Tuesday, October 7, 2008

Terputus Hubungan

Saya telah berada dua hari dua malam di Jalan Chow Kit.
Jalan Chow Kit ini di tengah-tengah belantara kota di Kuala Lumpur.
Saya menyewa hotel yang agak anggun berbanding hotel-hotel lain.
Tetapi pemilik hotel ini kedekut.
Access untuk internet tidak dibenarkan kecuali anda membayar sejumlah wang yang agak lumayan.

Berniaga cara begini mungkin cocok di kota-kota besar.
Untuk menjimatkan kewangan saya terpaksa melangok di tengah hujan lebat untuk mencari access internet.
Hairan juga dalam kota kosmopolitan ini sukar untuk mencari cyber cafe.Ada yang bertulis Kedai Cyber Cafe tetapi tidak mempunyai jaringan internet. kahkahkah lawak Mat Sentul jenis apakah ada di tengah kotaraya ini?

Kesukaran saya untuk mencari jaringan internet menyebabkan saya terputus hubungan duniawi dengan Pak Dollah Badawi. Ini sangat merunsingkan. Apa khabar agaknya Khairy Jamaludin? Adakah taufan nargis sudah reda amukannya? Kah kah kah. Mungkin malam ini saya akan berpindah ke hotel-hotel murah atau rumah tumpangan yang mempunyai jaringan internet supaya perkara-perkara yang merunsingkan kepala hotak saya ini akan lerai sama-sekali.

Kepada pemilik hotel yang anggun tetapi kedekut terima kasih saya ucapkan kerana anda memaksa saya untuk berpeleseran di lorong-lorong yang menyembunyikan seribu satu jenis rahsia.

7 comments:

fadzil hafiz said...

jgn risu!!!en khairy jamaluddin dan bapak mertuanya sihat adanya....

Amir S. said...

hehe.
chow kit mana ada cyber cafe.
dekat area bb ada la.

Anonymous said...

di lorong kota itu masih ada cerita tentang manusia yang hilang punca

Hanggokan said...

sesungguhnya mat sentul bukanlah berasal dari jalan chow kit. mungkin herol yg tinggal di sentul lebih mengenali mat sentul.

Farid Abu Talib said...

padelkopak : kahkahkah. mujur dia masih selamat. kahkahkah.

amir syafiq : pada hemat saya di dalam kota pasti akan ada teknologi yg canggih manggih.

nasrulh : saya setuju kahkahkah

did : mat sentul beda dengan mamat yang tinggal di sentul. mamat yang tinggal di kuala sentul itu sebenarnya memang tidak ada kena mengena dgn hoi keen

so0tspirit said...

cybercafe tade internet tu tpt org men game je kot
uuu rahsia apakah itu?
hati2 jgn smpi kena ngorat dgn maknyah :P

Farid Abu Talib said...

sootsprite : kahkahkah. maknyah juga adalah sebahagian dari rahsia lorong disitu. kahkahkah.