Sunday, May 25, 2008

Kenangan Bersama Hishamuddin Rais Pemikir Yang Bisa Mendobrak Dunia


Sabtu tengahari memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan niat hati ingin bertemu si buah hati lalu mengajaknya pergi mencari buku tulisan Hishamuddin Rais.Setelah jenuh mencari di kampung halaman tidak ketemu.Saya mengambil keputusan ke Pasar Seni mencari kedai dimana buku itu dilancarkan.

Sesat juga mencari pasar seni dari Shah Alam.Hahaha sebenarnya menjadi kewajiban untuk sesat di Kuala Lumpur.Kalau tidak sesat itu petanda yang tidak baik.Akhirnya jalan ke pasar seni ketemu jua.

Apa yang paling mengejutkan ialah bukan buku yang dapat dicari.Tetapi berpeluang berjumpa dengan penulis buku tersebut yang sememangnya dikagumi sejak sekian lama iaitu Hishamuddin Rais.Kepada Encik Rock janganlah Tuan Hamba mencemburui Hamba ya..

Panjang juga ngobrol dengan Isham.Menyeronokkan dan meransang minda, sempat berdiskusi dari falsafah, pengalaman menjadi pelarian dan pegangan politik.Kelas pencerahan minda malam itu diteruskan dengan pengalaman menjadi tahanan ISA, demostrasi Baling 1974, kesucian perjuangan mahasiswa tahun 70an dan beberapa tragedi lainnya.Tidak terkecuali mengenai sahabat baik beliau Allahyarham Rustam A Sani dan Ezam Mohd Nor.

Isham menasihati saya supaya bahawa jangan cepat mengagumi seseorang tokoh itu sehinggalah saat kematiannya tiba kerana kita tidak tahu apa tindak-tanduknya keesokan hari.Isham sendiri selepas bebas dari tahanan ISA disambut sebagai wira rakyat.Tetapi dia tidak mahu diberi gelaran Wira,...... Saga, Kancil atau Kembara kerana dia bukanlah seorang berhala bergerak yang bernama kereta.

Sedang rancak ngobrol, saya diperkenalkan dengan Dicky Sofjan seorang sarjana dari Indonesia yang pernah menjadi pensyarah Universiti di Jepun mahupun di Malaysia dan seorang yang anti-Jepun sama macam Isham.

Malangnya, buku yang diidam-idamkan tidak juga ketemu.Mengatur lain janji temu dengan Isham untuk mendapatkan buku.

7 comments:

nasrul said...

wah semakin hebat penulisan ko yek.
dah boleh berfalsafah dan menulis secara humor...nice

len kali sertakan la sekali gambar ko bersama Isham..

Farid Abu Talib said...

aku kt penang tatkala ini.. haha erlupe membawa kabel usb.. akan diusahakan nnt

nasrul said...

kasihan warga johor
sudahlah maruah jatuh tersembam
tanahnya pulak tergadai

perjanjian jual beli air,
pulau batu putih, pulau pisang...
halliburton yahudi,
pelacuran iskandar malaysia..

kasihan warga johor
dibalas sedemikian rupa
sbg kubu kuat amno
masih tidur lagi kah warganya??!
masih buta belum celik??!
kasihan warga johor..

Farid Abu Talib said...

Permasalahan berat mengundang kegusaran Encik Nasrool perlu diusahakan jawaban.. berikanlah warga johor untuk merungkai permasalahan ini..

Anonymous said...

berat sungguh permaslahan nih..
\buang lah word veri... susah nak komen!

Rock Oi! said...

warga johor skg bukan lagi pure dari jawa, temasek mahupun chao phraya..akan tetapi warga johor yg mendatang dari negeri2 jiran yg terpengaruh dgn pemikiran yg hampir jumud..mcm aku mmg pioneer dari kabupaten..amat payah skali hendak di pengaruhi oleh budaya pemikiran persekitaran,,

aku x jeles lagi en pared dgn ketemuan mu dgn Isham..pasal Aku Ketahuan selagi gambar dia ngan ko sedang ber moles2 x upload lagi kat sini,jauh skali utk di cemburui..heheh.. nnti ko bila aku dapat tarik akill hayy jadi vokalis band aku nnti,aku jeles kan ko lak..ahahah..aku nak suh dia nyanyi lagu sejati versi irama dangdut tali kecapi,kenyang peurt suka hati..

Rock Oi! said...

huyoo..hebat2...gambar ngan isamuden tuuu...hehehe...tapi igt,bak apa yg ko dgr yg dia kata,jgn terlalu fanatik mengagumi seseorang tokoh..