Thursday, December 25, 2008

Kesah Chenta Di Hari Derita

Hari ini hari indah - bagi orang berchenta
Bagi orang putus chenta hari ini hari derita
Deraian airmata singgah dipipi sebelum menetes ke riba

Makan tak lalu tidur tak lena
Perut lapar tapi bila nasi disuap tekak menjadi loya
Dah beberapa hari tak makan - badan yang agak naik kebelakangan ini lemah longlai dan kembali susut musut
Ini tanda sakit

Mata rasa pedih - mengantuk sangat tapi bila baring teringat kenangan bersama gades manis yang mengundur diri
Jiwa gelisah tak jadi tidur

Bila malam tiba jiwa lagi rasa tertekan - rasa nak siang sepanjang zaman
Malam dah larut. Nak ajak bonda berkesah tentang hati bonda dah tidur
Nak ajak ayah bercherita soal jiwa luka ayah sudah lena

Ini tak kena itu tak kena
Baring tak kena duduk tak kena
Ini juga tanda-tanda zaman sakit telah datang
Sakit ini tiada ubat sakit ini sangat derita sakit ini kalau tak betul rawat bolih jadi gila

Pernah dengar kesah chenta Laila Majnun?
Pernah baca kesah Yusuf Zulaikha?
Pernah tatap monumen Taj Mahal?
Pernah khatam kesah-kesah gades manis dari saya di blog ini?

Ini semua kesah chenta
Ada chenta yang berkesudahan ada yang sangkut di tengah jalan
Ada yang terbang tinggi kemudian jatuh - patah sayap bertongkat paruh
Chenta satu magis - bolih buat ubat bolih buat racun
Bolih bahagia bolih derita

Tisu akan dibeli lagi untuk mengesat air mata
Entah bila air mata ini akan kering
Dalam hati bertelagah sendiri. Mana datang dulu. Tubuh akan kering dahulu atau air mata akan kering dahulu

Dahulu melihat kawan derita dan sengsara - badan sasa tinggal tulang semua sebab chenta
Mata saya dapat merakam sengsara kawan ini tetapi hati tidak merasa sakit derita
Macam melihat timbunan sampah kotor dari dalam kereta
Mata nampak busuk tetapi hidung tak berbau

Hari ini giliran saya
Bukan melihat sampah dari dalam kereta lagi
Saya kini telah terhumban ke dalam timbunan sampah
Mata nampak sampah hidung berbau busuk hati merasa kesemuanya - derita sengsara

Sakit ini bukan kepalang
Tapi apa bolih buat
Saya orang biasa yang tiada mukjizat
Saya orang biasa yang tiada kekuatan
Saya orang biasa yang selalu melakukan kesilapan

Kalau dapat saya undur masa pasti saya akan mengundur ke dua minggu lalu
Masa itu masa bahagia. Rasa macam semalam baru berlalu. Tapi mustahil.

Tekanan saya hadapi ini telah melebihi dari ketahanan yang saya ada
Macam tembok yang akhirnya pecah dibadai air
Saya fikir saya kuat - mampu melawan musuh negara
Rupa-rupanya rapuh tanpa cinta

-Farid-

20 comments:

amir syafiq said...

ala takziah takziah.

shazy said...

Lumrah kehidupan...
kebanyakannya dijadikan berpasangan..
begitu juga dgn pertemuan..pasangannya perpisahan..cume mgkin yg membezakannya adlah cra pengakhirannya..samaada putus ditgh jln mahupun kematian...kedua2nya semahunya dielakkan..tp itulah dia takdir tuhan..Allah dtgkan kesusahan bukan utk manusia berputus asa tp supaya lebih berusahan dan sedikit berfikir..bersyukurlah sesungguhnya anda mdpt tumpuan...

Anonymous said...

Kadangkala ALLAH hilangkan kita matahari...
Kemudian DIA datangkan guruh dan kilat...
Puas kita menangis mencari dimana matahari...
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita seindah-indah pelangi..

Pok Leh said...

Jangan menagih cinta.

Ini karma.

Ini Qada' dan Qadar.

Jangan menekan jiwa.

Ini hidup.

Ini rona coraknya.

Maka,

Perlulah tenang menghadapinya.
Semangat harus kuat.
Jiwa harus ada semangat.

Hidup ini tidak lama.
Hidup ini tidak cepat.
Yang Maha Esa yg Maha Mengetahuinya.

raisadora said...

syahdu pilu kalbu dibuatnya... hmmm salam takziah buat hati anda yg luka... kami rakan keramaian masih ada... jgn sedih2 ya... teruskan perjuangan anda... :)

Zarul A. Wahab said...

sedangkan Adam & Hawa juga pernah berpisah. Inikan pula manusia biasa. aku nyanyi satu lagu utk kau..demgar ekh!!"jika benar chenta itu buta..butakah mataku, berkali terluka jua ku menungggu...apa yang kuinginkan... hanya kejujuran dalam perhubungannnnn..." uhuk..uhukkk..

Mohd Nor said...

Bro,
Esah tinggalkan aku,aku rilek jek,
walaupun kadang2 sesekali tergiang2 kete kancil putihnye yg comel itu...

syafiqah said...

lumrah hidup. kadang duka kadang suka. cheer up! =)

~filzah~ said...

alololololo...

ape ni de...
jgn derita2...

senyum okayh..

nnti kite jmpe, kite main boling same2 k...
tp de blanje la ek..hahahaha
btol la...org x keje lg...de dah keje....

c ya later, cuz...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...
This comment has been removed by the author.
Awang Zaki said...

slm bro farid...

haha sungguh tragis ceritamu...

lumrah dunia tiada apa yg kekal...

cinta kepada tuhan adalah segalanya... bersihkanlah hatimu menghadap Yang Maha Esa meminta ampun dan petunjuk...

bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...

Allah bagi yang terbaik untuk kita walaupun kadang2 yang tidak elok pada pandangan orang lain tetapi ia adalah terbaik untuk kita...

sabar yer...

-dr love... hehe

Kak Long said...

bersabar ye de..Allah itu Maha Mengetahui siapa yg terbaik untuk kita..jgn sedih2.

Did said...

uih...ape cer bro?
knp? ape terjadi? sori bro...aku mmg bz bgt 2,3 minggu nih.

are-name said...

uhh??
chenta memang begitu...
berusahalahh!!! *jerit kuat2*

padelkopak said...

kuatkan semangat lu!!gua kat sini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan lu.

*kok capek terusan begini deh~

hafiz said...

bro. apasal ni bro. ko jangan tak makan k. makin kurus ko nanti. relax k! duka dan cita itu sebuah rasa yang datang dan pergi. kalau takleh nak relax. sabar je la.

cik yanhashim said...

salam tahun baru.
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
semoga tahun baru ini, kamu, saya dan semua peroleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dan dilimpahi keberkatan.

selamat tahun baru en farid

hERoL said...

Bro...life is simple...eat.sleep.cheer....

hafiz said...

halo bro! ok da ke!?

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)