Tuesday, May 27, 2008

Kelas Pencerahan Professor Kangkung : Borjuis Nasional Yang Sangat Realis


Kelas pencerahan malam ini bersama En Azizan sungguh hangat lagi menghangatkan.Bermula dengan isu beza antara patriotisme dengan kewarganegaraan.Setelah penerangan dibuat saya telah merungkaikan sedikit kesimpulan dimana “Setiap warganegara tidak semestinya patriotik tetapi setiap perlakuan patriotik datang dari warganegara”.Kesimpulan ini tidak dipersetujui oleh En Azizan.

En Azizan membuka langkah seterusnya mengenai gagasan Bangsa Malaysia.. Haha kini giliran hamba menjadi pembangkang paling mampan.Saya secara total tidak bersetuju dengan gagasan Bangsa Malaysia kerana setiap bangsa mempunyai asas dan struktur kewujudan yang konkrit.Bangsa adalah Melayu atau Cina atau India atau Bidayuh manakala Malaysia adalah sebuah negara.Untuk meMalaysiakan kesemua bangsa tadi adalah satu tindakan yang karut lagi marut.

Sebagai contoh, Israel adalah nama negara dan Yahudi adalah nama bangsa yang menetap di negara Israel.Adakah wajar bagi bangsa Arab dari negara Palestin berada di kalangan Bangsa Yahudi bermastautin di Israel dipanggil sebagai Bangsa Israel?

Marilah bersama saya menyatakan sokongan bahawa menegarakan bangsa-bangsa untuk kepentingan politik adalah sesuatu kepercayaan khurafat yang sangat menyesatkan.

Akhirnya kami berdamai jua tetapi masih mengekalkan status quo sebagai musuh yang paling intim

3 comments:

nasrul said...

Aku setuju dengan ko Fared. Semangat ke'bangsa'an tak akan dpt kita elakkan..

pendapat aku,
rakyat malaysia yg berlainan latar belakang akan menjadi lebih matang jika didedahkan dengan sentimen perkauman yg terkawal...
sentimen perkauman akan mewujudkan pegangan jati diri yg teguh..

razuwahanim said...

wahhh ayatmu sungguh bermadah puitis..
tapi blom sempat nak baca semua entri ko, nanti kalo dah tak bz aku serang hendap lagi ke sini yerr

p/s: semangat patriotik dalam diri aku sendiri dah merudum sbnrnya. Niway, ape yg ko tulis tu mmg make sense...

ItuAku said...

aku pun x kurang jugak setujunya..
tapi bg aku orang kita di zaman hari ini.. bukannya tak patriotik terhadap bangsa,agama dan negara mereka.. tetapi terlebih patrio...
bagi mereka .. HANYA APA YANG AKU KATA SAHAJA YANG BETUL.. ORANG LAIN NAK MASUK.. SIAP...

IDEA MYBE DATANG DARI ORANG BERBEZA TETAPI KITA JARANG BERMUAFAKAT TENTANG SATU SATU PEKARA..
ITU LAH MASALAHNYA BILA PHD/EGO MELEBIHI KEUPAYAAN YANG SEBENAR-
BENARNYA..