Thursday, December 4, 2008

Malam Dua Puluh Lima

Malam ini - malam dua puluh lima. Malam ini - dimana malam dua puluh lima telah datang. Malam ini - dimana malam dua puluh lima telah datang singgah menyapa saya. Malam dua puluh lima ini singgah ketika saya keseorangan di dalam sebuah bilik kecil. Bilik ini telah menjadi saksi kedatangan malam dua puluh lima.

Malam ini malam yang cerah. Malam ini malam yang indah. Malam ini saya hanya membuka dua dari tiga tingkap yang ada. Malam ini sunyi sepi. Malam ini malam yang sesuai untuk saya bernolstalgia. Cerita-cerita lama kembali muncul dalam ingatan. Cerita-cerita lama sebelum kedatangan malam dua puluh lima berputar laju memenuhi ruang bingkai fikiran saya.

Malam ini saya hanya melepek di tepi tingkap. Dalam kegelapan malam dua puluh lima – bertemankan biskut Julie’s, saya telah melihat di belakang bilik yang saya sewa ini hutan telah gondol - yang tinggal hanya bukit yang botak. Dalam kebotakkan bukit ini dalam kegondolan hutan ini saya bernolstalgia.

Apa agaknya kesan ke atas muka bumi yang gondol ini? Bulan ini bulan hujan. Bulan dimana hujan mula menjunam dari awan ke bumi. Apabila titisan-titisan air ini sampai tanpa ditapis oleh daun-daun, pokok-pokok dan batang-batang kayu maka air ini akan terus terjoblos masuk ke dalam liang-liang tanah. Air ini tidak sempat meresap ke dalam tanah. Kegunaan daun-daun, pokok-pokok dan batang-batang kayu ini adalah untuk melambatkan pengaliran air hujan dari terus terjoblos ke liang tanah. Akibatnya banjir akan tiba. Saya masih perlu bersyukur, di malam dua puluh lima ini banjir belum memberi salam takzim kepada saya. Bilik yang saya sewa ini masih belum digenangi air.

Saya menyambut malam dua puluh lima ini keseorangan. Tidak mempunyai kawan. Tidak mempunyai teman. Tetapi tiada ada apa yang perlu disedihkan. Tiada apa yang perlu digembirakan sangat. Hari ini sama seperti hari-hari biasa sahaja. Hari biasa untuk orang biasa seperti saya. Petang tadi saya berpandangan dengan seorang teman. Dari isyarat tangannya dia ingin memberitahu sesuatu. Dari isyarat tangannya dia ingin memberi sesuatu.

Apabila malam dua puluh lima sampai – bermakna saya menjadi suku dari abad. Kendati itu saya masih berasa gembira. Apabila saya bangun esok pagi, saya masih seorang anak muda. Seorang anak muda yang ingin menyampaikan pesan. Seorang anak muda yang ingin menyampaikan ingatan. Seorang anak muda yang ingin menegakkan kebenaran.

Sedang malam dua puluh lima ini merangkak menuju terbit mentari baru saya teringat yang bilik sedang saya sewa ini hanya berharga dua ringgit lima puluh sen semalaman. Tetap dua dan lima.

11 comments:

Anonymous said...

mengapa anda keseorangan di malam dua puluh lima? Ke mana gades manis yang sering dikesahkan?

Did said...

benar itu...kenapa keseorangan?
wahahaha!!!

amir syafiq said...

hehehhe dah tua:p
selamat la ye.
semoga di barkati dalam segalanya.


eh aku curi gambar against ISA tau.nak juga letak kat blog i.huhu.

Pok Leh said...

Hahaha.
Ini satu perkara yang patut dirayakan.Tahniah.Dari sekolah rendah ke sekolah menengah - banyak perubahan berlaku kepada kita semua.Ini Farid Abdillah yang saya kenal sejak di bangku sekolah.Syabas saudara.

yanhashim said...

selamat hari lahir saudara.
saya doakan kebahagiaan dan kesejahteraan saudara.semoga panjang umur dan senantiasa murah rezeki.

Zarul A. Wahab said...

wa xde idea nk komen la..walaubagaimanapun aku tetap hantar komen

raisadora said...

kepulangan anda dinantikan... kesedihan kerana x dpt sama2 meraikan keramaian di aidiladha... tp tak apa... anda sentiasa ada buat kami semua... cuma sedih kami kekurangan photographer yg tanpa noktah terus ada menceria hari kami :) takpa masih ada lagi nanti... Jaga diri n moga diberkati slalu....

Ida said...

dua lima sudaaa.
dua kali lima sepuloh.

errrm,semoga sentiasa dilindungi,dipelihara dan diredhai Allah :)

Farid Abu Talib said...

anonymous : saya berada di luar kawasan liputan. gades manis berada di dalam kawasan liputan. tidak bertemu. tidak bertembung.

did : wahahaha!!! sukanya kamu ya!

amir syafiq : masih seorang anak muda. umur baru menginjak suku abad. masih bisa merobah dunia.

pok leh : terima kasih saudara. sahabat lama. sahabat lama tidak ketemu. sahabat lama yang kekal dalam ingatan.

yanhasyim : terima kaseh daun keladi.

zarul a.wahab : kamu tak payah komenlah. kahkahkah. pergi berkongres di luar stadium lagi bagus. rock oi! mencari kamu katanya sudah berada di hadapan rumah kamu tetapi talipon tidak dapat.

raisadora : sampaikan salam kepada 'baresan keramaian' yang lain. photographer pencen buat sementara waktu.

ida : terima kasih daun keladi.

hafiz said...

dah tua pun kau bro! happy birthday!

Farid Abu Talib said...

hafiz : masih muda. kahkahkah. masih bergetah. kahkahkah.