Friday, October 31, 2008

Nikmat Membuat

Hari ini cuaca redup
Tidak terlalu panas
Tapi perut berkeroncong tanda ia kosong
Tanda perlu ke dapur untuk memasak
Memasak untuk memenuhkan perut yang keroncong
Apa erti merdeka jika perut tidak dipenuhi dengan nasi?

Memasak bukanlah kerana pandai memasak
Memasak bukan juga disebabkan suka memasak
Memasak kerana menjimatkan dana
Dengan dana yang terhad tiada pilihan lain selain memasak

Mengapa kita selalu membeli?
Mengapa kita tidak memasak?

Memasak makanan sendiri mempunyai nikmat
Merasai nikmat memasak adalah erti kita merdeka

Memasak juga satu seni
Seni untuk memanipulasi masam masin manis pahit
Seni memerlukan daya imaginatif - daya untuk otak bergerak dan berpusing

Memasak adalah satu proses demokrasi
Makanan dibuat mengikut hati - masam manis masin pahit kita yang punya
Kebebasan untuk kita membuat makanan ini adalah satu proses demokrasi tulen
Kita merancang kita menentukan kita membuat pilihan
Bukankah itu satu nikmat dari yang maha esa ?

Memasak adalah satu proses membuat. Membuat adalah satu proses yang lebih murah dari membeli.
Menjadikan membuat lebih penting dari membeli adalah satu teori ekonomi yang cukup ampuh.
Teori ini lebih ampuh dari yang lain kerana ianya mempunya nikmat, seni dan demokratik.

Bayangkan jika kita tidak memasak
Bayangkan jika kita tidak membuat
Sama erti dengan negara yang tiada demokrasi
Sama erti dengan negara yang dijajah oleh aparat kolonial
Tiada ertinya hidup.

Esok sila buka dapur
Jemput sahabat handai
Mari merasa nikmat membuat
Rasai betapa nikmatnya sebuah demokrasi terhidang diatas meja makan.

19 comments:

paip-bocor said...

yeahhh..memang seronok memasak ni. nak2 bile orang puji sedap. perghhh terangkat bontot. seolah negara merdeka yang bebas dari budaya barat. pemikiran dan pengaruh tidak lagi cenderung ke negara barat.

Amir S. said...

hehe.sedap ke anda masak?mau jugak taruk sepinggan dua.

fadzil hafiz said...

tugas gua hanya menanak nasik!itu dikira memasak juga bukan?

Anonymous said...

eh saya memasak
saya jarang memebeli
tapi lebih kepada memasak
saya memasak setiap hari
hehe.
eh tapi mmg betul pun
memasak tu jimat.
sekarang pejam mata dan bayangkan.
pergi beli sayur kangkung dah siap masak berharga rm1.00, berapa kati kamu dapat nak dibandingkan beli sayur belum masak rm1 dan masak sendiri. berapa kati pula kamu dapat. hehe

Redz da Tsar said...

Masak...
Aku tak boleh masak...
Sebab aku takde alatan...
kenapa takde alatan?
Sebab aku duduk kat kolej...
Kena membeli...
Tak boleh membuat...
Jadi aku masih tak merdeka...
Aku masih tak ada demokrasi...

hafiz said...

waaa! bro makin hebat! haha
memasak satu proses demokrasi tulen. ya betol. betol. betol paklah bapak demokrasi. hahahah

Anonymous said...

kempen memasak ke ni? huu adik saya pandai memasak air sahaja. ia lebih bagus dari main masak2 bukan? tanpa air masak tiadalah air sirap, air milo, air tongkat ali dan juga air2 yg lain. jd hargailah org yg pandai memasak walaupn mskn die hny layak dkategorikn sebagai mknn kucing muahahah..

Farid Abu Talib said...

zarul a.wahab : jangan jadi seperti puak-puak bebal yang menyalahkan barat. zaman kegemilangan melaka dahulu pembesar suka menyimpan gundik. budaya sonsang ini terjadi sebelum kedatangan budaya kuning dari barat. setiap bangsa dan negara mempunyai kelemahan. ianya terjadi atas beberapa faktor spt agama, kepercayaan, ekonomi dan politik. Cuba kamu lihat org yg suka menyalahkan barat ini. Dimana anak-anak mereka dihantar belajar? london? washington? new jersey? kahkahkah

amir syafiq : Mari kita bertemu janji. demokrasi sedia terhidang diatas meja

padelkopak : kahkahkah. itu juga dikira memasak. tanpa nasik kamu saya tidak kenyang.

yanhashim : kahkahkah. perempuan yang pandai memasak menjadi idaman pemuda sekampung.

redzwan abdullah : tunggu masa dan ketika kamu akan berdemokrasi juga di meja makan kahkahkah. jgn khuatir.

hafiz : kamu jangan buat lawak mat sentul dengan mengatakan pak dolah bapak demokrasi. hampir terbelahak saya dibuatnya. kahkahkah.

mukeganas : memasak air juga satu proses membuat. kahkahkah

.filzah. said...

hadoi....nk ckp psl memasak pn dah wat otak i ni pening2...ouh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Farid Abu Talib said...

filzah : kahkahkah. membuat pening. membeli?

syafiqah said...

lepas ni saya akan belajar memasak. betul!

bungaditepijalan said...

saya suka memasak!
:D

Farid Abu Talib said...

syafiqah : selamat berdemokrasi di atas meja makan

bungaditepijalan : berhati-hati di tepi jalan. kahkahkah

Hanggokan said...

saya lebih suka pemerintahan secara diktator apabila berada dalam dunia masakan. saya akan arahkan mamak itu memasak lalu saya makan. tidak jimat tetapi puas! HaHaHa!!

Anggun Sri Bridal said...

Ko geti masak ke,dulu x pernah nampak ko masak,hanya Kedai Makan Mastura jadi harapan,kalau ko masak pun hanyalah meggi dicampur dengan air panas,itu kira masak juga ke,hahaha...

Farid Abu Talib said...

did : kahkahkah patutlah selalu jumpa kamu di universiti jalan kopi.

mohd nor : kahkahkah. woit dunia kapitalis dah nazak. saya juga sudah berubah. kamu bila mahu merasai nikmat membuat?

Anggun Sri Bridal said...

Ye sekarang tiap2 hari saya merasa nikmat membuat,sekarang ape yg saya ingin rasa ialah nikmat sesorang yg membuatkan utk saya dgn rasa kasih syang dn seikhlas jiwa...hahaha..adakah kamu paham maksud sy en fred.....kamu bila lg..

Farid Abu Talib said...

Mohd Nor : Kahkahkah. semoga kamu cepat mendapat si pembuat. ada juga kamu nanti teman beronggi-ponggi. kahkahkah. kasih sudah terikat. hati sudah dimiliki. hanya masa masih belum mampu dibeli. kahkahkah

.filzah. said...

membeli i likeeeeeeeeee...hehehe