Tuesday, September 2, 2008

Takoyaki Dari Kobe


Ketika jari-jemari saya sedang mengetip untuk menulis, telinga saya sedang mendengar lagu sekuntum bunga plastik.Saya tidak dapat memastikan tahun bila lagu ini mula dicipta.Jika anda ingin mengetahuinya sila bertanya kepada kawan karib saya Mat Google Bin Mat Yahoo.

Saya bukan ingin berlabon mengenai lagu ini.Jauh sekali mencari sejarah lagu ini.Lagu ini terpasang secara kebetulan.Saya tidak membeli cakera padat lagu ini tetapi hanya mengambilnya dari komputer riba mamat yang tinggal di sebelah flat dimana saya menetap dan menulis.

Sebenarnya saya baru sahaja sampai ke kampong.Sudah lama saya tidak pulang ke desa yang indah lagi permai ini.Saya pulang bukan untuk meraih undi.Saya pulang kerana ada kenduri doa selamat yang wajib saya rayakan.Saya jarang pulang ke kampong bukan kerana saya sudah menjadi mamat bandar yang ‘cool’ lagi
‘steady’.Saya tidak selalu pulang ke kampong kerana saya tidak mempunyai dana yang mencukupi.Perjalanan hidup saya dipengaruhi oleh dana yang saya punyai.

Apabila saya pulang ke kampong perkara pertama yang akan saya lakukan ialah meminjam motor datuk untuk meronda-ronda dan melihat keadaan kampong.Ternyata ianya telah banyak perubahan yang berlaku.Mungkin inilah yang dinamakan zaman globalisasi atau inilah hasil dari Dasar Ekonomi Baru.

Kampung saya kini sudah mengalami transformasi.Walaupun tidak setaraf dengan Kampung Kerinchi atau Kampung Pandan tetapi disini sudah mempunyai Mat-Mat Rempit.Minah-Minah Rempit sudah pandai menjalar diatas motor.Mat dan Minah ini sudah pandai memonggek diatas motor EX5.Mereka juga tidak kalah dengan gaya.Memakai talipon tangan yang berjenama Sweden dan Korea.Talipon mereka berkamera dan boleh menyimpan lagu Mas Mona.Berbanding dengan saya yang hanya menggunakan talipon tangan cap ayam.Wow ini sudah maju.Ini sudah glokal.Ini sudah berwawasan.Kedai topup-mopup sudah bertebaran disana-sini.Pergi tersepak pulang terlanggar.

Setelah melalui kawasan kedai.Saya melintasi padang bolasepak.Ada ramai anak muda sedang berpesta.Ini bukan pesta muda-mudi.Ini bukan pesta merayakan kemerdekaan.Ramai Mamat berkopiah sedang bermesyuarat.Mamat kopiah ini sedang melakukan beberapa tugas.Rupa-rupanya mereka sedang membuat persiapan untuk mengadakan forum perdana.Hah! pasti ramai mat rempit dan minah rempit yang menjalar di atas motor akan melarikan diri dari melintasi kawasan ini.

Kemudian saya melintasi satu kawasan dimana anak muda merayakan kemudaan mereka.Anak-anak muda ini merayakan kemudaan di padang permainan.Mereka bersukan untuk memenuhi masa lapang.Apa yang menyedihkan saya ialah apabila melihat timbunan sampah-sarap yang bersepah-sepah di persekitaran padang permainan.Anak-anak muda ini kusyuk bermain dan langsung tidak mengindahkan sampah sarap yang bersepah-sepah ini.Rasa saya sampah yang bertebaran ini hasil dari kerja tangan anak-anak muda yang bermain disitu.

Mereka akhirnya meninggalkan padang permainan begitu sahaja tanpa rasa tanggungjawab untuk membersihkan kawasan itu.Begitu juga dengan kawasan permainan kanak-kanak.Kanak-kanak ini juga seperti orang dewasa.Makan dan buang sampah sarap merata-rata sehinggakan saya melihat lebih banyak sampah dari infrastruktur permainan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pada hemat saya, walaupun kita sudah celik IT tetapi warga kita masih belum celik sampah.Warga kita masih belum dapat ditanam dalam diri mereka rasa kebertanggungjawaban menjaga alam sekitar.Sambil mereka merayakan kemudaan sambil mereka menyumbang kepada kekotoran alam sekitar.Sambil mereka merayakan kehidupan sambil mereka membuang sampah merata-rata.

Masalah ini bukan hanya berlaku di sekitar taman permainan tetapi di seluruh negara.Masalah ini bukan hanya berlaku di kampong saya sahaja tetapi juga di kampong Mahathir Muhamad.Ini cerita betul.Ini bukan lawak badul di TV3 suku.

Satu ketika sedang saya menumpang seorang kawan untuk ke kota, ketika itu kami sedang berlabon panjang mengenai tanah dan bukit yang dijarah oleh lanun.Saya telah terkejut.Saya terkejut bukan kerana polong berambut panjang di Bukit Seguntang telah muncul dan menghalang perjalanan kami tetapi kereta yang kami naiki melanggar segerombolan sampah.Sampah ini bukan datang dari Pejabat MCA di Jalan Wong Ah Jang tetapi datang dari kereta yang berada di hadapan kereta kami.Bayangkan begitu bonsai sekali rasa kebertanggungjawaban warga kita.Sambil mereka merayakan kehidupan di jalanraya, sambil itu juga mereka melakukan kedurjanaan terhadap alam sekitar.

Baru-baru ini saya telah sampai ke Permatang Pauh.Saya datang ke Permatang Pauh untuk merayakan pesta rakyat.Pesta rakyat ini ialah ibu kepada semua pesta.Saya sampai lewat sehari dari hari penamaan calon.Tempat pertama yang saya kunjungi ialah tempat penamaan calon.Apa yang memeranjatkan saya ialah padang tempat warga berkumpul untuk penamaan calon dipenuhi sampah.Hampir-hampir saya gagal untuk melihat kehijauan rumput-rampai padang disitu.Begitu banyak timbunan sampah.Sampah-sampah ini bukan sahaja menjalar di padang tetapi di dalam longkang dan tepi jalanraya.Rasa saya jika hujan lebat melanda Permatang Pauh sudah pasti bandar ini akan ditenggelami air kerana longkang telah tersumbat dengan sampah sarap.

Ketika saya mula sampai di negara Jepun.Saya juga telah terkejut.Takoyaki yang saya telan hampir-hampir meragut nyawa saya.Takoyaki yang saya telan telah tersekat di dalam esofogus.Saya terkejut dan takoyaki ini tersekat kerana saya telah terlihat satu peristiwa.Ketika itu kenalan saya di sana seorang minah yang cun lagi bergetah mengajak saya ke Tokyo dari Kobe.Perjalanan Kobe ke Tokyo ini mengambil masa hanya dua setengah jam sahaja jika menaiki Shinkansen (jika anda tidak tahu apa itu Shinkansen sila bertanya kepada Mat Google Bin Mat Yahoo).

Tetapi disebabkan saya tidak cukup dana kami hanya menaiki bas ekspres sahaja yang mengambil masa lapan jam.Sebelum kami menaiki densha ke stesen bas dia mengajak saya bersantai di tepi gerai untuk menikmati makanan Jepun iaitu takoyaki (jika anda tidak tahu apa itu densha sila bertanya kepada Mat Google Bin Mat Yahoo).Sedang saya menikmati wajah gadis yang cun lagi bergetah itu sambil saya merenung ke kawasan persekitaran.Anak mata saya mengekori seorang tua yang berkot membawa seekor anjing bersiar-siar.

Satu ketika anjing itu berhenti.Pada hemat saya mungkin anjing ini telah penat berjalan dan ingin berhenti rehat.Rupa-rupanya anjing ini berhenti kerana ingin membuang air besar.Takoyaki tersekat bukan kerana saya melihat najis anjing tersebut berjejes-jejes keluar.Apa yang menyebabkan takoyaki tersekat di esofogus saya ialah apabila tuan anjing yang tua itu telah mengeluarkan beg plastik beg dari dalam kotnya dan air mineral.Kemudian dia telah memasukkan najis anjing peliharaan ke dalam beg plastik dan menyimpannya di dalam kot kerana disitu tidak kelihatan tong untuk membuang sampah.Dia kemudiannya menjirus kesan najis itu dengan sebotol air mineral.

Hah! Ingin saja saya keluar dari gerai berlari kearah orang tua itu dan memberi tabik hormat.Tetapi saya telah dilarang oleh gadis yang cun lagi bergetah yang sedang makan bersama saya.Untuk menghormati gadis yang cun lagi bergetah ini maka saya membatalkan sahaja niat suci itu.

Saya telah menjadi hairan dengan tahap kesedaran menjaga alam sekitar penduduk Jepun ini.Saya menjadi pelik bagaimana Maharaja Meiji membentuk sahsiah penduduknya.Setahu saya orang Jepun ini tidak mempunyai agama dan tidak mengenal huruf alif min nun dan wau.Tetapi tahap kesedaran mereka begitu baik sekali.Begitu juga di tempat pembuangan sampah.Mereka akan meletakkan sampah hanya pada hari yang ditetapkan dan mengasingkan plastik,kaca dan sampah basah.Hah bernanah otak saya meleh sampai ke lutut untuk memikirkan bagaimana mereka dapat ditanam dengan nilai murni sedemikian rupa.

Ingatan saya melayang secara tiba-tiba.Kira-kira dua tahun lepas di dalam perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan.Saya terlihat seorang mamat telah memberhentikan kereta di tepi lebuhraya.Dia kelihatan sungguh cemas.Dari riak mukanya saya dapat merasakan dia dalam kesusahan.Saya semacam dapat merasai penderitaannya.Dia bergegas keluar dari kereta dan menuju ke pinggir hutan.Apabila sampai ke pinggir hutan dia telah berdiri tegak.Saya menyangka dia sedang menyanyikan lagu Negaraku.Rupa-rupanya dia telah membuang air.Betul-betul hampeh mamat ini.Cuba kita menerobos sedikit.Najis sendiri pun tidak berupaya buang di tempat yang betul inikan pula najis binatang peliharaan.Apatah lagi bila berbicara mengenai penjagaan alam sekitar.

Untuk mengatasi masalah ini, saya ingin mencadangkan kepada Pak Menteri Pengajian Tinggi supaya mata pelajaran celik sampah diperkenalkan kepada anak mahasiswa supaya mereka sedari awal lagi dapat disedarkan mengenai keburukan gejala tidak celik sampah ini.Begitu juga dengan Pak Menteri Pengajian Rendah.Saya mencadangkan juga supaya di peringkat sekolah diperkenalkan mata pelajaran Ilmu Sampah supaya anak-anak sekolah ini mengenal apa itu sampah.Semoga bila mereka besar nanti tidak membuang najis dan sampah di tepi lebuhraya.Jika saranan saya ini berjaya saya berjanji tanpa bersumpah muhabalah untuk belanja Pak-Pak Menteri ini makan takoyaki di gerai Jepun di One Utama Damansara.

12 comments:

Anonymous said...

untuk makluman en pareddddd.....bagi melegakan esofogus yg tersekat dek takoyaki adalah dengan meminum air teh jepun yg hijau pekat itu!!!amacam...ade berani??lalalala...

Rock Oi! said...

pehh...sungguh puitis,dramatis dan kritis2(bunyi kerengge pabila di bakar dgn menggunakan lighter)

Hanggokan said...

tidakkah encik farid pernah mendengar pepatah orang2 tua berkata, 'Melayu Mudah LUPA'? mungkin diorg terlupe bahawa diorang adalah manusia dan bukan anjing yg buang air kecik itu.

Amz CamPro said...

argh! yang penting skg,hanjing tu hanjing sape???

Farid Abu Talib said...

cikgu padel : air teh hijau itu sungguh pahit.

did : melayu mudah lupa bukan dr orang-orang tua.tetapi seorang tua yg bernama mahathir muhamad yang kampungnya di kubang pasu kedah

amz campro : hanjing itu kepunyaan seorang tua.saya tidak sempat melihat kad pengenalannya dan lupa ingin bertanya siapa namanya.tetapi yang pasti dia bukan mariam bellina

Amir S. said...

haih.takoyaki kat jusco pun sedap,malahan lebih murah lagi.hehe.serius,aku kalau ada smpah untuk dibuang.aku akan letak dalam beg hingga aku jumpa tong smpah berikutnya.kalau kita tak jaga,siapa lagi mau jaga kan?sebab tu kadang2 beg aku akan penuh dengan plastik gula2.aku ni pelupa.

Farid Abu Talib said...

amir syafiq : kau betul-betul penganut ajaran tojo dan meiji.

hafiz said...

hahaha best gak ko nyer rtikel! nampaknye kita beridolakan isham rais! gaya tulisan best santak santai lentok! salam kunjung!

hafiz said...

kahkahkah aku hidup di bumi malaya ini… mau senang diri, kalau ada anak bini; juga mau mereka senang makan minum pakai bejalan kerja… aku di bumi malaya ini, mau happy sampai ke mati… aku mau cari wang, mau cari makan dengan senang… cina? India? mereka juga macam aku… mau cari makan untuk diri anak dan bini…. mengapalah kaum begitu sensitif aku pun heran… sebab tak salah aku, kita semua manusia yang perlu makan, mandi, berak, kencing, tidor, cari duit, buat anak. setahu aku, aku bukanlah manusia yang suka nak berbenci2 dan berbunuh2 dengan kaumku atau kaum lain… aku heran mengapa ini UMNO masih cakap lagi isu kaum ini… aku heran…dan akhirnya ia dibenci oleh kaum bangsanya sendiri…hahaha hidup malaysia! pandang kedepan bukan kebelakang!!! ayoh sama2 berjuanga!!!

weeya said...

terima kasih singgah ke my blog.
betul betul betul.
tak suka dengan orang yang buang sampah merata-rata.
mereka ni takde kesedaran.
fuhh,penat taip penuh-penuh.fuhh.

Farid Abu Talib said...

hafiz : Isham Rais adalah idola saya.mengidolakan isham rais baru cool.

weeya : kasih kamu saya terima.tq

n a s e h a said...

haha
menarikk
tako dekat JJ mmg sedap
cuba sekali rase nk beli lagi banyak kali
=)