Monday, July 7, 2008

Kenduri Kahwin Dan Makan Free

Beberapa hari lalu saya telah menghadiri satu majlis kenduri kahwin.Sememangnya saya agak suka untuk menghadiri majlis seumpama ini kerana sudah tentu saya dapat melihat bagaimana adat istiadat Melayu berpesta merayakan tamatnya zaman bujang.Pada hemat saya pesta ini patut sama-sama kita rayakan.

Sepanjang hidup, sudah banyak kali saya berpesta merayakan kenduri kahwin ini.Ada yang diadakan di bandar ada juga yang di adakan di kampung dan bagi golongan yang berkemampuan mereka mengadakan pesta ini di hotel atau ‘rest house’.Saya tidak peduli mengenai lokasi yang penting jika ada kelapangan, saya pasti akan muncul.Salah satu daripada keseronokannya ialah apabila malam muncul tiba.Waktu ini biasanya diadakan majlis nyanyi-menyanyi.Saya adalah seorang warga yang tidak akan melepaskan peluang untuk menyanyi secara percuma.Pernah sekali saya berpeluang menyanyi di khalayak sambil diiringi “live band’ kampung.Tercengang juga Pak Imam dan Pak Lebai melihat kehebatan saya mendendangkan lagu A. Rahman Onn.Tetapi selepas itu saya cepat-cepat berjumpa dengan Pak Imam dan Pak Lebai memohon ampun maaf kerana telah melaghokan mereka.

Walaubagaimanapun, saya melihat ada sesuatu yang pelik lagi memelikkan di dalam budaya berpesta merayakan kenduri kahwin ini.Kebanyakan dari rakan-rakan saya berkata mereka amat seronok ke pesta kenduri kahwin ini kerana mereka akan dapat makan ‘free’.Saya telah menolak dakwa-dakwi mengatakan merayakan pesta kenduri kahwin adalah satu acara makan secara percuma.Kepercayaan ini adalah kepercayaan yang saya kira karut dan tidak munasabah.Inilah yang dikatakan budaya pelik lagi memelikkan.

Saya menolak dakwa-dakwi ini kerana kebelakangan ini saya tidak pernah lagi melihat makan di kenduri kahwin sebagai makan ‘free’.Apa yang saya perhatikan ialah apabila kita selesai makan kita perlu mengadap tuan rumah untuk membayar apa yang telah kita telan.Waktu mengadap tuan rumah inilah waktu yang selalu memotong keberahian saya untuk berpesta.Selalunya apabila selesai kenduri kahwin saya telah menjadi pokai kerana duit saya telah disita oleh pihak tuan rumah.

Sebenarnya acara mengadap tuan rumah ini mempunyai tanda dan makna.Tanda dan makna ini memberi pengertian yang mendalam.Pengertian bahawa tiada yang percuma di alam fana ini.Tanda pertama ialah kita perlu menunjukkan bahawa kita adalah tetamu yang sudi datang berpesta merayakan majlis kenduri mereka.Tanda kedua ialah kita perlu bersalam dengan tuan rumah tanda terjalinnya ikatan mesra.Sambil bersalam itu kita juga diwajibkan meletak duit di dalam tangan kemudian melepaskan duit tadi untuk disambut oleh tuan rumah.Bagi saya budaya ini sangat pelik.Budaya pelik ini dinamakan sebagai budaya salam kukut.Selalunya bayaran yang menjadi kebiasaan ialah RM10.Mengapakah RM10? Adakah jumlah yang kita makan tadi termasuk air sirap rewang ini berjumlah RM10.Mengapa tidak RM5.50 mengikut harga pasaran di kedai mamak? Mengapa perlu bermain sorok menyorok didalam tangan untuk membuat bayaran? Mengapa tidak menghulurkan dengan cara yang biasa atau diletak di dalam sampul surat?Adakah ini juga salah satu seni bergurau didalam masyarakat kita? Ataupun satu permainan silap mata?

Lebih menyirapkan hati apabila tuan rumah ini akan kehulu dan kehilir bergentayangan membawa beg besar untuk menyimpan duit yang diperolehi melalui salam kukut itu.Ada juga yang akan duduk berpeleseran di satu kawasan keluar masuk tetamu dengan harapan akan dapat bersalam kukut dengan seramai mungkin tetamu yang datang.

Pada hemat saya kegilaan untuk mengumpul wang dari tetamu ini adalah satu tindakan yang sangat menjelikkan.Lebih menjelikkan apabila buah tangan atau ‘goodies’ hanya akan diberi kepada sesiapa yang bersalam kukut sahaja.Ini membawa tanda dan makna bahawa salam kukut ini adalah agenda penting tuan rumah untuk dirayakan bersama tetamu.Kita perlu berhati-hati, jika tidak bersalam kukut kita pasti akan berjalan pulang dengan tangan kosong.

Kegilaan ini bagi saya akan menyebabkan keberahian untuk merayakan kenduri itu sendiri menjadi hambar.Menjadikan salam kukut ini sebagai salah satu dari adat budaya perlu dianggap sebagai sesuatu yang bebal.Kebebalan ini haruslah kita musnahkan agar ianya tidak membawa malapetaka kepada masyarakat.Kebebalan ini juga haruslah kita lenyapkan agar adat dan budaya kita tidak menjadi songsang.

Bagi mereka yang sedang pokai mungkin sahaja akan melarikan diri dari menghadirkan diri ke kenduri kerana makan tengahari sahaja mereka perlu membelanjakan RM10.Itu jika baru satu kenduri.Bayangkan pada hari itu ada lapan kenduri.Pasti warga kita akan bernanah otak mereka meleleh sampai ke kaki.

Tetapi perlu diingat, jika ada tetamu yang datang ikhlas ingin memberi sumbangan bagi saya adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu ditolak.Tetapi kegilaan untuk mengumpul wang ketika waktu kenduri sehingga membuka kaunter pembayaran telah menjadikan budaya Melayu itu tidak lagi indah.Ianya juga akan merubah rupa paras tuan rumah tidak ubah sebagai seorang tokey funfair yang sedang menjaga kaunter tiket funfairnya.

Seringkali saya ke pesta kenduri kahwin, saya hanya datang untuk marayakan kehidupan tetapi bukan untuk memusnahkan adat budaya itu.Setiap kali ingin pulang saya akan mengelak dari berjumpa dengan tuan rumah.Saya mengelak adalah untuk menyelamatkan diri saya dari budaya songsang ini.Tetapi jika suatu hari nanti saya tertangkap kerana tidak bersalam kukut saya akan redha.Saya akan berkata kepada tuan rumah “Err Pak Cik, boleh saya dapatkan no akaun? Saya berjanji akan membuat bayaran melalui Maybank2u yer!!” lalu saya akan terbarai ketawa disitu.

6 comments:

Anonymous said...

sebenarnya cikgu pared...tuan rumah tu mmg sengaja nak menghidupkan kembali budaya kejar-mengejar seraya nyorok-menyorok di kalangan para tetamu yg diundang!!ini kerna budaya tersebut dilihat semakin dilupai di kalangan masayarakat melayu sekarang terutamanya para remaja yg lebih senang bermain acara mari membentes kaki lembu beramai-ramai....sekian terima kasehhhhhh......

Just said...

huhu...nt time aku kawen aku xbuat kaut nih melaenkn sblh pompuan(sbb die yg uruskn).klau sblh aku xksah punye..tp klau ikhlas nk bg aku terima je..hehe..make sure ikhlas eh.

aku pn pelik knp mesti ade salam kaut? xsama ke mcm makan kt TAWAKAL,FR(fatimah restaurant),R.Ehsan? huhu..

ItuAku said...

#ada orang menyatakannnya sebagai budaya..
#tetapi tak ramai orang menganggapnya adat ..
#kalau dilihat kebelakangan ini ia dah menjadi trend.. semakin Glam majlis tersebut semakin menjadi la juru tolnya..
#mungkin kalau x dibenteras is bakal menjadikan kenduri kawen kendian hari hanya untuk sanak saudara sahaja..
#bagi tuan rumah ianya memeriahkan suasana tapi bagi jemputan ia bagaikan satu bala..
#pernah ada yng menyuarakan " kenapa kenduri kawen kita perlu menyediakan wang kukut padahal ianya adalah pesta meraikan tetapi bila masa menguruskan jenazah kita datang sekadar mengucapkan takziah"???
# aku sampai ke hari ini pn masih x faham ...... apa sebabnya dan apa usulnya benda ini boleh berlaku..
ikhlas tak apa tapi jangan sampai menunjuk... he he [peace]

## fikir-fikirkan lah

razuwahanim said...

aku pon mmg banned la budaya nih! tak penahnyer aku nak buat keje kaut-mengaut ni hahahah, padan muka tuan rumah tu kan? so, ko jangan wisau la kalo aku kawen nanti ko tak payah nak cover line pura2 jadi tukang kebun sebab nak lari dari salam kaut, kerana salaman kaut ini tiada dalam diari kawen ku!

p/s: bagi hadiah pon dat cukup. rice cooker ke, peti es ke, tv ke, oven ke, blablabla....

Farid Abu Talib said...

Marilah bersama saya untuk menolak budaya songsang yang bangkrap nilai moral ini.

Rock Oi! said...

hahaha...mmg terbarai aku ketawa bila baca blog ko ni pared..haha..lawak gile siot,ayat bergentayangan pon ade masuk,,ahaha...

aku pk kan benda ni da lama jugak,,aku pk kedai mamak lagi murah kot kalau skg ni normal salam rm10..aku mmg x pernah pk makan free,,tapi tu la sbb da jadi budaya kan,apa pun hati kita,apabila aku letakkan nilai tu..letakkan ikhlas hati menyumbang pada tuan rumah,tempat aku di panggil salam kerok (korokmu)...bukan salam kukut..sbb tangannya mengerok2 mencari nilai not itu,,,kalau keruk x jumpa,kita pulak yg rasa malu,baik x yah salam la,,eheheh..apa pun benda ni dah jadi budaya setiap bangsa kan..nak bt camne..mind set kita kene pk pemberian itu adalah ikhlas semata2..tak boleh kaitkan dgn makanan yg kita makan di majlis2 itu,kerna tujuan duit itu bukan tujuan membayar makanan yg telah kita makan..tapi niat asalnya ialah menyumbangkan wang ringgit atau apa segi sekali pun tanda kita menghormati tuan rumah...mmg kita rasa kdg2 tertekan juga,lagi2 kalau musim2 org kawen,tiap2 minggu ada org kawen..tapi bila sampai hari kita pula,mungkin benda yg sama terjadi di sebabkan era2 adat zaman org2 tua kita..aku percaya benda ni terjadi di malaysia x kira di mana saja..kadang2 kalau 1 ari tu ada sampai 3-4 tempat majlis kawen yg kita kena pegi,mana larat nak makan semua tempat kan,mau busung perut nnti makan beriani byk2..nak tak nak dtg la jugak majlis tu dgn hanya sekadar salam keruk pada tuan rumah..apa pun kita puas ati dapat dtg,tuan umah pun amat hargai dgn kehadiran kita meraikan sesuatu majlis walimatul urus ini...dgn cara begitu akan dpt memuaskan hati kedua2 belah pihak,.,di sebalik perlakuan begitu akan di bimbangi menimbulkan pemikiran2 negatif dan ketidaksedapan antara kedua2 pihak..apa pun yg penting konsep itu adalah perlu di perbetulkan,jangan sampai org tersalah tafsir dgn agenda itu...tapi kalau sampai bukak kaunter membayar,itu mmg dah hilang akal...tu yg lari konsep tu..apa pun keikhlasan yg amat penting dalam jiwa kita..tak ikhlas x perlu lah kita bersalam keruk,dan x perlu lah sampai ada bagi sampul surat kosong..hanya salam biasa sahaja pun sudah memadai...Tuhan akan bagi jalan yg baik pada hati yg suci murni itu..

bak kata padel,mari kita membengkes kaki lembu beramai ramai..ahahaha...

robbiassir wa ala tu assir..


salam perantauan,
rock oi!

REUTERS