Wednesday, December 10, 2008

I.S.A


Ketika saya mengetip jari untuk menulis kesah ini – di ibukota sedang diadakan forum ‘Hapuskan I.S.A’. Kepada warga yang masih sedang tidur dan tidak ambil ‘pot’ apa itu I.S.A ingin saya memberi sedikit kefahaman. I.S.A ialah satu akta dimana warga/rakyat/marhaen/kita boleh ditahan tanpa perlu bukti atau apa-apa soal. Kepada yang masih tidur, bangun seketika untuk mendengar saya berkesah tentang I.S.A.

Saya sebagai warga yang merasakan diri saya bertanggungjawab ke atas agama saya, bangsa saya, negara saya, saudara-mara saya, kawan-kawan saya, rakan taulan saya, kekasih hati saya telah menolak dengan jelas akta ini. Pada fikiran saya akta ini digunakan oleh pemerintah untuk terus mengekalkan kuasa secara bacul. Akta ini digunakan untuk menahan aktivis/ahli politik/rakyat yang menentang ideologi pemerintah. Mereka ditahan kerana pemerintah bimbang, gusar dan gundah gelana kelibat-kelibat ini mampu untuk menggoyangkan pemerintah yang sedia ada. Menggoyangkan ini tiada kena mengena dengan goyang gerudi. tiada kena mengena dengan Inul Daratista. Akta ini digunakan oleh pemerintah untuk mengelakkannya dari retak, relai, pecah dan berderai.

Saya telah menolak segala dakwa-dakwi yang mengatakan akta ini digunakan untuk pencegahan awal melindungi negara dari ancaman pengganas. Saya amat yakin berita/alasan yang sampai ke lubang telinga saya ini adalah satu cerita tahyul. Cerita tahyul ini tarafnya sama dengan cerita Orang Amerika telah sampai ke bulan. Alasan-alasan ini direkayasa untuk menghalalkan cara. Alasan-alasan ini terus didendangkan agar mendapat persetujuan kita sebagai rakyat.

Tiga minggu yang lalu ketika saya sedang di dalam perjalanan menuju ke utara saya telah melalui satu persimpangan. Persimpangan itu mempunyai beberapa papan tanda. Saya berhenti seketika disitu kerana salah satu dari papan tanda hijau itu telah menarik minat saya. Papan tanda hijau itu saya amati. Salah satu dari papan tanda hijau itu menunjukkan arah masuk ke suatu kawasan. Papan tanda hijau itu menunjukkan saya melintasi satu wilayah yang bernama Kamunting.

Kamunting ini adalah tempat dimana tahanan I.S.A ditahan. Rasa saya jika papan tanda ini boleh menangis pasti lama sudah ia meneteskan air mata. Jika papan tanda ini mempunyai sifat malu pasti lama sudah ia menutup muka. Jika papan tanda ini boleh bersuara pasti lama sudah ia meraung. Jika papan tanda diberi peluang untuk hidup dan mati pasti lama sudah ia cuba membunuh diri. Rasa saya papan tanda ini juga tidak lagi sanggup untuk menanggung segala keperitan yang telah, sedang dan akan berlaku.

Beberapa hari lalu satu berita telah sampai – singgah menyentuh cuping telinga saya. Berita yang sampai ini membuatkan saya terbahak-bahak ketawa – yoga diharamkan. Mata saya yang masih elok berfungsi ini telah mengeluarkan air. Saya amat yakin bahawa fatwa ini fatwa politik bukan fatwa agama. Yoga diharamkan kerana yoga diamalkan oleh rakyat marhaen yang tidak mempunyai kuasa.. Jika yoga ini diamalkan oleh pemerintah rasa saya ia akan terus dihalalkan. Jikalau fatwa ini fatwa agama saya amat yakin bukan sahaja yoga yang akan diharamkan diatas muka bumi ini tetapi I.S.A juga akan terjoblos di bawah tapak kaki ketuanan rakyat.

5 comments:

Zarul A. Wahab said...

kahkahkah ISA..Ikut Saje Abdullah.

Did said...

isa samad dan ISA bukanlah perkara yang sama. hehehe...ntah ape aku merepek...saje nak penuhkan komen.d

Rock Oi! said...

bukan la ayol..ISA maksudnya Nahhh....Ini Seluar Aku.... (gaya incredible hulk mengoyakkan seluarnya lalu membalingkan seluar jeans paras lutut pemberian si bojot ke arah peminat2)

Rock Oi! said...

"Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author."

alamak baru perasan...skg ni komen nak kene approved dulu ker..ni yg x syok neh..atukoiii..patut la aku send n refresh tak ada jugek,,masuk dalam refrigerator kot.. atukoi

amir syafiq said...

hehehe tapi dengar cerita ada juga mamat2 bertuah beratur waktu forum tu pakai t shirt nak halalkan ISA.