
Ketika saya menulis ini saya baru terjaga dari tidur.Apabila saya terjaga saya mulai merasa nikmat menjadi seorang warga Malaysia.Semalaman saya berpesta.Semalaman saya meraikan kemenangan.Saya bersumpah saya berpesta tanpa Dom Perignon dan Moet Chandon.
Dari malam hingga ke awal pagi ini saya menerima puluhan sms dan panggilan telefon menanyakan berita dan ucapan tahniah juga terima kasih.
Seminggu saya berkelana di Permatang Pauh.Mencari berita, membekalkan berita, mendapat kawan baru, meredah kampong mengikuti ceramah politik sampailah terperangkap di dalam kesesakan lalulintas.Semuanya kini dalam kenangan.Kenangan manis untuk Malaysia mencipta sejarah baru.
Saya bangun dengan penuh gembira.Saya bangun untuk merayakan kemenangan.Gembira merayakan kenangan di Permatang Pauh.
Hari ini saya mula mengetahui mengapa saya mencintai Malaysia.
9 comments:
di harap kemenangan ini tidak mengingatkan saya lagu pak kaduk tapi satu rintitan dan pengajaran
era nelson mandela....
selamat bertugas DSAI
takbir...
Semoga pemimpin2 yg zalim digantikan dengan pemimpin2 yg adil..
tahniah DSAI!!!kehadiran anda dalam arena politik malaysia adalah sangat-sangat dialukan....
saya juga telah berpesta sampai ke pagi semata-mata untuk merayakan kemenangan ini!!!tidak dilupakan juga tuala mandi biru belang2 ku itteewwwwwwwwwww!!!!!hehe......
tahniah juga kepada DSMH kerana telah mensunyikan buletin utama TV3 malam tadi daripada memberi info2 yg berat sebelah!! hahahaha
-
Hari ini saya mula mengetahui mengapa saya mencintai Malaysia.
-
ha kenape?
jas, ko igt dia mintak teh tarik setengah gelas ke? hohohoho
yeah kat malaysia best.orang politik dia kelakar2.
amir syafiq : orang politik kelakar kerana 2 sebab.Pertama kerana mereka suka membuat lawak badul dalam parlimen dan kedua mereka suka membuat lawak senario di depan warga.
oh saya dah lama cintakan malaysia. kot. sory..tak tau sangat pasal politik.
Post a Comment