Monday, November 10, 2008

Gades Manis Di Dalam Bas Sekolah

Hari saya menulis ini adalah hari dimana selasa telah sampai
Hari ini hari sekolah
Pagi tadi melihat anak-anak kecil berjalan kaki ke sekolah
Berjalan merentasi kabus pagi yang tebal
Akhir-akhir ini kabus selalu muncul
Saya kurang pasti sama ada ianya petanda yang baik atau tidak

Melihat kanak-kanak ke sekolah teringat kesah lama saya dulu
Bangun awal pagi ketika ayam belum berkokok
Ayam tidak berkokok bukan kerana ayam itu terlelap sampai dinihari tetapi di kota memang tiada ayam yang berkokok.

Saya ke sekolah menaiki bas. Bas yang saya naiki itu adalah bas yang paling buruk dalam sejarah bas sekolah. Tingkapnya sudah tidak boleh ditutup. Kerusinya telah barai – koyak rabak. Tiada ruang untuk melelapkan mata kerana bunyi enjinnya begitu kuat. Cermin retak sana sini. Bila hujan turun air mengalir masuk. Anak-anak sekolah perempuan menjerit kerana takutkan air. Kami anak-anak sekolah lelaki menjerit kerana takutkan jeritan anak-anak sekolah perempuan.

Pemilik bas ini seorang cina. Pemandunya juga seorang cina dan konduktornya seorang nyonya. Nyonya ini sangat terkenal di waktu itu. Rambutnya afro seperti David Arumugam dan selalu memakai seluar ketat dan baju berbunga-bunga. Sampai hari ini saya tidak mengetahui namanya. Apabila mengenangkan nyonya ini hati saya sayu. Dia kelihatan susah. Dari segi pemakaiannya saya tahu dia orang susah. Saya agak dia bekerja menyara keluarga. Kasutnya telah lusuh, koyak dan rabak. Tiada maskara di mata. Tiada 'blusher' di pipi. Tiada pemerah dibibir. Jarang tersenyum. Dalam hati terdetik “ingin benar saya ketemu dengannya”.

Bas ini terpaksa mengambil kami awal pagi kerana ia bergerak amat perlahan. Untuk mengelakkan kami anak-anak sekolah sampai lambat ke sekolah pemandunya terpaksa mengambil kami betul-betul selepas subuh. Baru-baru ini saya masih terserempak dengan bas ini. Bayangkanlah setelah sepuluh tahun saya meninggalkan alam bas sekolah ini ia tetap berjalan, bergerak dan menghantar anak-anak ke sekolah. Pada hemat saya, besar jasanya bas sekolah ini mungkin sesuai untuk dianugerahi anugerah Datuk.

Walaupun setiap pagi saya terpaksa bangun awal untuk ke sekolah, saya tidak ambil kesah. Sebagai seorang penidur tegar selalunya saya amat culas untuk bangun pagi. Tetapi untuk ke sekolah saya tidak berdepan dengan masalah besar. Ini kerana saya telah menyedari bahawa di dalam bas itu ada seorang gades yang cantik dan manis. Rumahnya tidak jauh dari rumah saya. Dia mempunyai enam orang adik beradik dan selalu berpeleseran menunggang basikal bertayar besar. Dengan jujur saya mengakui bahawa dia cantik dan manis. Saya juga mengakui dengan jujur bahawa saya sudah jatuh hati dengan gades manis ini.

Setiap pagi bas akan sampai di depan rumah dan apabila saya menaiki bas saya tidak akan masuk ke belakang tetapi berdiri di depan pintu bas. Pintu bas sekolah ini terletak ditengah-tengah. Tujuan saya berdiri disitu dengan harapan saya dapat melihat wajah gades manis ini menaiki bas. Apabila bas berhenti di depan rumahnya saya menggelabah. Yang pasti saya akan melemparkan senyuman buat gades itu. Tiada bunga ros merah atau kobis bunga untuknya. Saya cukup yakin saya bukan seorang yang romantis tetapi saya seorang realis.

Di dalam bas saya selalu curi-curi pandang. Untuk menegur saya cukup tidak berani. Tidak ‘cool’. Tetapi dia langsung tidak ambil pot. Saya hampa. Setelah tiba saya akan mengekori gades manis ini sampailah dia hilang dari pandangan. Dia berjalan merentasi kabus pagi bersama kakaknya. Sebenarnya sekolah kami hanya bersebelahan. Hanya dipisahkan dengan satu jalan kecil di belakang sekolah.

Satu ketika saya telah menerima bungkusan plastik dari seorang gades cina di sekolah. Kami hanya memanggil gades cina ini dengan nama ‘Itek’. Ini kerana nama sebenarnya hampir sama dengan bunyi ‘itek’. ‘Itek’ yang berkulit putih ini menyampaikan pesanan. “Bungkusan plastik ini untuk awak. Bukan dari saya, tolong jangan perasan. Tetapi dari seorang gades sekolah sebelah”. Saya menggelabah lagi. Melihat nama yang tertera saya tersenyum. Bungkusan itu saya simpan bertahun-tahun sampai ianya hilang ketika saya berpindah ruang untuk tidur.

Suatu hari saya ketinggalan bas untuk ke sekolah. Ayah membuat keputusan supaya saya menaiki van sahaja. Walaupun harganya sedikit mahal tapi van ini datang lewat dan lebih selesa. Saya hampa..Sudah pasti saya tidak dapat lagi menatap wajah gades cantik dan manis ini. Semenjak dari hari itu saya tidak lagi menggelabah. Semenjak dari itu mata saya terus mengantuk untuk ke sekolah. Tiada apa lagi yang saya tunggu. Tiada apa lagi yang saya nantikan.

Kabus pagi telah pergi – matahari telah keluar. Mata saya masih mengantuk. Pagi ini saya telah bangun, gades cantik dan manis itu tidak lagi menaiki bas. Saya tidak lagi menunggu bas. Woit ini cerita sepuluh tahun lepas lah.

21 comments:

Amir S. said...

hehehhe.dulu aku pun ada simpan perasaan macam ni.tapi sapa lah aku.boyfriend dia hensem macam david beckham!

fadzil hafiz said...

ah lu, menggelabah di subuh hari!! apa cerita brader?

*tapi gua syak lu dah tak menggelabah skang kan?

hafiz said...

hehe pagi ni aku tegelak wei. haha hmmm kadang-kadang, cerita 10 tahun lepas macam baru semalam je...

hmmm memang banyak kenangan pahit manis. kalau dikenang2, senyum sendiri.

Anonymous said...

hahaha...hari ini dlam sejarah..
maskara pakai kat pipi...
kahkahkah..

Anonymous said...

ha..tu bru btoi..
anda semakin bijak bermain dgn kosmetik..

Hanggokan said...

tapi dulu ko goyang...ko masih kacau2 anak cikgu rahinah!

Amz CamPro said...

ops!!!

Anonymous said...

kahkah sonot wei nek bas g skola. bleh kenyit2. kalu nasib baik leh dok sblh aweks2, kakak2, macik2 :p

Anonymous said...

kenangan yang indah bukan?
maaf. tidak tahu kenapa.
tapi cik puan muda sayu dan menangis baca entri saudara.
mungkin sebab perasaan agak sensitif belakangan ini.
kenangan.entri ini juga buat saya tersenyum di tengah hening malam.
terima kasih saudara.

pakDin said...

bleh wat filem ni...
kompem laku!!

.filzah. said...

oi..oi...ye la tu naik bas pegi skolah..bukan babah yg hntr ke???

hahahahaha

Farid Abu Talib said...

amir syafiq : kamu juga hensem. berjambang dan ada six pack di perut. kahkahkah

padelkopak : kahkahkah. kamu memang internet bergerak.

hafiz : komrad. cerita lama yang evergreen. kahkahkah.

anonymous : terima kasih kerana mengajar erti kosmetik. kahkahkah.

did : skandal ini kamu yang mulakan. anak cikgu rahinah ini menjadi sasaran geng keramaian. kahkahkah. saya goyang kamu yang bergoncang. kahkahkah.

amz campro : ops!! dia sudah menjadi isteri orang. kahkahkah.

ajiji : sangat menggiurkan. kahkahkah

yanhashim : kasih kamu diterima. tangisan kamu memberi tanda dan makna kita anak muda merayakan alam maya ini dengan bebas tanpa sekatan dari aparat kolonial.

pakdin : kahkahkah. mau nonton filem saya bikin?

filzah : kahkahkah. saya bukan anak yang lembik lunyai untuk dihantar ke sekolah. kahkahkah

Anonymous said...

ececehhhh..nak officially announce yg dia dah ada gades cun la tu..bgtau la nama..baru gempak.kahkahkah

Rock Oi! said...

gades manes mmg antap se ahlayannnn

Farid Abu Talib said...

kak long : woit ini cherita 10 tahun lepas lah. kahkahkah.

rock oi! : isteri kamu juga manes. kahkahkah.

raisadora said...

cerita pasal kenangan terkadang x hilang dimakan usia... Kalaupun "Dia" da ada pendamping jiwa masih aja kita x lupa... Tp takpa itu semua akan bisa buat kita senyum tatkala berduka ;)

Farid Abu Talib said...

raisadora : kamu masih teringatkan mamat yang tinggal di tepi sungai itu? kahkahkah.

John Leh said...

Nyonya Bus 59 :"Bila mau mayar?"
Pakcik Abu : Driver Van

Tiada pakcik jual kacang kuda atau telur puyuh dalam BUS 59 apa ntah lagi didalam van Pakcik Abu.Yang saya ingat adenya seorang Cikgu Wanita dari SABS turut bersama-sama naik van Pakcik Abu.Saya gelarkan cikgu ini sebagai Cikgu 'Amon Re' kerana sampai sekerang saya gagal mengingati nama sebenar beliau.Beliau si Amon Re ini sempat mengajar saya subjek SEJARAH di Ting. 4 Budiman SABS. Bila saja waktu subjek SEJARAH, beliau akan kembali bercerita tentang Amon Re - tuhan masyarakat Mesir. Tetapi, saya menjadi hairan bin pelik walaupun baju nyonya corak bunga kobis, berseluar ketat (Nyonya merasakan dia seksi dengan costume begitu.tolong jgn amik pot kenapa) Nyonya BUS59 ini tidak seperti Amon Re. Siapa Amon Re yang sebenar? Siapa Madamme Dotty?

Anonymous said...

aku sekolah dlu x ada amoi chantek. x dpt bayangkan. hahaha

razuwahanim said...

gades chantekk tu ada iras2 aku tak? ehem ehem

Farid Abu Talib said...

are-name : kahkahkah. dia manis dan cantek. kamu apa kurangnya. kahkahkah