Monday, May 26, 2008

Machiavellianisme : Satu Realisme Politik? Bahagian I



Sempat juga akhirnya menelaah buku Machiavellianisme : Satu Realisme Politik?.Machiavellinisme adalah satu pemikiran politik yang dihasilkan oleh Niccolo Machiavelli (1469-1527) dilahirkan di Florence, Italy.Dia adalah seorang ahli fikir yang amat masyhur pada zaman Renaissance.Antara karya agungnya ialah The Prince antara lainnya ialah Discourses On The First Decade of Livy’s History, Art of War dan Florentine History.

Machiavellinisme diertikan sebagai tindakan politk yang lebih mengutamakan hasil daripada cara.Dalam erti kata mudahnya matlamat menghalalkan cara.Ianya dikenali juga sebagai realpolitik.Makanya mereka yang mengamalkan cara itu digelar Machiavellian.

Dalam sejarah, ramai saja negarawan, ahli politik atau tokoh yang bersikap Machavellian.. ganas, zalim dan tidak berperikemanusian untuk mendapatkan, mengekalkan dan meneruskan kuasa.

Antaranya ialah Otto Von Bismarck (1815-1898) katanya “Persoalan besar pada masa ini bukan ditentukan dengan pidato dan revolusi golongan majoriti, tetapi dengan darah dan besi”

Siapakah Otto Von Bismarck yang celaka ini?

4 comments:

Just said...

Siapakah Otto Von Bismarck yang celaka ini?

Huhu..Aku la tu...

Antaranya ialah Otto Von Bismarck (1815-1898) katanya “Persoalan besar pada masa ini bukan ditentukan dengan pidato dan revolusi golongan majoriti, tetapi dengan darah dan besi”

klau guna KUKU BESI?

Farid Abu Talib said...

darah dan besi sama sahaja dengan kuku besi.. Otto Von Bismarck yang celaka akan bersambung bahagian ke dua.. hahaha bisa diatur Bapak Just

Rock Oi! said...

Otto Von Bismark adalah Vice president dalam oil n gas division..sbb dia suka hantuk2kan kepala kat besi sampai berdarah kepalanya..gades jombang..aku x mengenali beliau la,sbb tu aku x leh jadi chekgu sejarah...ehhhe

nasrul said...

Otto Eduard Leopold von Bismarck atau nama pendeknya Otto Von Bismarck ni merupakan Chancellor pertama semasa pembentukkan German Empire 1871..
Dia mendapat gelaran "Iron Chancellor"...

Kisah beliau turut termuat dalam buku teks kbsm sejarah tingkatan 4.