Monday, August 25, 2008

Dari Permatang Pauh : Semalam Yang Hangat


Kehangatan Di Permatang Pauh terus menerus meledak.Pada hemat saya ledakannya hamper sama dengan ledakan yang dikenakan ke atas arwah Benazir Bhutto.Keadaan panas tuduh menuduh, cela mencela terus menerus dipraktikkan.Inilah yang menarik perhatian penduduk Permatang Pauh

Saya mendengar perkabaran Encik Ramlang Porigi imam yang dikatakan hadir di dalam sumpah laknat Mamat Jambu telah hadir di Permatang Pauh.Imam Ramlang Porigi ini telah berlabon mengenai dia telah dipaksa untuk hadir di majlis gilang gemilang sumpah laknat tersebut.Ini bermakna tanpa kerelaannnya.

Selain itu, bom kecil juga telah meletup di kem Puteri United Malays National Organization.Bom ini telah menyebabkan ahli Puteri United Malays National Organization melatah dan terperanjat.Ada hikayat yang disurahkan, salah seorang Puteri United Malays National Organization telah terbelahak menelan gulai itek ketika bom ini meletus.Mengikut cerita dari ketua lepak dikawasan Puteri United Malays National Organization, bom tersebut telah diletupkan oleh Pakatan Rakyat.

Wow!! Pakatan Rakyat sudah mempunyai bom.Kalau begitu mereka juga pasti mempunyai pakar membuat bom.Saya rasa jika Mahmoud Ahmadinejad mengetahui rahsia besar ini pasti beliau akan mengambil ahli Pakatan Rakyat ini bekerja di loji nuklear di Teheran sebagai pembacuh serbuk kimia.

4 comments:

Anonymous said...

alah...bom tangan biasela tuh!!!bukan ade aper pon....tu blom pengebom berani mati lg kan....hehe....

Just said...

tah2 BOM cap ayam je..atau mercun cina..ade yg terbelahak mase melantak gulai itik tu yg xleh tahan..hehe..klau berlaku dpn aku,mau terduduk ketawa..hahaha...

Amz CamPro said...

argh! knp semlm sahaja yang hangat?? permatang pauh,teringat kuih paunggghhhh kegemaran yah yg aku sndri xdpt rase lg..huhu

Farid Abu Talib said...

amz campro : kuih paung tiada di permatang pauh tetapi gulai itek sungguh menggiurkan ada disini.Gerai-gerai di sekitar permatang pauh sudah mula mengeluarkan bendera untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim