Thursday, November 6, 2008

Lanun Baru Sudah Sampai - Bahagian Dua


Pagi ini saya bangun lagi dari tidur
Pagi ini saya bangun dan masih berada di atas katil yang sama
Pagi ini saya bangun untuk meraikan kehidupan sebagai warga dunia
Apa yang saya boleh raikan bukan kemenangan Obama
Apa yang saya boleh raikan bukan kematian Osama

Apa yang boleh saya raikan ialah tertegaknya demokrasi rakyat Amerika.
Sistem media seluruh Amerika telah berlaku adil dengan menjual dua sosok untuk menjadi ketua – rakyat mendapat manfaat untuk membuat penilaian.
Malang sekali demokrasi ini tiada di Malaysia. Hegemoni daulah tidak ada keberanian menjual sosok sebegini. Tiada padang sama rata. Tiada gelanggang saksama.
Jika demokrasi tulen ini melingkari lanskap politik Malaysia, hegemoni daulah akan pecah-lerai-berderai-terbarai.

Menanti Obama melakukan perubahan di atas muka bumi adalah tidak salah. Saya tidak akan menahan warga dunia dari terseringai menanti. Tetapi adakah ianya benar realis?

Menanti Obama melakukan perubahan sama seperti menunggu ular batik tidak mengejar anak ayam selepas bersalin kulit. Ini tindakan betul. Ular batik tidak akan mengejar anak ayam lagi selepas bersalin kulit. Tetapi hanya untuk sementara waktu. Selepas ular batik ini kembali lapar ia akan tetap mengejar mangsa yang sama. Amerika juga kini bersalin kulit tetapi mempunyai isi dan ruang rangka pemikiran yang sama.

Menanti Obama melakukan perubahan sama seperti tahun 2003. Singkap sejarah lima tahun sudah - rakyat Malaysia menunggu perubahan dari zaman gelap Mahathir Muhamad kepada zaman cerah Abdullah Badawi. Dua sosok berlainan tetapi berkongsi ideologi yang sama. Sampai pagi ini kita semua terus menanti dengan penuh harapan. Tetapi harapan tidak pernah sampai bertemu dan menyapa batang tubuh kita. Harapan ini semakin tersepak jauh,

Warga dunia. Belajarlah dari sejarah.

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." - Bung Karno, 17 Ogos 1966

6 comments:

Anonymous said...

belajar lah dari sejarah..
senyum*
siapa yang masih belum matang di sini.di negara damai ini.
mereka?
atau kita-kita?

fadzil hafiz said...

ni yang buat gua terasa nak belajar sejarah balik nih!!lu sudi ke menjadi tok guru gua kelak?

Anonymous said...

sejarah mungkin berulang ke ni kahkah

Redz da Tsar said...

Kalau bab-bab isu separa politik nie memang aku selalu nak komen dulu... Tetapi memandangkan aku masih terikat dengan akta 174 dan akta ciptaan en.Mahathir, AUKU, aku tak boleh lah nak cakap lebey2.. haha...

Salam Perjuangan!!!

Hanggokan said...

ye...belajar la sejarah dan belajarlah menyanyi lagu sejarah mungkin berulang - new boyz. bile kite nak berentap memacu suara encik prit? huhuhu!

Farid Abu Talib said...

yanhashim : mereka dan kita-kita merupakan satu gerombolan yang masih belum matang. kahkahkah

padelkopak : berguru dengan isham rais dia pembuat sejarah tegar. kahkahkah.

ajiji : jika saya ditanya soalan sebegini saya akan mejawab satu sahaja jawaban "ya". kahkahkah

redzwan abdullah : kahkahkah. peraturan dibuat adalah utk dilanggar. *peraturan yang bebal dan membongsaikan fikrah kita sebagai warga.

did : mohon ampun dan maaf. tidak dapat menyertai jalan kopi. lemau. apa kamu labonkan? bunga? kahkahkah