Saturday, August 23, 2008

Dari Permatang Pauh : Cina Tokei Kedai Jeruk Salak

Semasa saya merayau-rayau di sekitar Permatang Pauh untuk meninjau suasana kehangatan politik, saya telah singgah di sebuah kedai menjual jeruk salak.Tokei kedai ini memandang saya dari atas hingga ke bawah.Pada hemat saya dia hanya ingin mengetahui samaada saya berasal dari kawasan Permatang Pauh atau hanya menjadi pelancong politik dari luar.

Saya memperkenalkan diri.Tekaan saya ternyata betul.Dia memang menyangka saya dari luar dan tokei kedai itu adalah anak tempatan dan telah berniaga menjual jeruk salak bertahun-tahun.Perniagaannya itu dibantu oleh anak-anaknya termasuk seorang amoi yang cun lagi bergetah yang telah memberi saya diskaun hebat di dalam proses jual beli buah salak itu.

Dia telah bersurah mengenai keyakinan dirinya mengenai politik tempatan.Dia telah bersurah mengenai keyakinan dirinya mengenai sosok Anwar Ibrahim.Dia telah bersurah mengenai keyakinan dirinya bahawa Anwar Ibrahim akan menang besar.Katanya bukan mudah rakyat Permatang Pauh melupakan jasa besar Anwar disana selama berpuluh tahun hanya dengan tuduhan seorang Mamat Jambu dari Kuala Lumpur.Mengikut cerita Cina ini, ramai Mamat Jambu dari Cherok Tok Kun hingga ke Berapit tetapi mereka tidak pernah di’usha’ oleh Anwar Ibrahim.Betul-betul ’kool’ Cina tokei kedai jeruk salak ini bercerita.

Dia bersurah lagi.Katanya amat sukar untuk orang lain menang dalam wilayah Anwar.Isterinya boleh menang apatah lagi dirinya sendiri.Dengan keadaan ekonomi semasa, bukan masalah besar untuk Anwar menang dan ke Parlimen.

Tidak dapat saya pastikan samada anaknya amoi yang cun lagi bergetah itu turut bersetuju atau tidak memandangkan dia hanya ternganga mulut mendengar ayahnya berlabon panjang mengenai sosok Anwar Ibrahim.

Sedang saya mendengar Cina itu berlabon panjang saya telah dikejutkan dengan kehadhiran helikopter yang bergentayangan di udara meninjau keadaan Permatang Pauh.Kebiasaannya helikopter ini akan berlegar di malam hari dimana Anwar Ibrahim berceramah.Tetapi pagi itu lain pula ceritanya.

Selang beberapa ketika selepas itu saya telah terserempak dengan beberapa trak polis yang sarat dengan FRU.Dari mana hendak kemana tidak dapat saya ketahui.Mungkin dari Jemapoh ke Manchestee.

Saya beredar dengan membeli tujuh kilo jeruk salak untuk buah tangan apabila pulang nanti.Saya beredar untuk terus menjamu mata di dalam keadaan hujan yang amat lebat dan awan hitam terus berarak melintasi ruang udara P44 Permatang Pauh .

5 comments:

Hanggokan said...

aku sgt tertarik dan teruja dgn kenyataan ko di atas. malah aku sgt tertarik dan teruja utk lebih mengenali amoi tersebut sambil memakan jeruk salak yg telah ko beli. hehehe...! tapi hatiku telah dicuri oleh nuha...apakan daya...

Anonymous said...

Assalamualaikum Mr. Farid..
Aku tetarik baca kisah cina jual jeruk..dalam katanya ramai jambu di permatang pauh takde sorang pun dia usha..nak tau sebabnya tak..??
Aku rasa selapa saiful bukhari ni yang akan jadi mangsa seterusnya ialah ko..Hehehehe..Jambu dari kuantan..jangan bersumpa di SMAAH

Farid Abu Talib said...

Apa yang perku ditegaskan ialah amoi itu tidak menjual jambu di kuantan

Anonymous said...

aish....awat beli sampai 7 kilo noo???sapa yg beriya-iya sangat nak buah salak tu sampai 2 kilo???habak mai sini....biaq cek pulaih tlinga dia noooooo!!!!menyusahkan orang....

paip-bocor said...

oiiiii