Monday, September 15, 2008

Lompat Si Katak Lompat

Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi tinggi. Kah kah kah.Woit katak mana yang sedang melompat. Katak mana yang ingin melompat. Tinggi mana katak ini ingin lompat. Sesungguhnya amatlah tidak saya ketahui. Percayalah saya tidak kelentong. Saya tidak menipu dan saya tidak chutia.

Negara ini sudah gempar. Negara ini gempar kerana kisah katak ingin melompat. Apa yang menghairankan saya ialah kenapa kita perlu menjadi hairan apabila katak ingin melompat. Bukankah itu satu fitrah bagi katak. Kita perlu menjadi pelik apabila katak ini tiba-tiba berlari laju seperti Usain Bolt. Kah kah kah. Mahu kenal sama Usain Bolt sila bertanya kepada kawan karib saya Mat Google Bin Mat Yahoo.

Tanggal 16 September ini dicanangkan kita akan membentuk kerajaan baru. Benar atau tidak wallahualam bissawab. Saya tidak tahu kerana sehingga kini saya masih belum menganggotai mana-mana parti politik. Saya juga bukan ahli parlimen. Saya hanya seorang warga yang tinggal di flat lima tingkat, mempunyai sepasang kasut kulit berwarna coklat berjenama Bata dan beberapa ekor kucing parsi yang disedekahkan jiran di belakang rumah ibu saya. Saya tidak mempunyai tali pinggang Versace mahupun baju yang bercap I Love Malaysia.

Bagaimana kerajaan baru ini bakal terbentuk? Kerajaan baru ini bakal terbentuk melalui persetujuan ahli parlimen kerajaan sekarang untuk melompat parti. Melompat parti ini membawa tanda dan makna mereka mengubah haluan. Mengubah haluan dari berada di dalam saf parti kerajaan bertukar masuk ke parti pembangkang. Apabila melebihi jumlah tertentu iaitu pembangkang mempunyai ahli parlimen yang lebih ramai dari kerajaan maka kerajaan akan bertukar tangan. Pembangkang akan menjadi kerajaan dan kerajaan akan menjadi pembangkang.

Budaya menukar parti ini dinamakan lompat parti. Mana-mana ahli parlimen yang lompat parti akan dipanggil katak. kah kah kah. Adakah badan mereka juga akan bergerutu selepas ini? Adakah badan mereka akan berlendir selepas ini? Adakah mereka sudah tidak makan sambal petai selepas ini ? Adakah mereka hanya menjamah serangga selepas ini tidaklah saya ketahui.Saya pasti Uncle Pet juga tidak mengetahuinya.

Apa yang melucukan bukanlah jolokan nama katak. Nama katak ini bukan sesuatu yang lucu. Tetapi gerombolan United Malays National Organisation telah membuat lawak Mat Sentul. Lawak Mat Sentul ini betul-betul menjadi. Saya telah beberapa kali berulang alik ke Kedai Hj Khairi membeli tisu untuk mengesat air mata yang menjejes-jejes keluar.

Apa yang lawaknya? Lawaknya kerana gerombolan United Malays National Organisation ini mengatakan yang lompat parti ini hanya gimik politik. Cerita chutia. Cerita yang tidak ada asas sama sekali dan tidak perlu dilayan tetapi pada masa yang sama mereka cuba mengutip tanda tangan ahli parlimen supaya setia. Mengapa perlu ambil tandatangan? Mengapa tidak ambil tanda lahir sekaligus? Kah kah kah apa punya turr.Mereka juga telah menghantar ahli parlimen mereka ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai pertanian.Woit, mana pergi Menteri Pertanian? Mana pergi Persatuan Petani-Petani Seluruh Malaysia? Untuk apa ahli parlimen ini melangok ke Taiwan? Banyak masalah rakyat yang belum selesai.Sepupu saya yang telah gagal dari universiti ingin meminta biasiswa.Tolong la woit! Kasihan sama dia.

Bukan itu sahaja. Ada lagi lawak Mat Sentul yang dibuat olih United Malays National Organisation. Maka tersembulah keluar muka ahli United Malays National Organisation di kaca televisyen yang mengatakan lompat parti ini tidak beretika. Tidak bertamadun. Tidak demokrasi. Tidak demokratik. Tidak itu dan tidak ini. Woit!! siapa yang luluskan undang-undang lompat parti ini? Parlimen negara mana yang bersidang dan meluluskannya? Woit kalau tidak beretika mengapa diluluskan oleh parlimen? Gerombolan mana yang ramai melangok dalam parlimen dan meluluskannya? Woit, kalau tidak betul mengapa tidak diharamkan? Kalau salah, mengapa tidak ditangkap aparat-aparat yang melompat parti. Woit, kalau tidak betul mengapa tidak diseret mamat dan minah parlimen ini ke mahkamah Agustin Paul? Kah kah kah.

Perkara ini perkara serius. Perkara ini bukan perkara main-main. Perkara ini bukan soal longkang tersumbat di Brickfield. Ini soal pemerintah. Ini soal rakyat. Ini soal kehidupan. Ini soal ekonomi. Ini soal sosial dan ini soal politik. Ini soal masa masa depan negara. Ini soal bagaimana warga ingin memenuhkan perut mereka dengan nasi.

Sebenarnya lompat parti ini bukanlah satu pekerjaan yang keji. Ini saya pasti. Ini saya tidak kelentong. Ini cerita benar. Lompat parti ini telah diluluskan oleh parlimen. Jadi bagaimana kita boleh mengatakan lompat parti adalah kerja yang tidak demokratik jika parlimen sendiri yang meluluskannya. Jika gerombolan United Malays National Organisation mengatakan lompat parti tidak beretika. Merekalah sebenarnya yang meluluskan perkara yang tidak beretika ini.Sebenarnya merekalah yang tidak beretika kerana meluluskannya. Bukankah ini satu lawak Mat Sentul. Jika Mat Sentul mengikut cerita lawak ini sudah pasti dia akan turut sama terbarai.

Mari kita berfikir dengan waras. Jangan gelabah. Jangan muhabalah. Jangan muzakarah tak tentu pasal. Sistem politik di Malaysia ini perlu kita fahami terlebih dahulu. Parti pemerintah yang ada sekarang ini bukanlah didominasi oleh satu parti sahaja tetapi gabungan beberapa parti. Jika hanya satu parti sahaja maka mereka akan gagal untuk membentuk kerajaan. Gabungan beberapa atau banyak parti ini menyebabkan mereka akan memperolehi majoriti. Dengan majoriti inilah mereka akan berkuasa, mempertahankan kuasa dan meluaskan kuasa.

Lompat parti akan hanya berlaku jika gabungan ini sudah tidak ada lagi keyakinan dan kepercayaan sesama mereka. Lompat parti ini hanya berlaku jika mereka sudah tidak lagi berminat untuk menjalinkan kerjasama. Lompat parti hanya berlaku jika gabungan ini sedang mengalami masalah yang kronik. Mereka melihat diantara mereka telah gagal dan tidak berupaya untuk mencari alternatif bagi menyelesaikan sesuatu isu. Itu sahaja.

Lompat parti juga bukan hanya melibatkan gerombolan parti tetapi juga individu.jika individu itu dari parti kerajaan, mereka juga boleh melompat ke dalam parti pembangkang.Begitu jugalah sebaliknya. Ini tidak menyalahi kot etika atau undang-undang negara ini. Jangan jadi bebal sangat. Jangan jadi ngok sangat.

Ini bukan soal tidak beretika. Yang tidak beretika ialah para pemimpin yang rasuah. Para pemimpin yang tidak demokratik. Pemimpin yang zalim. Pemimpin yang telah gagal menentukan hala tuju negara berada di landasan yang betul. Pemimpin yang gagal untuk menjadi peka dan peduli tetapi menjadi Yang Berhormat yang pekak dan tuli.

Pada hemat saya katak hanya pandai melompat kehadapan. Belum pernah saya berjumpa dengan katak yang cuba melompat secara gostan. Jika katak–katak ini melompat kehadapan ianya mempunyai petanda yang baik. Jangan marahkan katak melompat kehadapan tetapi kita perlu menjadi pelik jika katak tidak melompat apabila dihambat seekor ular yang ingin memakannya.Kah kah kah. Saya ingin merayu dan jika diizinkan saya ingin melutut di depan Maharaja Taiwan meminta supaya janganlah memperbodohkan warga senegara saya.Dengan pesanan JANGAN JADI NGOK.Kah kah kah.

12 comments:

Anonymous said...

air yang tenang jangan disangka bole direnang

Hanggokan said...

aku masih memikirkan kenapa mereka menggunakan perkataan lompat? mengapa tidak terbang? merangkak? atau berlari itik? renung-renungkan!

fadzil hafiz said...

apasal bile saya taip usain BOLT kt mat google bin mat yahoo....yg keluar bolt dan nat!!ala skru yg biasa digunakan dlm pertukangan tuh...kompius2...

da truth is...x salah lompat parti!!kata demokrasi...org da pandai memilih....

hafiz said...

hahaha walaupun katak, ia tetap suci tak perlu disamak-samak! dengan melompatnya kekatak ini, maka akan berakhirlah riwayat sang pemerintah beraja dimata bersoltan dihati. innalillah....

so0tspirit said...

tak suke la lompat2 parti ni
tunggu la election~
haishhh
mcm nmpk sgt gilekuasa

Amir S. said...

hehehe.

melompat parti kerana ingin berubah,
tapi jangan di rasuah kerana ini di laknat Allah.

caya tak pantun gua?

ahmad khariri al-hadi said...

ermmm...menarik gak...kalo ada unsur2 kartun lagi menarik..wakakakaaka

ahmad khariri al-hadi said...

ermmm...menarik gak...kalo ada unsur2 kartun lagi menarik..wakakakaaka

hafiz said...

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Farid Abu Talib said...

nasrulh : peribahasa baru dari anda sungguh menggiurkan

did : mungkin lompat lebih dramatik dari yang lain-lainnya

padelkopak : lompat parti tanda demokrasi itu benar tapi bolt and nut tiada bau-bau bacang dengan usain anak bolt.

hafiz : ada satu lagi samak yang tidak perlu disamak iaitu samak sundaravej

soot spirit : tipu dlm pilihraya adalah lebih gila kuasa dari gila meroyan.khalas. kahkahkah

amir syafiq : gua caya sama pantun lu. lu mmg cool dan steady

ahmad khariri : watak sinyo boleh diadaptasikan dlm blog ini?

Anonymous said...

pabila tetutup mata dan pintu hati, kemanusiaan akan mati di telinga yg tuli...

Rock Oi! said...

telinga tuli x nampak dari zahirnya...jgn telinga kuali dah lah..tambah2 ngan tuli skali,,atukoii