Wednesday, October 15, 2008

Khidmat Pesanan Ringkas Untuk Gades Cun

Kepada cik adik gades yang cun dan manis
Kamu mungkin sudah tahu yang saya kini sedang bergelap
Satu kampung sedang bergelap
Satu kampung terputus bekalan elektrik
Nasib baik flat ini 5 tingkat dan saya di tingkat 4
Jika tidak sudah pasti saya berperang dengan nyamuk
Betul-betul macam cerita atok dan nenek masa zaman jepun dahulu
Setiap kali terputus bekalan elektrik dia akan berlabon zaman jepun.
Zaman itu tiada elektrik
Zaman itu Mahathir Muhamad masih muda lagi
Zaman itu Latifah Omar masih remaja jelita lagi
Zaman itu jamban jauh terperosok di belakang rumah
Untuk sampai ke jamban perlu diterangi lampu minyak tanah
Makan pun hanya ubi kayu dan kelapa
Tuan punya Restoran McDonald masih berurusan dengan Bank Of America untuk meluluskan pinjaman perniagaan
Hidup melarat hidup susah
Tetapi cerita sejarah lampau ini telah datang menziarahi batang tubuh saya malam ini
Memberi tanda dan makna betapa sukarnya hidup
Nak cari makan susah nak bergerak susah hati pun susah
Mengapa di kampung elektrik selalu terputus?
Mengapa di rumah menteri dan saudagar kaya elektrik tidak pernah putus?
Mengapa di zaman ini orang kampung masih terus disusahkan?
Bukankah orang kampung memang sudah susah
Mengapa disusahkan lagi orang yang sudah susah?
Menyusahkan orang yang susah bukan satu pekerjaan yang mulia
Beberapa gerai tutup tidak dapat menjalankan perniagaan tidak dapat mencari rezeki
Esok anak tiada belanja ke sekolah
Makan apa yang ada berlapar jika tiada belanja
Minggu depan bulan depan tahun hadapan cerita sejarah lampau ini akan sampai lagi menziarahi kami
Entah bila akan berakhir
Orang kampung wajib bersedia dan saya juga wajib bersedia
Kerana saya dan orang kampung ini bukan menteri dan saudagar kaya.

18 comments:

Anonymous said...

weh..mcm xder kaitan jer tajuk ngan citer ni..

bintangHatiMu said...

mmg lah x da kaitan dgn tajuk
ni pancing jer,nak suruh baca blog si farid ni....ehehheeh..
cian ko ek bergelap.......
pakai lampu picit lah ya...ok lah tue......

so0tspirit said...

adakah saya si gadis manis itu?
hikhik :">

Hanggokan said...

brp sen kena cas hantar SMS kat gadis itu?

fadzil hafiz said...

gua suda tahu sapa gades cun yg lu sms tuh!!

*si ibu suda mengenalinya...*

Anonymous said...

Elektrik tiada? mahu cahaya?gunalah lilin. banyak nyamuk?pasanglah ubat nyamuk.

Air tiada? mahu minum air sungai(yg kotor)? pasti tidak. mahu mandi air sungai(yg kotor)? tiada pilihan.

inilah yg kami hadapi di Bera,Pahang. Bekalan air ditutup (oleh pihak berwajib). Kerana? "paip lama selalu pecah" baik pulih? "mana ada org kerja raya ni, semua org cuti" habis nk buat apa? "tutup jelah paip tu, habis nk buat mcm mana"

sudah bertahun-tahun setiap kali musim perayaan bekalan air akan ditutup supaya kalau/ada paip pecah tidak lah 'membazir'. kadang2 sampai seminggu. bayangkan anak cucu.. nk mandi susah, nk minum pun susah, nk masak utk raya pun susah, nk jemput org datang beraya pun serba salah, air tiada tekak x basah. bil air kami x pernah merah. bukan hendak memberotak, tapi sesiapa pun akan naih marah!

Amir S. said...

haih kalo tiada letrik.saya tiada life.mau online tiada internet.mau tengok tv tak boleh.mau buat assigment,tak nmpak.mau merempit,tak ada lesen motorsikal.eh dah cerita lain.

razuwahanim said...

sesekali bergelap pon best jugak. tapi bab nyamuk tu aku mmg surrender hahaha. tak tahan dennn!!!

Rock Oi! said...

tapi aku percaya yg ko x ada merasa zaman2 kegelapan lampu minyak tanah seperti itu..zaman kelahiran ko adalah zaman ber futuristik, bukan naleoltik,paleolitik mahupun parameswara...apa pun aku bangga akan kesedaran ko utk bersedia pabila kesusahan mungkin melanda..aku amat merasa jamban jauh di belakang umah,kerna takut,aku menggunakan 2 lampu picit, 1 suluh depan,1 suluh blakang..hahaha lantas kene sintap pale aku ngan wak rislan kerna membazir menggunakan bateri lampu picit 2 ketul besar yg agak rasa mahal di pikirkan pada masa itu mengikut pada pendapatan rezeki masa itu...

Farid Abu Talib said...

anonymous : kahkahkah. ini sms yang dihantar kpd seorang gades yang cun dari seorang kekasih yang sedang berduka akibat ketiadaan elektrik. bukan cerita mengenai gades itu. harap maklum.

nor armawaty : saya tidak suka memancing sama ada ikan, udang mahupun manusia kecuali ia benar-benar cun dan bergetah. kahkahkah.

sootsprite : kahkahkah. kamu mmg manis tapi adakah kamu tidak kesah utk membaca sms sepanjang itu?

did : sms itu percuma sahaja kerana memakai plan istimewa. kahkahkah

padelkopak : ada-ada saja kamu ini. rahsia sebesar ini pun kamu tahu. betul-betul internet bergerak. kahkahkah

shamcoi : kahkahkah. kejadian ini rentetan yang sama. mengapa terjadi dan tidak diambil pusing olih pemerintah? kerana ditempat kita tiada saudagar kaya dan pak menteri yang sudi untuk duduk dan tinggal. saya mengajak kamu utk bersoladiriti.

amir syafiq : betul-betul mcm zaman jepun.

are-name : kita berseronok. peniaga kecil berduka. mereka bertambah susah. disekat dari mencari rezeki.

rock oi! : kahkahkah. lama tidak ketemu wak lan. sampaikan salam saya kepada dia.

paip-bocor said...

ko nk tau sebab ape org kampung je yg selalu xde letrik. sebabnya x duit nk bayar bil, duit byk guna utk beli petrol laaa. petrol turun tapi harga barang x turun x bole jadi gak. lg satu kenapa saudagar letrik selalunya sentiasa ada letrik, sebabbbb dia saudagar letrik. kah kah kah..lainla kalo dia saudagar tempe ke sudah tentu dia pun sama nasib gak mcm org kg.

Farid Abu Talib said...

zarul a wahab : kahkahkah woit saudagar tempe jgn disebut. nanti dia meracau. bila dia meracau nanti susah. nanti dia mengamuk di shah alam habis kilang toyota lingkup. kahkahkah. saudagar tempe ini sudah pandai berblog tapi dia tak pandai mcm mana mau jd ketua pemuda UMNO kahkahkah. bebal. khalas. fin. asalogho. stupidas.

Unknown said...

amat berkesan ni
peringatan untuk diri yg kononnya kini dlm zon selesa
tak selamanya kita begini
mungkin esok nikmat yg ada lenyap
hilang semua yg di depan mata

belajar lah untuk syukur
juga erti redha
tak lupa juga untuk pasrah

Farid Abu Talib said...

dayu : sungguh mendayu-dayu kata kamu.

so0tspirit said...

klu sms dari farid ai sudi jer nyah~
hahahhaa
apasal tetibe aku buat ayat cmni
yah yah, ampunkan saya
but agree, klu takde elektrik mmg seksa uh~
panas + nyamuk klu di malam hari
tp pada saya kalau takde air pon amat seksa
lagi2 kerana saya duduk di hostel

.filzah. said...

hye abg de farid...semangat nye berblogging..hehe

-kaklong piji-

Farid Abu Talib said...

filzah : kamu juga begitu.

Anonymous said...

hai ayu. cis, apa aku melalut nih. betul wahai saudaraku. jika si pangkat berada di sana pastinya tiada bekalan air/api putus tanpa tindakan sewajarnya. mungkin kerana hanya org kebanyakan makan layaknya disusahkan kerana mereka tidak rugi apa2. mereka lupa kerana si kampung itulah mereka boleh hidup lebih baik. mereka lupa.