pencerahan Professor Kangkung : Borjuis Nasional Yang Sangat Realis


Kelas pencerahan malam ini bersama En Azizan sungguh hangat lagi menghangatkan.Bermula dengan isu beza antara patriotisme dengan kewarganegaraan.Setelah penerangan dibuat saya telah merungkaikan sedikit kesimpulan dimana “Setiap warganegara tidak semestinya patriotik tetapi setiap perlakuan patriotik datang dari warganegara”.Kesimpulan ini tidak dipersetujui oleh En Azizan.

En Azizan membuka langkah seterusnya mengenai gagasan Bangsa Malaysia.. Haha kini giliran hamba menjadi pembangkang paling mampan.Saya secara total tidak bersetuju dengan gagasan Bangsa Malaysia kerana setiap bangsa mempunyai asas dan struktur kewujudan yang konkrit.Bangsa adalah Melayu atau Cina atau India atau Bidayuh manakala Malaysia adalah sebuah negara.Untuk meMalaysiakan kesemua bangsa tadi adalah satu tindakan yang karut lagi marut.

Sebagai contoh, Israel adalah nama negara dan Yahudi adalah nama bangsa yang menetap di negara Israel.Adakah wajar bagi bangsa Arab dari negara Palestin berada di kalangan Bangsa Yahudi bermastautin di Israel dipanggil sebagai Bangsa Israel?

Marilah bersama saya menyatakan sokongan bahawa menegarakan bangsa-bangsa untuk kepentingan politik adalah sesuatu kepercayaan khurafat yang sangat menyesatkan.

Akhirnya kami berdamai jua tetapi masih mengekalkan status quo sebagai musuh yang paling intim

Monday, May 26, 2008

Machiavellianisme : Satu Realisme Politik? Bahagian I



Sempat juga akhirnya menelaah buku Machiavellianisme : Satu Realisme Politik?.Machiavellinisme adalah satu pemikiran politik yang dihasilkan oleh Niccolo Machiavelli (1469-1527) dilahirkan di Florence, Italy.Dia adalah seorang ahli fikir yang amat masyhur pada zaman Renaissance.Antara karya agungnya ialah The Prince antara lainnya ialah Discourses On The First Decade of Livy’s History, Art of War dan Florentine History.

Machiavellinisme diertikan sebagai tindakan politk yang lebih mengutamakan hasil daripada cara.Dalam erti kata mudahnya matlamat menghalalkan cara.Ianya dikenali juga sebagai realpolitik.Makanya mereka yang mengamalkan cara itu digelar Machiavellian.

Dalam sejarah, ramai saja negarawan, ahli politik atau tokoh yang bersikap Machavellian.. ganas, zalim dan tidak berperikemanusian untuk mendapatkan, mengekalkan dan meneruskan kuasa.

Antaranya ialah Otto Von Bismarck (1815-1898) katanya “Persoalan besar pada masa ini bukan ditentukan dengan pidato dan revolusi golongan majoriti, tetapi dengan darah dan besi”

Siapakah Otto Von Bismarck yang celaka ini?

Sunday, May 25, 2008

Kenangan Bersama Hishamuddin Rais Pemikir Yang Bisa Mendobrak Dunia


Sabtu tengahari memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan niat hati ingin bertemu si buah hati lalu mengajaknya pergi mencari buku tulisan Hishamuddin Rais.Setelah jenuh mencari di kampung halaman tidak ketemu.Saya mengambil keputusan ke Pasar Seni mencari kedai dimana buku itu dilancarkan.

Sesat juga mencari pasar seni dari Shah Alam.Hahaha sebenarnya menjadi kewajiban untuk sesat di Kuala Lumpur.Kalau tidak sesat itu petanda yang tidak baik.Akhirnya jalan ke pasar seni ketemu jua.

Apa yang paling mengejutkan ialah bukan buku yang dapat dicari.Tetapi berpeluang berjumpa dengan penulis buku tersebut yang sememangnya dikagumi sejak sekian lama iaitu Hishamuddin Rais.Kepada Encik Rock janganlah Tuan Hamba mencemburui Hamba ya..

Panjang juga ngobrol dengan Isham.Menyeronokkan dan meransang minda, sempat berdiskusi dari falsafah, pengalaman menjadi pelarian dan pegangan politik.Kelas pencerahan minda malam itu diteruskan dengan pengalaman menjadi tahanan ISA, demostrasi Baling 1974, kesucian perjuangan mahasiswa tahun 70an dan beberapa tragedi lainnya.Tidak terkecuali mengenai sahabat baik beliau Allahyarham Rustam A Sani dan Ezam Mohd Nor.

Isham menasihati saya supaya bahawa jangan cepat mengagumi seseorang tokoh itu sehinggalah saat kematiannya tiba kerana kita tidak tahu apa tindak-tanduknya keesokan hari.Isham sendiri selepas bebas dari tahanan ISA disambut sebagai wira rakyat.Tetapi dia tidak mahu diberi gelaran Wira,...... Saga, Kancil atau Kembara kerana dia bukanlah seorang berhala bergerak yang bernama kereta.

Sedang rancak ngobrol, saya diperkenalkan dengan Dicky Sofjan seorang sarjana dari Indonesia yang pernah menjadi pensyarah Universiti di Jepun mahupun di Malaysia dan seorang yang anti-Jepun sama macam Isham.

Malangnya, buku yang diidam-idamkan tidak juga ketemu.Mengatur lain janji temu dengan Isham untuk mendapatkan buku.

Friday, May 23, 2008

Buku Yang Sedang Dicari


Buku tulisan Hishamuddin Rais ini sedang dicari

Thursday, May 22, 2008

Talkin Untuk Manchester United


Sebenarnya bukan senang untuk saya bangkit dari katil ketika waktu sampai ke kemuncak mimpi.Tetapi demi untuk melihat kekalahan Manchester United saya gagahkan juga.Berbeda dengan teman serumah yang sememangnya akan berjaga dan berlabon mengenai bolasepak.

Bangkitnya saya dari lamunan terhenti bukanlah beerti saya menyokong pasukan Chelsea.Saya tidak murtad dari menjadi penyokong sejati Liverpool.Kebangkitan saya dari zaman kegelapan hanya untuk mentalkinkan pasukan paling arrogant dalam dunia iaitu Manchester United.

Malangnya, talkin itu sudah ditakdirkan milik Chelsea.

Si Bomba Yang Lembab

Mendapat arahan untuk bertugas di tapak perkhemahan peringkat negeri bukanlah satu yang menyeronokkan.Tapi dek kerana tugas terpaksalah diikutkan sahaja arahan sang penguasa.Mujurlah ditemani rakan-rakan puak sunnah melegakan hati.Rakan-rakan puak sunnah semuanya mengeluh bimbang terlepas aksi final Piala Juara-Juara Eropah.

Malangnya bekerja dengan si bomba lembab mengusutkan hati perut.Sementelah sampai di tapak kesemua bahan-bahan untuk dikerjakan petang itu tidak ada termasuklah si bomba lembab yang masih belum sampai.Janjinya sebelah petang selepas asar, sehingga maghrib batang hidung pun tak nampak.

Kala menjelang maghrib urusan akhirat didahului di rumah Ustaz Zek.Sempat berduskusi mengenai Acheh tempat mengaji yang dilanda tragedi.Diskusi diteruskan dengan kisah Politik Pencen keluar UMNO.Berbagai teori dilontarkan puak-puak sunnah.Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.Biarkan-biarkan

Kembali ke tapak perkhemahan si bomba lembab masih terus terkial-kial menyediakan bahan.Hati puak sunnah kian membara.Mau saja dicampak si bomba lembab ini ke dalam hutan.Akhirnya kerjaan selesai waktu menghampiri tengah malam.

Dalam perjalanan pulang menghampiri ke pagi, sempat juga menjamu perut dengan char kue tiaw.Perjalanan pulang diteruskan bimbang terlepas aksi final.Dalam perjalanan pulang masih sempat kami berdiskusi mengenai Wahabi, Sunni, Syiah, Karbala, Hassan Hussin, Ali dan Muawiyah.Lupa seketika berahi untuk Chelsea.