Monday, November 3, 2008

Antara Tanda Dan Makna Sistem Ekonomi Kapitalis Dan Fikrah Akhbar Melayu

Kah kah kah. Buat lawak lagi. Rasa saya sudah beratus lawak yang dibuat. Tapi kali ini lawak yang paling ‘cool’. Saya terbarai ketawa. Saya terbarai dengan kuat. Sebelum ini jiran saya pernah membuat aduan mengenai rumah saya yang selalu bising dengan ketawa. Jiran saya ini mengatakan dia tidak lagi tahan untuk menahan segala barai ketawa saya.

Kah kah kah. Jiran saya memang tidak ‘cool’. Rasa saya jiran sebelah rumah flat lima tingkat ini mula khuatir dengan tahap kewarasan sosok tubuh saya. Mungkin esok atau lusa jiran saya ini akan berpindah. Mungkin petang ini anak-anak jiran saya ini tidak lagi dibenarkan bertentang mata dengan saya. Mungkin anak-anak kucingnya akan dikurung dari berjumpa dengan saya. Kah kah kah.

Sebenarnya saya terbarai ketawa kerana dunia kini sedang membawa tanda dan makna. Alam sentiasa memberi tanda dan makna kepada kita sebagai manusia. Tetapi kerana keangkuhan kita sebagai manusia kita tidak lagi mahu bersahabat dengan alam. Percaya atau tidak dengan kesah klasik melayu kuno? Katak memanggil hujan. Alam memberi tanda jika katak bernyanyi maka itu memberi tanda hujan akan turun. Jika langit gelap bermakna petani-petani akan diberi rezeki – hujan akan turun tanah akan subur. Jika bulan penuh, air dilaut pasang dan kita berada ditengah-tengah kalendar hijrah. Bulan penuh – boleh mencandat ketam. Pada masa ini ketam isinya penuh. Apabila angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mula reda – sotong akan mengawan dan bertelur. Inilah masa sesuai untuk mencandat sotong. Alam sentiasa membantu kita untuk menyelesaikan masalah. Sebelum adanya kompas. Ibn Batutta belayar mengelilingi dunia ini menggunakan arah bintang. Bukankah ini cukup jelas kepada kita bahawa alam memberi tanda dan makna? Adakah begitu sukar kepada kita untuk memahaminya?

Kini sistem ekonomi kapitalis sedang memberi kita tanda dan makna. Sistem ekonomi kapitalis sedang mengalami kemelesetan. Sistem ekonomi kapitalis dunia diterajui oleh Amerika, Britain dan Yahudi. Ketiga-tiga malaun ini sedang mengalami krisis yang tenat. Lebih tenat dari krisis kewangan 97/98 dimana Anwar Ibrahim ketika itu telah dihumban ke dalam jeriji besi. Krisis ini telah membawa kepada kerugian lembaga-lembaga syarikat dan lembaga-lembaga bank elit. Untuk menyelamatkan lembaga-lembaga syarikat dan lembaga-lembaga bank ini, kuasa daulah terpaksa menggunakan dana yang ada iaitu wang rakyat. Jika sesebuah negara menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan lembaga-lembaga syarikat atau lembaga-lembaga bank, itu memberi tanda dan makna negara itu sedang mengalami krisis. Ini bukan hukum dari Gordon Brown tetapi ini adalah hukum ekonomi.

Kongress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Perdana Menteri Gordon Brown telah meluluskan 500 bilion pound sterling untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana Northern Rocks telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.

Apabila krisis sistem ekonomi kapitalis ini sampai, kadar inflasi akan meningkat naik. Permintaan untuk barangan dikurangkan. Ini memberi tanda dan makna perusahaan akan mengurangkan pengeluaran. Keuntungan telah menurun, pekerja akan kehilangan pekerjaan. Gaji tidak mampu lagi dibayar. Berita terbaru hampir 50,000 pekerja Malaysia berdepan risiko dibuang kerja di Singapura.

Krisis ekonomi ini memberi tanda dan makna peperangan yang dihalakan oleh Amerika, Britain dan Yahudi ke atas Iraq, Afghanistan dan Palestin menemui kegagalan. Memang betul Saddam Hussein sudah menjadi arwah. Osama Laden hilang ghaib di Tora Bora dan Abdel Aziz Rantissi sudah menemui ilahi di Nazareth. Tetapi itu hanya kemenangan sementara pihak-pihak malaun ini. Apa yang perlu kita sedari sebagai rakyat dunia ialah perang memerlukan perbelanjaan yang besar - kemusnahan harta dan nyawa. Jika perang yang semakin melebar ini merebak ke negara-negara jiran – perang akan menjadi semakin parah. Maka semakin besarlah belanja perang yang terpaksa ditanggung oleh daulah kapitalis. Perbelanjaan besar akibat perang ini boleh mempercepatkan keruntuhan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis menggunakan Dolar Amerika sebagai tukaran wang. Sistem ekonomi kapitalis menggunakan dolar Amerika di dalam urusniaga – termasuk minyak yang dikorek dari perut bumi di Terengganu hingga ke Sudan. Penggunaan Dolar Amerika juga akan menyebabkan negara yang bergantung kepada ekonomi Amerika akan mengalami kemelesetan ekonomi. Sebarang dagangan menggunakan Dolar Amerika oleh negara-negara lain akan turut sama terjebak di dalam krisis ini.

Kini rakyat dunia tidak lagi mahu menggunakan Dolar Amerika sebagai wang tukaran. Kini rakyat dunia sudah hilang keyakinan terhadap Dolar Amerika. Keadaan ini sama seperti gerombolan United Malays National Organization yang sudah hilang keyakinan terhadap Abdullah Badawi. Warga dunia sudah meluat melihat wang kertas Dolar Amerika. Keadaan ini sama seperti gerombolan United Malays National Organization meluat melihat muka Khairi Jamaluddin.

Maka nilai Dolar Amerika akan jatuh. Sistem ekonomi kapitalis akan rebah dan runtuh rantah. Saddam Hussein telah menjadi arwah bukan kerana beliau mempunyai senjata pemusnah tetapi kerana mamat ini telah meninggalkan tukaran wang Dolar Amerika. Iran yang menjadi musuh ketat Amerika kini sudah lama ingin meninggalkan tukaran Dolar Amerika. Venezuela bukan sahaja mempunyai gades-gades manis di tepi pantai yang seksi-meksi tetapi mereka juga telah lama membaraikan Dolar Amerika ini.

Negara kita juga mempunyai jalur perniagaan dan ekonomi dengan lembaga-lembaga daulah di Amerika Syarikat. Ekonomi kita juga saling bergantungan dengan ekonomi Amerika Syarikat. Negara kita juga akan mengalami tempias jika ekonomi dunia terus berlanjutan sedemikian rupa.

Tetapi apa yang telah membuatkan saya terus terbarai ialah pemimpin-pemimpin besar negara kita telah menafikan bahawa negara kita berada di dalam krisis. Mereka menafikan sekeras-kerasnya negara kita akan terjerumus di dalam kancah krisis ekonomi dunia. Mereka mengatakan negara kita mempunyai jalur ekonomi yang mampan dan berdaya tahan. Kah kah kah. Ini satu lawak yang cukup ‘cool’. Semua negara atas muka bumi ini mengalami krisis ekonomi yang tenat . Tetapi negara kita Malaysia tidak mengalaminya. Kah kah kah. Apakah teori ekonomi pemimpin negara kita pakai? Rasa saya pemimpin-pemimpin besar yang menguasai daulah kita ini patut menjadi Pengerusi Bank Dunia. Selepas itu rakyat dunia akan menjadi selamat, aman dan makmur kerana tiada lagi krisis ekonomi. Kah kah kah. Alangkah beruntungnya kita menjadi rakyat di yang bertuah ini. Negara ini mempunyai benteng yang kukuh untuk menghalang krisis ekonomi dunia dari terus menjalar. Poodah!

Apa yang menjadikan saya terus-menerus terbarai ketawa ialah lawak ini terus-menerus menular. Semalam saya telah membaca satu laporan dimana Kerajaan Malaysia telah meminjam RM 5 billion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyuntik dana sebuah syarikat pelaburan Valuecap Sdn Bhd untuk dilaburkan – mungkin dileburkan di bursa saham. Kah kah kah. Apa punya tur. Nak buat apa dengan RM 5 billion ini? Nak beli penyapu? Khir Toyo sudah belikan. Kah kah kah atau nak tampal atap parlimen yang bocor? Samy Vellu sudah tampalkan. Kah kah kah. Nak tampal Samy Vellu? Warga Sungai Siput sudah tampalkan. Kah kah kah.

Rakyat Malaysia diberitahu negara ini tidak mengalami krisis ekonomi dunia. Sistem yang dipakai oleh negara ini bukan kapitalis? Rakyat Malaysia diberitahu ekonomi negara semakin kukuh. KDNK terus melonjak. Inflasi paling rendah seantero dunia. Negara terus kaya-raya. Kah kah kah. Singapura yang lebih kaya lima kali ganda juga mengalami kemelesetan ekonomi. Tetapi negara kita yang lebih kaya dari Bangladesh dan Ivory Coast masih tetap utuh. Ini betul-betul ajaib.

Pada hemat saya ramai diantara warga kita yang semakin pening kepala dan mungkin mengalami serangan jantung. Ini kerana mereka terpaksa membaca laporan yang berlainan dari setiap helaian akhbar. Mungkin sudah ada yang naik sasau atau gila. Laporan menulis tentang ekonomi yang semakin kukuh. Muka surat sebelah laporkan kerajaan pinjam duit rakyat untuk pelaburan di bursa saham. Laporan mengatakan negara stabil. Esok warga membaca laporan kerajaan tidak jadi membeli helicopter kerana krisis ekonomi dunia. Harga minyak tak boleh dinaikkan. Lepas pilihanraya harga minyak naik mencanak. Pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini. Sidang akhbar keesokannya memberitahu pilihanraya lagi dua minggu. Bernanah otak meleleh sampai ke lutut warga kita membaca laporan-laporan tahyul ini.

Saya tidak mahu menjadi gila dalam usia emas ini. Saya masih mahu merayakan kemudaan saya sebagai warga dunia. Ini kerana dunia ini milik anak semua bangsa. Untuk mengelakkan saya menjadi gila saya berjanji untuk tidak membaca surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Mungkin selepas ini saya akan beralih kepada suratkhabar antarabangsa seperti Washington Post atau Jerusalem Post yang kelihatan lebih jujur. Ini memberikan kita tanda dan makna setiap laporan akhbar perlu dibaca dengan maksud terbalik Kah kah kah.

15 comments:

Anonymous said...

Ini memberikan kita tanda dan makna setiap laporan akhbar perlu dibaca dengan maksud terbalik

hahaha
it makes sense!

fadzil hafiz said...

mak ai!!gua rase lu punya entri ni bley masuk pertandingan menulis cerpen peringkat kebangsaan...

razuwahanim said...

waduh, gue capek banget baca lu pnyer entry kali ni. panjang sangat. so gua terus komen ajelah. bukti yg gua dah ziarah kat sini hahah

hafiz said...

bro farid. sememangnya jelas lagi suci apa yang ko kata. sistem ekonomi kapitalis telah jatuh menjunam. makanya, mana2 negara yang berpayung di bawah sistem tersebut akan mengalami kekincitan. kekincitan itu walaubagaimanapun takkan mengotorkan celana dalam yang disarung. ya. ia akan menyebabkan berlaku lembab, perlahan, kemampusan. ya. bukan kompeni2 besar saja. malah, kompeni2 kecil dan kompeni2 dari DEB juga akan terkincit.

bro. feed aku sudah ok. ko boleh kasi link sama blog aku.

Amir S. said...

kita ni negara dalam lakonan.semuanya lakonan.rakyat kita sudah fed up.tapi pemimpin masih bodoh.jika dulu kita marahkan mahafiraun kerana rasuah dan salah guna kuasa,skrg kita patut risau.pemimpin kita bukan saja rasuah dan salah guna tapi pandai buat lawak.paling kelakar sekarang ni senario pemilihan umno.memang senario habis.ni ke nak pacu negara ke depan?aku rasa fuck la.

Anonymous said...

hahaha dlu aku ingt sistem ekonomi komunis lg bagus dr kapitalis. sekarang 2 2 pun hancus. aku rasa yg terbaik ialah sistem ekonomi islam (walaupun aku x betul2 paham)hehehe

Farid Abu Talib said...

sootspirit : ini kesah benar. saya tidak chutia kamu. kahkahkah

padelkopak : tulisan ini dlm kategori certot bukan cerpen. kahkahkah.

are-name : blog ini utk dibaca buah pemikirannya. kalau mahu ziarah sila pergi ke hospital kajang. kahkahkah.

hafiz : kini semua sudah terkincit. kini semua sudah terbarai. kahkahkah

amir syafiq : kahkahkah. pemimpin bebal tidak mengapa asalkan kita sebagai warga cerdik. mari kita bersolidariti untuk membaraikan mereka dari terus berdengong.

shamcoi : kahkahkah. teringat kenangan lama di sekolah. ketika saya menjadi pengikut tegar arus reformasi dan menjadikan gambar encik anwar ibrahim sebagai alas meja sedangkan meja anda dipenuhi dengan idea dan gambar karl marx, stalin dan lenin. kahkahkah

Anonymous said...

kahkah tpt skalik laporan sokkaba mmg harus dbace dgn maksud tbalik

Hanggokan said...

gile...tetido jap aku bace. pjg betol ko berlabon...ah! aku ada soalan, apekah kekalahan liverpool kepada spurs adalah akibat krisis ekonomi dunia? huhuhu...

Farid Abu Talib said...

ajiji : membaca akhbar dgn maksud terbalik adalah tanda dan makna kita mempunyai otak yang waras. kahkahkah

did : kahkahkah. hidup ini ada graf dimana titik maksimum memainkan peranan penting. Setan merah sudah melepasi titik itu dan liverpool baru hendak mencapai titik maksimum. kalah biasa. adat pendekar. Pak najib bakal PM kita tak pernah kalah dlm pemilihan UMNO sbb tak pernah lawan bertanding. semua menang percuma. itu bukan pendekar. itu JAMBUssssssss kahkahkah

Anonymous said...

aku tak mampu nak berkata apa-apa
sebaliknya aku hanya ketawa tertahan-tahan sebab risau tuan rumah kata aku gila. ya.. kelakar bukan.. aku sudah ketawa sejak berminggu-minggu yang sudah. sangat kelakar. baca blog kamu pun aku rasa sangat kelakar.tahniah. sebab buat aku terus ketawa en farid.

Farid Abu Talib said...

yanhashim : kahkahkah. terbarai ketawa membawa tanda dan makna kita gumbira. gumbira merayakan hidup sebagai anak muda.

Anonymous said...

haha benar dan disahkan. aku obses dgn ideologi komunis dlu. yg ko plak sibuk dgn reformasi (ustaz PI kita pun asyik mencanang). hahaha skrg sglnya sudah baru. pemikiran tambah maju.

AkuKopiKauSiapa? said...

saya copy sedikit entri anda ini..tapi saya letakkan credit..
kalau tidak suka nak sy delete sila beritahu..

Farid Abu Talib said...

AkuKopiKauSiapa : hak cipta terpelihara ini membenarkan kamu.