Tuesday, October 28, 2008

Iklan Yang Tidak Diundang

Ada yang menganggap berlegar dan berpeleseran di gedung-gedung membeli belah adalah satu cara terbaik untuk membuang masa. Ada yang menganggap berlegar dan berpelesaran di gedung-gedung membeli belah ini merupakan satu aktiviti yang seronok dan menarik. Saya tidak menolak kenyataan ini dan pada masa yang sama saya terpaksa mengakuinya. Saya mengakuinya sebagai membuang masa yang sangat menyeronokkan.

Secara jujur saya sendiri dapat merasakan nikmat membuang masa beralih dari kedai ke kedai, dari tingkat ke tingkat dari bangunan ke bangunan dan dari gedung ke gedung. Saya mengakui melihat barang-barang yang dijual sangat memberahikan walaupun di akhir cerita saya tidak akan mampu untuk membeli barang-barang yang diperdagangkan itu. Saya tidak membeli bukan kerana saya tidak mempunyai nafsu untuk membeli-belah tetapi saya secara jujur dapat merasakan dana yang saya miliki tidak mencukupi untuk memiliki barang-barang dagangan itu.

Perangai suka berpindah dari satu kedai ke satu kedai lain ini bermula sejak saya kecil lagi. Pada asalnya saya suka berlegar dan berpeleseran di dalam gedung kerana dapat mendinginkan badan yang panas berjalan di bawah terik mentari. Sementara menunggu badan kembali normal saya akan berpindah dari satu kedai ke satu kedai yang lain.
Saya amat yakin dengan berpindah dari satu kedai ke kedai yang lain saya akan dapat mengetahui peredaran dunia. Saya dapat mengetahui permainan terbaru. Trend baju dan celana yang baru. Makanan yang enak. Juga buku terbaru.

Jika saya ditemuramah oleh Stephen Adam dari BBC antara kedai-kedai itu yang manakah menjadi pilihan saya. Saya secara jujur juga akan mengatakan kedai buku menjadi pilihan saya. Saya bukan ulat buku. Tapi saya tahi buku. Saya mengakuinya dengan jujur dan ikhlas.

Tetapi sejak akhir-akhir ini fenomena berlegar dan berpeleseran di gedung-gedung telah bertembung dengan budaya baru. Fenomena yang saya maksudkan ini semakin menjalar. Saya mengakui bahawa ianya mungkin telah lama berakar umbi. Tetapi akhir-akhir ini ianya dilihat begitu berkembang dan meluas.

Budaya baru yang saya maksudkan ialah budaya iklan yang tidak diundang. Ketika saya berlegar atau berpeleseran akan ada anak-anak muda yang akan mendekati saya untuk mengiklankan barang yang dijual oleh syarikat mereka. Biasanya gades manis yang akan datang mendekati saya. Gades manis ini adalah dalam kategori cun dan bergetah. Pada mulanya saya menjangkakan bahawa gades manis ini datang untuk berkenalan dengan saya kerana saya masih bujang dan berlegar seorang diri. Rupa-rupanya mereka datang untuk mengiklankan barang-barang yang dijual di dalam kedai mereka.

Ada yang datang ingin menjual kad prabayar. Ada yang ingin menjual nombor telefon pascabayar. Ada yang melemparkan saya senyuman manis dan kemudian menawarkan kad kredit. Ada yang datang lenggang lenggok menjual rumah yang belum siap. Ada yang datang lemah gemalai menjual cermin mata. Ada yang menjual lampu suluh untuk menyuluh gigi buaya. Ada yang menjual alat menjimatkan minyak. Ada yang menjual tiket kapal terbang ke Karachi. Ada yang menjual tiket kapal laut ke Kandahar .Seribu satu macam barangan datang menjalar di depan saya. Yang tidak dijual hanyalah tiket untuk menjadi menantu Perdana Menteri.

Paling melucukan ada seorang gades manis yang cun dan bergetah memberi saya helaian kertas. Pada mulanya saya telah menolak dengan baik helaian kertas itu. Tetapi gades manis itu terus mengekori saya. Gades manis itu menyuruh saya baca terlebih dahulu helaian kertas itu dan jangan berprasangka buruk terhadapnya. Lagipun dia memang cun dan bergetah. Saya mengalah atas desakannya. Apabila saya membaca dan memahami isi butir helaian itu saya telah terbarai ketawa dengan kuat. Kahkahkah.

Minah yang cun dan bergetah ini mula panik dan menggelabah. Helaian kertas ini menjemput saya untuk berjogging di hujung minggu. Aktiviti berjongging ini telah ditaja oleh gedung membeli belah tersebut. Kahkahkah. Saya mengatakan kepada gades manis ini jika saya ingin berjogging saya akan ke Taman Gelora atau Tasik Titiwangsa bukan ke gedung menjual baju dan celana. Lalu saya mengajaknya untuk keluar berdua berjogging pada sebelah petang keesokkan harinya. “Sudikah cik adik manis yang cun dan bergetah berjogging bersama abang esok petang?”. Akhirnya gades manis yang cun dan bergetah itu melarikan diri. Tinggallah saya keseorangan dengan ketawa yang belum sudah.

Kadang-kadang saya menjadi resah apabila berhadapan dengan anak-anak muda ini. Bukan niat saya untuk menghina pekerjaan mereka. Tetapi cara mereka mengendalikan dunia perniagaan ini bagi saya amat mengganggu ketenteraman saya untuk menikmati nikmat berlegar dan berpeleseran di kedai-kedai itu.

Selalunya mereka datang untuk memaksa saya membeli barang yang saya tidak perlukan. Bayangkan saya hanya keluar untuk melihat buku-buku yang sedang hangat di pasaran. Tetapi anak-anak muda ini datang untuk mengajak saya berjogging. Saya hanya keluar untuk membeli buku. Tetapi anak-anak muda ini datang untuk memperkenalkan saya lampu suluh untuk menyuluh gigi buaya. Bagi saya ini adalah satu penghinaan. Mengapa memperkenalkan barangan yang saya tidak perlukan.

Untuk melayan dan mendengar anak-anak muda ini berlabon mengenai kelebihan produk ini adalah cara terbaik untuk membunuh masa saya. Ada juga yang menghampiri untuk memperkenalkan barangan senaman yang harganya sama dengan harga tiket kapal terbang pergi balik ke Dublin. Kahkahkah. Saya tidak mempunyai dana sebanyak itu dan saya beranggapan saya telah membunuh masa jika meluangkan masa untuk mendengar mereka berlabon panjang.

Saya selalu bertanya kepada diri saya sendiri, dari manakah anak-anak muda ini belajar cara mengiklankan barangan? Universiti manakah yang mendidik anak-anak muda ini? Teori perniagaan yang mana satu yang mereka pegang dengan mundar mandir kehulu dan kehilir. Buku apa yang mereka baca? Professor kangkung manakah yang mengajar anak-anak muda berniaga cara begini? Ini bukan satu penghinaan. Ini adalah pertanyaan yang jujur. Pertanyaan ini saya ajukan kerana saya yakin bahawa saya ingin bercakap benar. Saya bukan seorang pakar rekonstruksi tetapi saya seorang realis.

Saya melihat pengunjung-pengunjung lain juga tidak ambil pot mengenai helaian kertas ini. Mereka mengambil helaian kertas untuk mengelakkan anak-anak muda ini bercakap lebih panjang lebar. Kemudian helaian kertas ini akan masuk ke tong sampah. Pada hemat saya ini satu perkara yang membazir dan membawa bencana. Pernahkan kita terfikir sudah berapa banyak pokok-pokok tumbang untuk membuat kertas yang akhirnya akan dimasukkan ke dalam tong sampah tanpa ada sebarang manfaat? Sudah berapa juta warga dunia ini kehilangan tempat tinggal akibat banjir besar yang asalnya dari tumbangnya pokok-pokok dan membawa kepada hakisan tanah? Sudah berapa banyak nyawa warga dunia hilang akibat tanah yang runtuh rantah? Sudah berapa banyak sungai-sungai musnah akibat tercabutnya pokok-pokok dari bumi ini untuk membuat kertas? Ini persoalan yang wajib kita sebagai warga dunia tanya dan halakan kepada batang tubuh kita.

Pada hemat saya kedatangan iklan yang tidak diundang ini sebenarnya mendatangkan tekanan sosial. Saya tidak lagi tenteram untuk berlegar dan berpeleseran. Setiap kali saya berpindah dari kedai ke kedai saya terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk melepasi halangan-halangan dari iklan yang tidak diundang ini. Untuk memikirkannya membuatkan saya berisiko mendapat serangan jantung.

Jika saya tidak ambil peduli tentang anak-anak muda ini pasti saya akan dianggap menghina Ketuanan Melayu atau tidak berhati perut atau tidak cemerlang, gemilang dan terbilang atau tidak mempunyai nilai-nilai murni atau tidak belajar sivik ketika bersekolah. Jika saya melayan mereka sudah pasti saya akan dipaksa untuk membeli barangan yang saya tidak perlukan. Ini membuatkan saya betul-betul resah.

Mungkin selepas ini saya akan berlutut di hadapan Presiden Parti Cap Kapal Layar untuk memohon menjadi calon dalan pilihanraya. Jika saya menang saya berjanji untuk membawa permasalahan saya ini ke Dewan Rakyat untuk di perdebatkan.

Mungkin selepas ini juga saya akan menyediakan jawaban yang lengkap untuk mengelakkan diri dari dikerumuni gerombolan anak-anak muda ini. "Cik adik yang cun dan bergetah. Abang tidak perlukan barang-barang ini semua. Semuanya sudah tersedia. Abang hanya perlukan cik adik yang cun dan bergetah untuk menjadi suri rumah" kahkahkah.

13 comments:

fadzil hafiz said...

beras jati cap kapal layar...
beras pilihan anda!!!

*sedutan dr sebuah iklan beras*

Hanggokan said...

"kopi cap kapal api"
memang power...

*lagi sedutan iklan untuk anda*

razuwahanim said...

wahh sungguh perihatin beliau!
syabas!!

rOhock said...

kami nak power!!!

Redz da Tsar said...

Hahaha...
Memang merimaskan...
Tapi yang bab jogging tue, biasenye untuk amal...
Ape kate kalo join, dapat buat amal...
haha...

Anonymous said...

wakaka..sangat bagus penulisan anda wahai faridisme kahka

paip-bocor said...

kalo ko nk tahu strategi yang digunakan oleh gades berkenaan adalah salah satu taktik aktiviti pemasaran.merujuk kepada buku pemasaran yang ditulis oleh kotler armstrong, antara strategi pemasaran yang terbaik diantaranya adalah dengan bersemuka terus kepada bakal pengguna. semakin ramai berjumpa dengan pelanggan semakin banyaklah hasilnya. walaupun aktiviti promosi ini yang paling murah tetapi bole memberikan impak yang amat ketara dan ia juga bergantung bagaimana ia disampaikan. Selain dari itu banyak lagi aktiviti promosi antaranya adalah "sandwich man". sandwich man adalah promoter dgn membawa sepasang papan lapis yg digantung didepan dan dibelakang badan dengan tertulis produk atau servis yang ditawarkan. sekian sahaja dari saya. (pemegang diploma pemasaran dgn cgpa 3.03).

Farid Abu Talib said...

padelkopak : kahkahkah, woit beras ini siapa punya petani di kedah atau import dari negeri thaksin sinawat?

did : kahkahkah. kopi ini siapa punya? perusahaan kecil bumiputra atau dari kapitalis barat?

are-name : perhatian yang serius perlu dihalakan keatas bumi ini. tuhan memberikan bumi ini secara percuma tanpa apa-apa cagaran. sebagai membalas jasa kita perlu menjaga dgn baik. dunia ini bukan milik segelintir manusia tetapi milik anak semua bangsa.

rohock : power apa yg kamu mahu? arrogant of power? kahkahkah.

redzwan abdullah : kahkahkah. kalau nak beramal saya tidak memilih untuk berjogging di mont kiara. saya akan berjalan di kaki lima, batu road atau kg kerinchi dan membantu fakir miskin yang sedang menjalar dimana-mana.

ajiji : penulisan ini bertemakan 'dilarang-melarang' kahkahkah. kesah laling-laling juga boleh dimuatkan. terima kasih.

zarul a.wahab : kahkahkah. teori ini teori juling kapitalis. teori yang tidak berpegang kepada tanggungjawab sosial. teori yang mahukan keuntungan maksima dari aparat-aparat kapitalis neo-liberal. kejulingan ini harus kita dobrak supaya tanggungjawab sosial menjadi keutamaan. tanggungjawab sosial adalah hak milik kita sebagai warga dunia. dunia ini milik anak semua bangsa.

Anonymous said...

kahkahkah, tu la ko jln sorang2 dh ada awek yg kacau. p/s 'adik' knp x bawak

Farid Abu Talib said...

shampd : jalan sorang-sorang baru cool. boleh berpeleseran lama di kedai buku. boleh belek buku-buku pencerahan. kahkahkah. kalau di bawa sekali bung mokhtar raden nanti potong stim. kahkahkah

Rahimin Idris said...

selalu ada. kalau kad kredit, aku cakap kat minah or mamat tu, "gua dah ada 18 la!"

Anonymous said...

pesanan kepada semua, jgnlah pergi ke kedai buku untuk baca buku. anda sedang membunuh seseorang (penulis). beli. satu lg, kalau beli kuih x perlulah berbeg2/dua lapis beg plastik beg, anda hanya akan menambahkan jumlah sampah yg amat susah utk dilupuskan. peace.

Farid Abu Talib said...

shamcoi : kahkahkah. woit kamu mahu jadi aktivis masyarakat ya? kamu di tempat yang betul. "welcome to the club".