Thursday, August 21, 2008

Dari Permatang Pauh : Berpesta Bersama Wan Azizah



Dari anak kecil, anak muda dan tua bangka kelihatan membawa panji- panji keadilan tidak kira samada bendera, baju atau pelekat di kereta.Kesemua mereka menyatakan sokongan dan dokongan masing-masing

Pesta rakyat diteruskan dengan gelombang biru yang sentiasa sesak dengan ribuan warga untuk mendengar amanat dari pemimpin.Ribuan warga ini ingin mendengar dengan telinga dan mata mereka sendiri.Mereka kepingin bukan untuk mendengar sumpah seranah jauh sekali sumpah muhabalah tetapi ingin secara matang mendasari dasar perjuangan, ketelusan, integriti calon dan adakah mereka mampu selepas ini untuk terus memenuhkan perut anak dan jurai keturunan dengan nasi dan beras.

Kebetulan dengan cuti sekolah diambil peluang sepenuhnya olih anak-anak sekolah ini membantu keluarga mereka menjual makanan.Anak-anak muda tempatan terus menerus menggantung poster di celah pokok, di dahan mempelam dan di tiang elektrik.

Disini di Permatang Pauh ada dua jenis cara untuk meraih undi.Satu meraih undi dengan diadakan jamuan dan makanan.Manakala satu lagi puak hanya dengan air liur iaitu berlabon mengenai isu semasa, harga minyak, kesengsaraan hidup warga dan banteras rasuah.nampaknya warga disini hanya berminat dengan air liur tetapi bukan dengan makanan dan minuman.

Mereka kelihatan sudah tidak sabar lagi untuk menanti seorang warga tempatan dijulang sebagai pahlawan di Parlimen Malaysia.Ayuh kita dobrak segala kekangan yang ada.

5 comments:

keby said...

jgn dok ralik bergambor jer bro...
kene kerja kuat...sebarkan maklumat yg betul kepada penduduk tempatan...
hheheehhe..anyway selamat bekerja...

Rock Oi! said...

ape ni gambo kabur2 aje..mesti nak cepat ni kan...ehhehe

Hanggokan said...

uish...ni rase tercabar nih. pasni sti ko nak bergambar dgn nuha plak kan? kuikuikui...

ko tak turut serta memanjat tiang2 elektrik dan pokok2 yg ada kat sana bg memasang bendera? atau cukup sekadar berbekalkan modal laungan air liur ko aje?

Farid Abu Talib said...

Saya telah turut serta melihat anak-anak muda Malaysia memanjat tiang elektrik dan pokok mempelam sampai ke pucuk.Saya tidak mempunyai kemahiran untuk memanjat tetapi sangat mahir di dalam melihat

Anonymous said...

ayuh kita mendobrak dunia!!!!"Hanya Anak Muda Bisa Mendobrak Dunia Kerana Akhirnya Dunia Ini Akan Dikuasai Oleh Anak Muda...."teori anak muda siapa yg ajar begini???