Tuesday, October 7, 2008

Makan, Minum Dan Ketawalah Sepuas-Puasnya

Hari raya hari gembira
Hari raya hari merayakan kehidupan
Ini bukan anugerah dari sri angkasa
Ini anugerah dari ilahi

Melihat riak wajah datuk dan nenek yang semakin tua
hati sedikit sayu
Melihat riak wajah datuk dan nenek yang masih sihat
Hati sedikit lega

Berlabon panjang bersama sanak saudara
Bercerita panjang bersama kaum keluarga
Berkisah panjang bersama rakan taulan
Ini membawa makna dan tanda kita merayakan kehidupan

Ini masa yang sesuai untuk kita beramah mesra
Ini masa yang sesuai kita berkasih sayang
Ini masa yang sesuai kita memberi dan menerima

Jika masih melangok didepan tv
Tutuplah tv itu
Melangok depan tv bukan budaya kita
Melangok depan tv bukan tradisi kita
Kita bukan hendak merayakan filem dan drama

Mau tengok filem? Perhatikan gerak geri kaum keluarga
Mau tengok drama? Perhatikan tingkah laku sanak saudara
Itu adalah gambaran sebenar. Ini adalah filem sebenar. Ini Adalah drama sebenar.

Hari raya hari gembira
Bukan hari untuk menayang baju baru
Bukan hari untuk menayang berhala siapa lebih besar
Bukan hari untuk menayang sampul siapa berisi
Ini hari untuk kita mengenal semua anak beranak kita
Ini hari untuk kita mengenal kaum keluarga kita
Ini hari untuk kita menjadi umat manusia.

Bergembiralah di hari raya
Minum makan dan ketawalah sepuas-puasnya.

8 comments:

fadzil hafiz said...

saya bersetuju juga...
seperti saudara...
sejak bila??
anda pandai bermain kata??
sudah nak kiamat agaknya...
kahkahkah dan hahahaha....

Anonymous said...

Makan, Minum Dan Ketawalah Sepuas-Puasnya.....asal jangan tercekik sudah.

Hanggokan said...

benar sungguh katamu itu...
marilah kita beraya...
bukan asik berdating saja...

Rock Oi! said...

tak perlu ketawa sepuas puasnya..dalam masa sehari sblm raya,aku ada buka radio sinar kalau x silap,ada panggilan2 ucapan raya..gelihati betul aku mendengar ucapan seorang minah tu..dia memberi ucapan kepada suaminya yg x dapat pulang raya kerana bertugas di australia,pastu deejay kata mcm mana sambutan raya tahun ni? dia kata entahlah mungkin dia x tahu lagi sambut raya atau tidak tahun ni,,hahahhahahahhaha...apa definasi org melayu skg ni ttg raya? adakah cara menunjukkan hari raya ini dgn perlu terkinja kinja beruk..meluahkan jeritan2 keriangan mcm org kene histeria baru nampak bukti sambut raya? definasi masyarakat melayu skg ni byk dah terpesong jauh..bagi aku,menyambut raya adalah dgn solat sunat raya di awal pagi,bersyukur setelah sebulan berpuasa dgn memasak makanan yg jarang kita makan hari2 seperti ketupat yg lazimnya menjadi makanan tradisi melayu pabila menyambut syawal..itu saja sudah memenuhi syarat utk menyambut raya,,apa maknanya x sambut raya,kalau minah ni tahu sekalipun,x malu ke dia menunjukkan yg dia tidak bersyukur kepada kedatangan syawal yg mulia ini di khalayak pendengar2 radio..itu saja ulasan saya..

hafiz said...

selamat 9 hari raya! hahaha ketawalah dengan penoh sadar. hahaha kesedaran yang nyata hahaha

razuwahanim said...

salam aidilfitri...
di hari raya, boleh ketawa
tapi biar berpada-pada
kalau tak ketawa, takut muka masam mencuka
buruk padahnya hahahah

syafiqah said...

definisi ni best. sory ye sebab link kat post saya tanpa sempat meminta kebenaran. hehe =P

Farid Abu Talib said...

padelkopak : kahkahkah. saya hanya menulis sahaja apa yang ada di dalam kepala.

nasrulh : sekali lagi saya bersetuju dgn saudara. makan tapai juga menggiurkan

did : raya ini yang paling romantik. dating sahaja membazir masa. lebih baik bawak ehem-ehem bersama raya di rumah kamu.

rock : jika anda tidak mahu ketawa itu anda punya suka. kahkahkah.

hafiz : cuma tidak sedar sudah bayak makan tapai. kahkahkah

are-name : jgn berduka. buruk natijahnya.

syafiqah : tidak mengapa. kita sama-sama rayakan alam maya ini. alam maya ini juga untuk anak semua bangsa. kahkahkah