Monday, October 13, 2008

Kita Yang Bebal



Ketika kemuncak aidilfitri semakin menjelma dan ramadhan hampir-hampir melabuhkan layarnya, saya telah berlegar-legar di dalam kota. Saya berlegar-legar di dalam kota untuk membeli sedikit persiapan bagi menyambut hari raya. Keadaan begitu sesak sekali. Matahari terus menyimbahkan cahayanya. Cuaca cerah dan sungguh baik.Sebenarnya cuaca begini bukanlah perkara yang luar biasa. Ianya adalah norma yang berlaku saban hari.

Keadaan kota begitu sesak. Dipenuhi dengan ribuan warga yang keluar untuk membeli belah sebagai persediaan akhir untuk menyambut hari raya yang akan sampai dalam masa beberapa hari. Keadaan bertambah sesak apabila cuti telah bermula. Semua lapisan masyarakat yang merayakan hari raya telah keluar untuk menyibukkan diri dan menghabiskan duit. Ada yang keluar bersama keluarga, ada yang berlegar bersama teman dan ada yang beronggi-ponggi bersama ehem-ehem.

Lokasi yang paling sibuk lagi menjelekkan tentunya jalanraya. Untuk sampai ke tengah-tengah kota mengambil masa yang sangat lama. Untuk sampai ke tengah kota saya mengambil masa sehingga dua jam lamanya. Walaupun jarak antara kota dengan rumah saya hanyalah beberapa kilometer. Ini satu kerjaan yang agak tidak masuk akal. Duduk terperuk di dalam kenderaan yang berkunci rapat dan melihat dunia luar dari dalam tingkap kaca bukanlah satu perkara yang saya ingin lakukan. Saya mengandaikan bahawa kita telah menjadi setaraf dengan ikan di dalam akuarium. Berenang lama di dalam akuarium tetapi masih berada di tempat yang sama. Berenang lama di dalam akuarium tetapi masih tidak dapat menembusi dunia kacanya. Keadaan ini membuatkan saya sesak. Keadaan ini membuatkan kita harus melakukan sesuatu untuk menangani masalah ini.

Ketika saya duduk dan berehat seketika dengan melabuhkan punggung di sebuah perhentian bas di hadapan gedung membeli belah, saya melihat ratusan mungkin ribuan kenderaan yang bergerak perlahan sesekali tidak bergerak melintasi biji mata saya. Ini telah membuatkan saya terbarai ketawa, saya terbarai ketawa bukanlah kerana ada adegan lucu yang telah dipertontonkan tetapi saya terbarai ketawa kerana melihat betapa bebalnya kita sebagai manusia yang begitu bergantung dengan modeniti.

Kita yang keluar bersesak-sesak ini datang dari merata ceruk kampong, desa, bandar dan kota. Tujuan utama kita keluar adalah untuk merayakan kehidupan. Tujuan kita keluar dan bersesak-sesak ini hanyalah untuk ke pusat membeli-belah dan gedung-gedung. Tetapi cuba kita fikirkan betapa bebalnya kita sebagai manusia apabila tempat yang kita ingin pergi membeli-belah itu betul-betul berada di depan biji mata tetapi kita tidak dapat sampai ke pintu masuk hanya kerana terperangkap di dalam kenderaan. Betapa bebalnya kita tidak dapat masuk ke dalam pusat membeli belah kerana batang tubuh kita telah terkunci di dalam kereta akibat kesesakan jalanraya. Betapa bebalnya kita kerana tidak tahu bagaimana ingin keluar melalui pintu kereta dan sampai ke pintu masuk yang hanya beberapa meter dari batang tubuh kita hanya kerana kita berada di dalam kereta. Kah kah kah. Ini betul-betul bebal.

Mengapa kita menjadi begitu bebal? Ini adalah kerana batang tubuh kita begitu bergantung dengan modeniti. Kita hanya pandai menggunakan modeniti tetapi kita sudah lupa cara dan bagaimana kita menggunakan fikrah dan kudrat. Kita hanya pandai memuja dan memuji berhala bergerak tetapi kita sudah lupa cara dan bagaimana menggunakan kaki pemberian Tuhan Yang Esa. Sebagai manusia kita kelihatan begitu angkuh dengan Yang Maha Esa. Keangkuhan kita ini mahu dibawa kemana?

Kita sudah tidak tahu lagi cara dan bagaimana menggunakan kaki untuk sampai ke destinasi yang kita tujui. Kita tidak pandai lagi memikirkan cara dan bagaimana untuk menggunakan kaki selain dari menggunakan kereta. Lihat betapa bongsainya akal dan fikrah kita. Kita sudah menjadi betul-betul bebal hanya kerana tidak dapat tempat untuk meletak kereta.

Bayangkan jika ada di kalangan kita ini yang datang dari kampung beratus kilometer dari pusat membeli belah dan gagal untuk mendapatkan tempat meletak kereta. Akhirnya kita terpaksa pulang dengan putih mata atau terpaksa datang di hari yang lain untuk membeli belah. Bukankah ini satu kerjaan yang bebal dan tidak bertamadun?

Mengapa keadaan bebal ini terjadi di dalam kota yang kita sendiri menetap? Mengapa keadaan bebal terjadi dalam kota yang kita sendiri bina dan dirikan? Ini membawa tanda dan makna kitalah sebenarnya punca kepada segala kebebalan kerana terlalu bergantung dengan dunia modeniti sehinggal lupa untuk menggunakan akal fikrah dan kudrat sendiri.

Kita perlu mengubah cara hidup. Kita perlu berubah untuk menangani masalah kesesakan jalanraya di dalam kota yang kita menetap. Untuk mengharapkan kenderaan awam memang tidak boleh diharap. Janji dari pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam terus tinggal janji. Mungkin sampai kiamat atau sampai cicit saya sudah bercucu pun keadaan sama akan terus berlaku.

Pada hemat saya untuk mengatasi masalah ini kita seharusnya memberi tumpuan untuk membina landasan pejalan kaki untuk warga. Landasan ini perlu dibina untuk memberi galakan dan mendidik warga agar mereka berjalan kaki untuk sampai ke destinasi yang di tuju tanpa menggunakan kenderaan persendirian yang akan menyesakkan jalanraya. Dengan menggunakan landasan pejalan kaki ini kita bukan sahaja tidak lagi menjadi bebal dengan hanya mampu melihat pusat membeli belah tapi kita juga dapat sampai, masuk dan membeli belah.

Selain itu, landasan pejalan kaki ini juga dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol dan diesel yang semakin hari harganya semakin mahal dan mencekik batang leher kita sebagai pengguna. Dengan berjalan kaki juga kita dapat menyihatkan kota yang kita diami dengan mengurangkan pencemaran udara, pencemaran bunyi dan mungkin ozon akan menjadi lebih sihat dari sebelum-sebelum ini.

Landasan jalan kaki yang dibina ini harus menyeluruh dan menjalar di dalam kota dan mestilah berjaya menghubungkan tempat-tempat menarik dan penting seperti pusat membeli belah, taman-taman bunga, gedung-gedung, perpustakaan, balai orang ramai, panggung, perhentian bas, tempat meletak kenderaan, pejabat-pejabat kerajaan, pasar-pasar, pusat kewangan dan sebagainya.

Cuba kita bayangkan keadaan kota kita yang sebegini keadaannya. Bukankah kota yang sama-sama kita diami ini akan menjadi lebih baik. Bukankah kota yang sama-sama kita bina ini menjadi lebih aman dan kota yang sama-sama kita rayakan kehidupan ini akan menjadikan kita tidak lagi bebal dan dapat menyihatkan batang tubuh kita.

Saya menolak segala tanggapan bahawa di negara kita ini tidak sesuai untuk berjalan kaki kerana panas. Saya juga menolak segala tanggapan bahawa di negara kita ini tidak sesuai untuk berjalan kaki kerana terik mentari.Ini satu pandangan yang bebal. Mana mungkin manusia tidak dapat berjalan kaki kerana cuaca yang panas. Sesiapa yang memberi hujah ini perlu dicampakkan ke Selatan Afrika untuk melihat dengan jelas bagaimana warga-warga di Afrika ini berjalan kaki di atas gurun dengan berkaki ayam. Mereka warga afrika ini terus hidup dari zaman batu hinggalah ke zaman menyembah modeniti ini. Tidak pernah sampai berita kepada saya bahawa warga afrika ini telah mendapat sakit jantung kerana berjalan di bawah terik mentari. Tahukah kita cuaca di afrika adalah lebih panas dari negara kita?

Dengan berjalan kaki barulah kita dapat mengetahui budaya dan tamadun di dalam kota yang kita menetap. Dengan berjalan kaki, kita akan dapat melalui lorong-lorong yang sebelum ini diselindungkan. Dengan berjalan kaki kita dapat melihat sendiri betapa susahnya kehidupan seorang pengemis jalanan. Dengan berjalan kaki kita dapat mengetahui betapa sukarnya menjadi seorang yang cacat. Dengan berjalan kaki kita dapat mengetahui betapa kotornya kedai makan yang kita selalu kunjungi. Dengan berjalan kaki barulah kita dapat menyedari betapa angkuhnya kita sebagai pemandu kereta. Dengan berjalan kaki barulah kita mengetahui betapa susahnya menjadi orang miskin. Dengan berjalan kaki barulah kita menyedari betapa angkuh kita sebagai manusia terhadap Yang Maha Esa. Dengan berjalan kaki barulah kita menyedari betapa bebalnya orang yang berada di dalam kereta.

14 comments:

Hanggokan said...

kita?! 'mereka' yang bebal. hahaha! tapi 'kita' memang angkuh dgn modeniti yg dimiliki. yg itu aku setuju. mat saleh bwk beg besar pon rilek je berjalan ke sana ke mari dlm negara kita. tentunya mereka tergelak kecil lihat gelagat kita tapi kita terlalu selesa utk mengeluarkan skit peluh!

poyotito said...

kalau dekat2 tu boleh la jalan kaki beb!
kalau dah jauh larat nak jalan kaki juga..

SEKADAR KOMEN.

NWO Observer said...

visit this blog. thank you.

Amz CamPro said...

aku dah tau...kerana apa cik prit mengatakan did telah menujukan komen die kpd ku,iya...aku rela menaiki kereta ketempat kerja walaupun 1 kilometer shj kerana ISTERI KU SEDANG BUNTING dan aku taknak jerana ingin menjelajah tamadun dunia dan mengeluarkan sedikit peluh,isteri ku merana kesakita bleding yg berterusan..TIDAK! AKU TIDAK AKAN MEMBENARKANNYA dan cuba mengelakkannya...

hafiz said...

kalau ku ke kl. masakan kereta...aku tak punya kereta. malah motorku juga ditinggalkan. menaiki kenderaan awam. ya. salah satu cara untuk dekat dihati masyarakat. semuanya jadi dekat. 2 jam tersangkut ditraffik jam. ya. akan menguntungkan kapitalis minyak. hahaha tulisan ko kali ni sememangnya panjang. ya. juntaian yang indah!

fadzil hafiz said...

gua terbayang mcm mana rasanya gibut dan puss terkurung dlm sangkar putih berkarat itu!!!mesti bebal kan?huhu

yoshz said...

betul. aku rasa cam org bodoh. stuck lama2 kat traffik.

raisadora said...

Memang tak ada salahnya berjalan kaki menikmati apa yang diberi... Akan tetapi berlaku insiden yang tak diingini dimana pejalan kaki disalah erti dan diperlakukan adegan ngeri... Aku nak terus menikmati dan aku ingin terus berjalan lagi tapi apakan daya anak melayu kita jua yg menghalangi... Perjalananku terhenti kerna aku diragut tanpa perasaan simpati... Perbuatan melayu sendiri... melayu melayu...

syafiqah said...

saya mengaku yang saya sangat malas jalan kaki. nak gi seven eleven depan rumah pun nak naik kereta. terasa 'bebal' seketika. hehe

syafiqah said...

saya mengaku yang saya sangat malas jalan kaki. nak gi seven eleven depan rumah pun nak naik kereta. terasa 'bebal' seketika. hehe

Rock Oi! said...

lepas ni savvy dah bleh buang ke parit dah...hehehehhe

Hamirdin b Ithnin said...

kau pun ikut kta orang bebal?

Anonymous said...

ckp pasal berjalan ni. aku merasa 'geli hati' melihat org melayu berjalan begitu perlahan. tenang dan senang. ini ialah antara punca org melayu ketinggalan. mungkin nampak 'mengarut' tp lihatlah singapura, jepun & korea. rakyat mereka berjalan dgn pantas (ini berdasarkan kajian dan ranking). sebab itu mereka boleh maju dgn cepat. lihat di negara sendiri sudah. majoriti org cina berjalan lebih laju dari melayu. mereka tahu, masa itu emas, kesihatan juga emas.

Farid Abu Talib said...

did : mari lenyapkan keangkuhan 'kita'

poyotito : berapa umur kamu? kahkahkah

amz campro : saya belum berkahwin dan tidak tahu apa itu 'bleeding'. kahkahkah.

hafiz : kamu belum mempunyai berhala bergerak? ini membawa tanda dan makna kamu tidak berhutang dengan bank kapitalis. kahkahkah

padelkopak : itu perumahan rakyat untuk gibut dan puss. kita tidak mempunya dana untuk menyediakan mereka perumahan baru. kahkahkah

yoshz : tunggu apa lagi? mari bersolidariti minta pemerintah menyediakan landasan pejalan kaki yang selamat dan selesa.

raisadora : kamu si cantik manis dan bergaya. peragut sangat mengidam. kahkahkah. apa yang kita perlukan ialah landasan yang selamat dan selesa. takziah utk kamu.

syafiqah : sebab kemalasan itu kamu telah kehilangan six pack di perut. betul bukan? kahkahkah.

rock oi! : sila baca sampai habis, faham dan hadam nilai penulisan ini. jangan jadi bebal untuk membuang kereta ke dalam parit. kahkahkah. baca bagi otak di dalam kepala faham bukan guna kepala lutut. kahkahkah

hamirdin bin ithnin : tidak begitu prof.

shamchoi : komentar anda juga menarik. saya bersetuju utk bersetuju dgn kamu.