Tuesday, September 30, 2008

Raya Menjelang Tiba

Raya menjelang tiba
Hati begitu teruja
Perasan begitu gembira
Ehem-ehem berada di tanah air setelah bertahun terpisah oleh laut dan samudera
Ini raya yang cukup romantik

Hari Raya bukan untuk kita melangok di depan televisyen
Hari raya bukan masa untuk kita merayakan filem dan drama
Hari raya masa untuk kita bergurau senda dengan kaum kerabat
Yang jauh yang dekat yang tua yang muda yang kaya mahupun papa
Perbezaan ini patut kita sama-sama rayakan

Jangan melangok terlalu lama
Jangan melantak terlalu banyak
Bersuka rialah dengan nikmat tuhan
Berlabonlah dengan kaum kerabat setelah lama tidak berjumpa
Berkisah-kisahlah dengan rakan taulan selagi kita ada masa bersama
Selepas ini entah bila akan berjumpa

Berhati hati di jalanraya
Jangan jadikan jalan raya sebagai pemutus ikatan silaturrahim antara kita
Jalanraya dibina bukan untuk kita berlumba
Jalanraya dibuat bukan untuk menjadi kubur kita semua
Anak bangsa kita harus berkembang biak menjadi satu rumpun yang merayakan nikmat perbezaan yang ada
Bukan bergelimpangan di atas jalanraya yang tidak bertuan menjadi kubur yang tidak bernisan
Mati kerana berumba-lumba
Sedarkah kita dengan kelajuan yang kita kejar tidak dapat memendekkan jarak?

Biarkan air mata nenitis kerana lama tidak berjumpa
Biarkan air mata menitis tanda gembira
Jangan biarkan air mata menitis kerana kehilangan anak bangsa kita
Jangan biarkan air mata menitis kerana kelajuan yang tidak dapat memendekkan jarak antara kita dan dia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

4 comments:

Hanggokan said...

ya incik prit! seloka pantun nasihat yang cukup berguna, tapi mungkin tidak efektif di hati saya. semakin berbisa selokamu selepas menghadiri ceramah bebas mlm td. mungkin saya juga patot menghadiri ceramah ustaz abu talib bagi menginsafi diri.

syafiqah said...

selamat hari raya! maaf zahir & batin. seronok ye dapat beraya sama si ehem ehem itu.

oh oh saya sudah tidak guna title "whisper the words of wisdom lagi"
hehe =P

fadzil hafiz said...

peh!!!sejak bile plak en paredddd pandai bersajak ni??mmg sajak la en padel dengar...huhu...

Farid Abu Talib said...

did : jika kamu mahu saya boleh daftarkan. tidak perlu dibayar ianya secara percuma atas dasar kemanusiaan.

syafiqah : beraya bersama ehem-ehem sungguh menggiurkan. tidak perlu berpeleseran di bawah pohon jambu di belakang rumah. kahkahkah

padelkopak : sejak meninggalkan baju lama dan jatuh cinta dengan baju baru. kahkahkah.