Wednesday, July 23, 2008

Mari Berpesta Bersama Saya


Saya telah berpesta.Saya berpesta bukan kerana hari lahir saya telah jatuh pada hari ini.Saya berpesta bukan kerana saya telah menyunting si gadis manis Dayana Mendoza dari Venezuela.Saya berpesta kerana Radovan Karadzic si aparat yang celaka telah ditangkap

Bukan saya sahaja yang berpesta pada hari ini, sanak-saudara saya yang berada di Sarajevo turut meraikannya dengan membanjiri jalanraya sambil menyanyi dan melaungkan nama sesiapa sahaja yang dikenali.Mereka juga menggunakan hon kereta untuk meraikan rasa gembira.Wajib bagi saya untuk bersama mereka merayakan hari yang bersejarah ini.

Saya masih dapat mengingati dengan jelas bagaimana nama aparat ini akan sentiasa tersembul keluar dari mulut Harjit Singh Dillon atau Farit Ismeth Emir mahupun Hasyim Embi.Meraka akan menyampaikan berita kezaliman dan kekejaman malaun ini ketika dia berkuasa dengan membunuh ribuan penduduk Islam Bosnia.Walaupun ketika itu saya masih kecil tetapi menjadi kegemaran saya untuk bertenggek di depan televisyen untuk mendengar berita dari Balkan.Adalah wajib bagi saya ketika itu untuk mendengar berita mengenai Sarajevo.Pada hemat saya kekejaman ini sungguh menyakitkan dan saya sungguh bersimpati dengan nasib penduduk Sarajevo.

Pernah saya dibaraikan ibu saya kerana menyampaikan hasrat supaya keluarga kami mengambil anak angkat dari Bosnia ini.Kini setelah 13 tahun berlalu.Saya tidak lagi menyampaikan hasrat itu kepada ibu saya dan saya bertambah yakin dengan berita ini ibu saya juga akan turut gembira.

Jika saya diberi pilihan sama ada keluar ke taman bunga dengan Dayana Mendoza atau melempang si malaun Radovan Karadzic, saya akan memilih untuk melempang si malaun Radovan Karadzic ini.

4 comments:

Amz CamPro said...

amin...mampuh die...

Anonymous said...

klu saya....saya tidak memilih utk melempangnye lelaju!!!akan tetapi saya lebih selesa untuk menggunakan pendekatan atau cara yg lebih lama iaitu dengan menunjal kepalanya di khalayak ramai!!!ayuh...bolos saja dinding itu....

razuwahanim said...

wahhh murni sungguh niat mu utk menambah ahli keluarga dari kalangan sarajevonese (btol ke kosa kata aku nih?!)

kalo aku di beri peluang, mesti aku pilih untuk ikat dia kat pokok rambutan yang di penuhi kerengga yang ramping2 belaka ittewww selama 3 hari 3 malam. cukup malam yang ketiga akan ku mandikan beliau dengan cuka getah hahahaha. marilah!!!!

Rock Oi! said...

arghhh,....aku x sempat nak baca yg ni laaa,..

lalalallaa kerjaaa kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa