Esok - 24 Oktober - selepas solat jumaat akan diadakan tunjuk perasaan di Bukit Timbalan Johor Bahru untuk membela nasib peneroka kota iaitu penduduk Kampung Baru Plentong yang mana rumah dan tanah mereka telah diroboh dan dirampas.
Rakyat ini hidup melarat. Dari berumah sekarang tiada tempat berlindung. Musim hujan mereka akan lenjun. Musim panas mereka akan garing. Mujur bunga sakura dan salji tidak melanda tanah ini. Mereka tiada tempat berteduh. Tiada dapur untuk makan. Tiada alas untuk lena. Beratapkan langit beralaskan bumi berdindingkan angin.
Ketidakadilan ini harus kita baraikan. Ketidakadilan ini harus kita dobrak bersama. Mari kita bersolidariti untuk memberi sokongan kepada peneroka kota yang ditindas lembaga-lembaga daulah. Ayuh anak muda.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
8 comments:
kesian...
sudah jatuh di timpa tangga,
kepala pula terantuk batu,
tapi tuan rumah buat2 tak tahu
Ayuh!!
orang johor shj tahu ape kesahnya...
kahkahkahkah...ada hikmah tu. kesian gak aku tengok penduduk kg baru plentong tengah tu..tapi perasaan suke pon ada. nak tau kenapa.. sebab seramai 200 ahli umno kg baru plentong tengah telah menyertai PAS. Ustaz Abdul Hadi siap turun utk terima borang keahlian tu. Tahniah kepada penduduk Kg Baru Plentong Tengah yg telah membuka lagi ruang kepada bakal kerajaan baru. Dan ini menunjukkan bahawa jalan mudah untuk peralihan kuasa. kahkahkahkah ape punya turrr laa..
buta hati ke diorang ini!rakyat sendiri ditindas, hero hindustan diorang julang. yang masih sokong fikirkan la balik.
mari!!mari kita merodok perut si tuan tanah kedaung...
shampd?sham jay ade x??
are-name : mereka yang ditindas ini adalah tuan rumah dan tuan tanah.
did : ayuh anak muda
amz campro : kahkahkah. woit. orang jawa, banjar, bangkahulu, kg kerinchi, kg baru, pengkalan chepa sampai ke kanowit sudah tahu cerita. kahkahkah.
zarul a.wahab : woit ustaz hadi ni bg borang shj? kenapa tak bagi rumah. orang-orang plentong perlukan rumah bukan borang. kahkahkah
shampd : sila rujuk cerita sivaji the boss. ini cerita realiti di Malaysia.
padelkopak : ayuh anak muda.
padelkopak : kahkahkah sham jay tiada disini. sudah dinyahkan ke lorong maknyah. kahkahkah. apa punya tur.
Post a Comment