Monday, September 8, 2008

Kita Dan Merdeka


Setiap kali saya membaca akhbar arus perdana Hishamuddin Aun dan Johan Jaafar pada bulan Ogos akan ada para pemimpin kita yang akan berlabon mengenai kemerdekaan negara ini.Jika anda masih belum mengenali siapakah Hishamuddin Aun dan Johan Jaafar sila berkenalan melalui kawan karib saya Mat Google Bin Mat Yahoo.Dia akan membantu anda.

Para pemimpin dari United Malays National Organisation akan berlabon mengenai tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.Inilah tarikh keramat negara kita merdeka.Disini dapat kita lihat bagaimana United Malays National Organisation berjuang mendapatkan kemerdekaan.Setiap helai muka surat akan menulis mengenai negara kita dan merdeka juga susuk wujudiah United Malays National Organisation ini.

Tetapi harus kita ingat bukan semua rakyat Malaysia bersetuju dengan tarikh kemerdekaan kita ini.Saudara mara kita dari Sabah dan Sarawak tidak mengiktiraf tarikh itu sebagai tarikh kemerdekaan negara kita.Kenyataan-kenyataan ini telah menyebabkan pemimpin United Malays National Organisation naik angin.Kenyataan-kenyataan ini menyebabkan pemimpin United Malays National Organisation naik minyak.

Kah Kah Kah.Saya terbarai lagi.Saya terbarai ketawa kerana perangai marah tak tentu hala ini sangat melucukan.Muka mereka akan terpampang di depan akhbar dan televisyen mengatakan hanya ada satu tarikh kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos 1957 kerana atas alasan perpaduan nasional.Kah kah kah.

Seharusnya kita tidak perlu marah-marah sangat.Ingat, apabila sudah tua dan marah-marah nanti boleh dihinggapi sakit jantung.Apa yang perlu naik angin.Apa yang perlu naik minyak.Harga minyak sudah dinaikkan.Takkan harga angin juga ingin dinaikkan.Ini sudah lebih.Apa punya turrr!!

Pada hemat saya, ini satu cerita sejarah.Cerita sejarah telah dikaji oleh sejarawan.Fakta sejarah tidak boleh dipadamkan.Fakta sejarah tidak boleh diubah.Nabi Muhammad SAW berhijrah daripada Mekah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam adalah sejarah.Fakta ini tidak boleh diubah waima oleh Professor Nordin Kardi dari Sintok Kedah.Nabi Muhammad SAW menandatangani Perjanjian Aqabah dan Perjanjian Hudaibiyah bersama kaum Ansar adalah sejarah.Sejarah ini tidak dapat diubah oleh sesiapa termasuk Saiful Bukhari Azlan walaupun dia bersumpah di Masjid Kampung Kerinchi di Lembah Pantai.

Begitu juga dengan Malaysia.Malaysia sebuah negara berdaulat yang mempunyai sejarahnya.Sejarah yang diketahui umum yang tidak dapat kita sorokkan walaupun dimasukkan ke dalam guni beras dan dicampakkan ke dalam gaung di Kuala Kubu Baru.Sejarah yang tercatat ini akan sentiasa diingati oleh sesiapa yang mahu mengingatinya.Tidak perlu kita menyembunyikan fakta.Khalas.

Apa masalahnya? Apa yang kita nak marah-marah.Apa yang kita mau naik angin.Jangan jadi ngok sangat.Ini perjuangan datuk, nenek moyang kita.Bukan perjuangan datuk, nenek moyang beberapa kerat orang sahaja.

Biar saya berlabon mengenai sejarah ini.Mungkin ramai anak muda yang masih bernanah otak apabila membaca akhbar Hishamuddin Aun.Buat pengetahuan warga Hishamuddin Aun tidak ada bau-bau bacang dengan Hishamuddin Rais.

Semenanjung Tanah Melayu ini telah bebas dari jajahan British pada 31 Ogos 1957.Ini bermakna Semenanjung Tanah Melayu telah merdeka.Merdeka dari jajahan British.Tetapi perlu diingatkan bahawa yang merdeka, yang bebas dan yang berdaulat ialah Semenanjung Tanah Melayu sahaja.Tetapi Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak masih dalam jajahan British.Ini membawa tanda dan makna Brunei, Singapura, Sabah Sarawak masih belum merdeka.Apabila Semenanjung Tanah Melayu merdeka ia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun persekutuan tanah melayu sudah merdeka tetapi rantau ini masih menerima ancaman dari komunis.Komunis sangat ditakuti kerana mereka bukan berfahaman kapitalis.Mereka berfahaman sosialis yang tidak sealiran dengan British.Jadi untuk mengekang kemaraan ancaman komunis ini, dicadangkan supaya Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk masuk di dalam gabungan ini.Sultan Brunei pada masa itu bersetuju tetapi Parti Rakyat pimpinan AM Azahari telah melakukan pemberontak untuk menentang kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.Akhirnya Brunei menarik diri.

Pada 16 September 1963 secara rasmi terbentuklah Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu disertai oleh Singapura, Sabah dan Sarawak.

Jadi tarikh kemerdekaan Semanjung Tanah Melayu ialah 31 Ogos 1957.Manakala tarikh penubuhan Malaysia dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari cengkaman British ialah 16 September 1963.

Kita juga perlu mengetahui dimana negara jiran tetangga kita seperti Filipina dan Indonesia tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia.Mereka telah menganggap Malaysia proksi kepada British dan penjajah baru atau neokolonialisme.Mereka menuduh Malaysia sebagai ingin menjajah negara lain iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak.Indonesia kemudiannya telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia melalui slogan Ganyang Malaysia dengan menghantar tentera ke semenanjung untuk berperang.Nasionalis Agong Bung Karno telah memutarkan lagu Mamula Moon di concorong untuk memperlekehkan pemimpin Malaysia.Apa itu lagu Mamula Moon? Sila bertanya kepada Mat Google bin Mat Yahoo.Dia yang lebih mengetahui.

Cerita ini cerita sejarah.Cerita ini bukan khayalan.Cerita ini bukan cerita dongeng.Cerita ini bukan arahan daripada Badul.Cerita ini bukan chutia punya cerita.Cerita ini betul-betul punya cerita.Jadi mengapa kita perlu melarang warga Malaysia dari semenanjung meraikan kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun? Mengapa kita mahu melarang warga kita dari borneo untuk meraikan kemerdekaan negeri masig-masing pada 16 September setiap tahun? Kita layak merayakan kemerdekaan negara kita kerana kita telah bebas dari penjajahan asing.Apa hak beberapa aparat ini ingin melarang itu dan ini? Apa hak aparatchik ini untuk marah dan naik angin? Saya telah gagal menemukan jawaban yang cocok mengapa mereka naik angin dan naik minyak.

Kita juga perlu menyedari melalui kemerdekaan ini orang-orang Melayu banyak berkorban.Kaum-kaum lain perlu menerima ini sebagai fakta.Disebabkan itu apabila orang Melayu menerima kaum-kaum lain sebagai rakyat Malaysia, orang Melayu mendapat beberapa keistimewaan sebagai balasan seperti kuota bumiputera, MARA dan lain-lain lagi yag termaktub di dalam perlembagaan termasuk kontrak sosial.Orang Melayu juga perlu mengetahui yang kaum-kaum lain seperti Cina dan India ini sudah menjadi sebahagian dari keluarga besar kita.Mereka juga mempunyai hak untuk menetap, berkeluarga, makan minum, mendapat pelajaran dan bekerja di negara ini.Apa masalahnya? Apa yang nak naik angin? Apa yang nak naik minyak? Jangan lah jadi ngok sangat.

Apa yang sensitif? Apa yang perlu disorokkan? Apa yang perlu dimasukkan dalam guni? Ini semua fakta.Ini semua sejarah.Ini semua dari datuk dan nenek moyang kita.Ini semua dari keturunan Nabi Adam.Ini bukan dari beruk rekaan Charles Darwin.

Semasa saya kecil saya selalu menonton televisyen semasa menyambut kemerdekaan.Apa yang diuar-uarkan ialah negara kita merdeka dengan aman tanpa ada pertumpahan darah.Kah kah kah.Woit!! Hang nak tipu saya encik televisyen oi! Negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah? Kah kah kah ini betul-betul fakta gila.Ini betul-betul fakta biol.Ini betul-betul fakta ngok.Siapa punya fakta ini? Dari mana fakta ini muncul? Jika Maharaja Meiji dan Jeneral Tojo masih hidup pasti mereka juga akan turut terbarai bersama saya.Kah kah kah.

Tok janggut yang mati digantung kepala kebawah itu apa? Leftenan Adnan yang ditikam kehabisan peluru di Bukit Chandu itu siapa? Rosli Dhobi mati dihukum gantung itu siapa? Dato’ Maharaja Lela dari Pasir Salak itu yang mati akibat membunuh si malaun JWW Birch itu siapa? Adakah kita boleh nafikan mereka juga sebagai pejuang bangsa? Kematian mereka ini juga adalah fakta sejarah yang wajib kita terima walaupun mereka tidak menganggotai mana-mana parti politik.Apa punya turr.

Maka kita janganlah menjadi ngok seperti mereka yang cuba menafikan fakta-fakta sejarah.Fakta-fakta ini seharusnya kita sampaikan kepada warga agar ianya dapat menjadi satu ilmu pengetahuan.Negara kita tanggungjawab kita.Cemerlang gemilang terbilang.Fakta sejarah jangan mau temberang.Apa punya turrrrrrrrrr!!!!

16 comments:

Hanggokan said...

kali ini subjek sejarah yang dikhabarkan anda tidak mengantukkan aku. malah aku telah paham dgn mendalam apa yang telah cikgu sulaiman ajarkan secara tersirat dan tersurat sblm ini. pada hemat dan kajian tidak rasmi aku la, para pemimpin kita mungkin tertidur semasa belajar subjek sejarah lalu depa suma nih pakat reka sejarah sendiri...huhuhu! Ganyang!!

fadzil hafiz said...

Alangkah indahnya belajar sejarah Malaysia di pagi Isnin yg mendung!! Kompem tak boleh sorok fakta-fakta tu...kita warga yg celik ilmu takkan tertipu punye!!Bila nak ajar sejarah peradaban dunia plak??

Amz CamPro said...

iya..aku ingt cikgu sulaiman,iya mukanya seperti bapakku..hahaha..aku juga tidak boleh lupa kepada cikgu yang telah memangi Did dengan nama NAZRISYADID..iya,nama itu mneggelikan bulu ku serta irwan yang bersebelahan denganmu..hahaha..jangan lupa tontoni video tentang Hentikan Ganyang Malaysia di Youtube yg dihasilkan oleh kami..

Anonymous said...

baur-baur tulisan isham

Farid Abu Talib said...

Did : Cikgu Sulaiman sarat dengan fikrah kempetai dan tekikan sambil tangan melastik langit.itu trade mark beliau.

padelkopak : sejarah peradaban dunia kurang menarik kerana tiada fakta tipu.

amzcampro : baru kini saya mengetahui yang muka ayahanda saudara persis cikgu sulaiman.mungkin irwan pok deng akan terbarai ketawa jika mengetahuinya.

ayun : Hishamuddin Rais cool dan steady.saperti kata kamu seluar singkatnya itu menjelaskan segalanya.marxis groucho la katakan.

Amir S. said...

saya pernah baca buku penentangan tok janggut di kelantan.memang cukup menakutkan.malahan gambar dia digantung pun ada.

hafiz said...

waah! best la farid!!! ini macam punya labon ada bagus sangatla... kalau semua orang labon ini cerite, United Malays National Organisation akan terus terus terus dikuburi.hahaha

S.YanaZ said...

Salam,
Saya link blog ini wokehhh...


:P

Farid Abu Talib said...

S.YanaZ : Ok, tiada masalah. terima kasih

hafiz said...

S.O.S united malay national organisation sedang nazak. sesapa mau tolong!!!!!!!!!!!!!!

Farid Abu Talib said...

hafiz : Kahkahkah jgn gundah saudara. Che Det sudah datang menyelamatkan kapalnya. Apa mau runsing.

Rock Oi! said...

aku nak gi taiwan arini..nak tawan sesuatu di sana,.,,sape nak ikot

so0tspirit said...

hehe for some of the reason,
i love reading this~
dah lama tak baca benda2 tentang sejarah since i left high school
sejarah itu penting
it makes us appreciate apa yang kita ada sekarang
penting juge utk jati diri
btw farid, i'm linking you :)
have a good day~

syafiqah said...

tulisan ini amat menarik. walaupun sejarah bukan mata pelajaran yang diminati,tetapi saya tahu sejarah dato' maharajalela dan sejarah 16sept itu. =P

Farid Abu Talib said...

amir syafiq : Sila baca kisah ganyang malaysia pulak lps ni

mohd hazar : pergi taiwan mau cari apa? mau cari bung mokhtar raden? buang masa aja dong.lebih baik cari gadis cun lg bergetah.

soot spirit : terima kasih banyak-banyak

syafiqah : kahkahkah ramai antara anak muda yang masih tidak mengetahui mengapa tarikh itu begitu penting.

Rock Oi! said...

tak jadi gi taiwan, skg kene puting beliung ngan taufan,,,angin begitu kencang, laut bergelora...mungkin sumpah mak si tanggang kot...