Wednesday, November 5, 2008

Lanun Baru Sudah Sampai

Obama menang
Warga dunia bersorak – riang ria kerana Obama ke rumah putih
Warga dunia mula memasang harapan sebelum tidur malam ini semoga dunia kembali aman.
Makcik di Kenya, Pakcik di Monggol, Pak Lebai di Riyadh mula berharap.
Minah-minah cun di belakang lorong di Bangkok tidak ambil pot. Obama menang Mc Cain kalah tidak peduli. Rezeki mesti dicari

Adakah harapan untuk semua ini?
Saya sanggup berlutut di depan maharaja Sweden untuk tidak menjadi bebal. Kita sebagai warga dunia perlu sabar seketika. Apa yang sudah terjadi di atas muka bumi ini perlu kita renungkan. Kita sebagai warga dunia perlu berfikir secara lebih waras.

Sebagai warga dunia yang cintakan keamanan kita perlu mempersoalkan dari mana sosok Obama ini lahir?
Dari mana sosok Obama ini datang ?
Apakah sistem ekonomi yang digunapakai oleh sosok Obama?
Siapa menyediakan dana yang besar untuk Obama melobi dan dilobi.
Persoalan-persoalan pokok ini perlu kita halakan kepada batang tubuh kita.

Obama telah lahir dalam sistem ekonomi kapitalis
Obama telah lahir dalam Parti Democrat kapitalis
Obama telah lahir di dalam negara kapitalis tulen
Negara kapitalis dikuasai oleh borjuis-borjuis kaum pemodal yang mengejar keuntungan maksimum tanpa memikirkan kesan terhadap hukum sosial.
Sistem ekonomi kapitalis adalah sistem ekonomi yang menindas rakyat.
Lihat polisi Amerika selama ini. Untuk terus memperkayakan negara mereka terus-terusan menceroboh Iraq dan Afghanistan. Mengancam Korea Utara, Iran dan Venezuela. Tanpa penindasan sistem kapitalis tidak lengkap. Tanpa peperangan sistem kapitalis akan pencong. Tanpa huru-hara sistem kapitalis akan tempang.

Ancaman ini sampai bukan kerana Republican atau Democrat. Ancaman ini sampai bukan kerana Sarah Palin itu cun. Ancaman ini sampai kerana sistem ekonomi kapitalis telah disujud. Ancaman ini sampai kerana sistem ekonomi kapitalis telah disembah. Sosok Republican atau Democrat tidak melambangkan apa-apa. Sosok parti ini hanya untuk mengolah persetujuan rakyat. Sosok parti ini hanya untuk mengolah persetujuan warga dunia.

Pelobi kabal-kabal zionis telah meresap masuk ke dalam Republican dan Democrat. Pelobi ini adalah borjuis-borjuis kaum pemodal yang berpengaruh. Borjuis-borjuis kaum pemodal ini menentukan hala tuju sistem ekonomi kapitalis Amerika.

Jangan jadi bebal kerana sosok Obama. Tugas kita sebagai warga dunia adalah untuk membaraikan Dolar Amerika. Tugas kita sebagai warga adalah untuk mendobrak sistem ekonomi kapitalis yang menindas. Tugas kita sebagai warga dunia adalah untuk menentang segala kezaliman untuk terus hidup aman.

Malam ini saya akan berdoa. Malam ini sebelum tidur saya akan menadah tangan. Doa saya bukan untuk Barack Obama. Doa saya untuk warga dunia yang ditindas. Doa saya untuk Palestin. Doa saya untuk Afghanistan. Doa saya untuk negara-negara yang ditindas sistem ekonomi kapitalis. Doa saya juga untuk warga plentong yang sedang kehilangan tanah dan rumah mereka.

11 comments:

Anonymous said...

tidak ada harapan tinggi gunung untuk si obama ni.
tak payah banyak cakap.
diam*
fikir*
tengok saja nanti.
kalau baik- bagus
kalau selain baik - ahh.sudahlah.

Anonymous said...

aah.tak salah org.knl eh?

Redz da Tsar said...

tak salah bahawa obama seorang kapitalis...
dan kapitalis ini memang patut dimusnahkan kerana menindas...

cuma saya nak tanye,
Antara Obama dan McCain, mana bagi pendapat kamu yg lebih baik?

fadzil hafiz said...

gua tak heran obama atau mc cain!!kedua-duanya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kopak gua...

Amir S. said...

dia nampak nya lebih mengancam dunia kot.bukan mengancam seksi tu ye,tapi memberi ancaman.hehe.

razuwahanim said...

yang penting aku sama2 mengaminkan doa kamu.

p/s:warga plentong, di manakah kalian?

Rahimin Idris said...

sama je siapa yg menang!

Hanggokan said...

ape yang mampu dibuat oleh seorang pendukung keamanan kalau sistem negaranya dikuasa kroni2 pengganas? hahaha...kita hanya mampu berdoa!

Farid Abu Talib said...

yanhashim : bukan kamu suka yang hitam manis? kahkahkah.

diloz : kenal. kahkahkah

redzwan abdullah : antara obama dan mc cain ditengah-tengah ada demokrasi tulen rakyat amerika. saya memilih utk menyebelahi demokrasi tulen ini. bukan sosok aparat kolonial. kahkahkah

padelkopak : lu kopak bukan sbb obama. lu kopak sbb berhala bergerak. kahkahkah

amir syafiq : kapitalis sudah tentu akhirnya begitu.

are-name : amin.

rahimin idris : kahkahkah. setuju.

did : kita juga mampu mencerahkan minda di jalan kopi. kahkahkah

nice pirate said...

Hmmm...wonderful baby. Remember one thing. Anybody, anyone who is a president of america has got to pierce thier nose and tied with a rope coz the Jews won't let them free. X 4 get that, in america, the most powerful people r the Jews. They r the one who dictates everything 4 the president. We musn't lose our time thinking what's the new mr. president will do next. Who r we in their perspective???? Just a "semut merah"

Anonymous said...

kafirtalism