Monday, December 22, 2008

Cerita Tentang ‘Dia’ sebagai Tanda Kenang-Kenangan

Semasa zaman persekolahan, saya dan ‘dia’ pernah menjadi kawan. Walaupun tidak pernah berada di dalam kelas yang sama tetapi saya dan ‘dia’ di satu tingkatan. Saya dan ‘dia’ pernah kenal-mengenal. Saya dan ‘dia’ pernah bersua muka. Saya dan ‘dia’ selalu beradu kekuatan di atas padang bola. Hari ini saya menang esok lusa giliran ‘dia’ pula. Kami kawan lama. Kawan yang kini sudah terpisah oleh jarak dan waktu.

Setelah tamat zaman persekolahan saya tidak lagi mendengar khabar berita daripadanya. Seingat saya kali terakhir saya dikesahkan tentang ‘dia’ sudah menjadi pengacara rancangan di televisyen oleh seorang kawan. Saya jarang menonton televisyen. Saya memang ketinggalan dalam hal ehwal televisyen. Saya jarang membuang masa di depan televisyen. Internet menjadi sumber utama saya mencari maklumat. Sekarang ‘dia’ masih belajar. Saya pula mengajar. Setelah sepuluh tahun kami berubah haluan. Haluan yang berbeza.

Setelah sepuluh tahun kami kembali bertemu. Kami bertemu di Pantai Cherating.

Saya menunggu kedatangan kawan-kawan yang lain sambil memasak ayam panggang di atas bara. Kami bergilir mengipas bara. Kami bergilir membalikkan ayam di atas panggang. Dalam kelam asap bara berkepol, saya dapat melihat jelas kelibat seorang lelaki berkemeja datang dan menghampiri saya. Saya menghulurkan tangan tanda menyambut kedatangan ‘dia’.

‘Dia’ bertopi dan rambutnya kelihatan agak panjang. Dalam genggaman tangan kirinya sebungkus kotak rokok. Saya mengandaikan bahawa ‘dia’ perokok tegar. Kami berpandangan sebagai tanda hormat menghormati.

Dalam kelam asap bara berkepol itu kami mula berkesah. Kami kembali berkenalan setelah sepuluh tahun terpisah. Antara saya dan ‘dia’ tersenyum gembira. Dalam senyuman itu ‘dia’ menghisap rokok lagi.

‘Dia’ datang menaiki kereta persendirian. Sambil menunjukkan ke arah kawasan gelap tempat meletak kereta. Kedudukan kami bercerita agak terasing dari teman-teman yang lain. Dia mula membuka satu rahsia. Rahsia yang dia masih bujang. Kami ketawa terbahak-bahak. Saya juga membuka satu rahsia. Rahsia yang sama. Rahsia dimana saya juga masih bujang. Ketawa kami membawa deraian air mata.

Sambil ditiup angin laut, kami kembali ke zaman silam. Zaman dimana tidak perlu runsing untuk mencari duit. Zaman tidak perlu runsing untuk mencari makan. Zaman tidak perlu runsing untuk itu dan ini. Rupa-rupanya di dalam kelam asap bara berkepol kami berkongsi persamaan. Kami berkongsi kegilaan. Kami berkongsi kegilaan tentang politik. Saya juga memberitahu bahawa saya kini seorang penulis. Saya memberi alamat blog supaya dia dapat membaca hasil kerja tangan saya. Saya tidak menjangkakan semua ini akan terjadi pada malam itu kerana sukar untuk mencari teman bercerita yang sebegini.

‘Dia’ mula menceritakan kesah tentang kehidupan dan pengalaman yang dilaluinya. Saya juga menceritakan kesah tentang kehidupan dan pengalaman yang saya lalui. Saya dan ‘dia’ berkongsi cerita, berkongsi pandangan , berkongsi itu dan ini. Saya dan ‘dia’ sudah jauh meninggalkan alam sekolah. Kami ketawa. Adakala serius. Adakala lucu.

Kami berceritakan kesah sampai lewat malam. Kami terbahak-bahak sampai menjelang pagi. Rokok terus dihisap. Cerita kami ini cerita istimewa. Cerita kami ini tidak diceritakan oleh teman-teman lain. Mungkin kami anak-anak muda yang sudah dituakan sebelum waktunya.

Setelah perut kenyang. Setelah berkesah panjang. Setelah pagi menjelang. Setelah usai sudah acara kami meminta diri untuk beransur pulang. Kami sempat bertukar nombor talipon. ‘Dia’ mengajak saya menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen suatu hari nanti. Saya berjanji untuk mengurus pemergian kami bersama.

Cerita ini cerita tentang ‘Dia’. Cerita ini tanda persahabatan. Cerita ini tanda kenang-kenangan. Cerita ini tidak ada orang yang tahu kerana saya dan dia orang-orang biasa sahaja.

14 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Ini cerita sedih ka cerita memoir?

haha ;)

Anggun Sri Bridal said...

Dia yang bernama Seri..

hafiz said...

bro. setiap manusia ada cerita memasing walaupun sebagai orang biasa. kebiasaan itu adalah sesuatu yang sangat sukar dingerti semua orang.

p/s: itu gambar nanti minta bro tlong email sama saya ya.

Hanggokan said...

dia itu bukan misteri...
dia itu aku kenal...
dia itu tidak asing bg kita...
dia itu...

raisadora said...

Seperti tau je siapa dia he3

raisadora said...

mmg satu org je kot pakai topi... hmmm...

Anonymous said...

dier 2 mgkn dah dilupakan yer...
skrg ingat anak pak long ajer...

"FROM PAK LONG CORNER WITH LOVE"

syafiqah said...

seronok dapat jumpa kawan lama! =P

John Leh said...

Ini adalah karangan lagu DIA nyanyian FAUZIAH LATIF @ GEE.Ini Gee bukan minyak sapi Ghee, ejaannya langsung lain.Sila tolong jangan keliru.

Enche Farid ini langsung saya sudah kenal sejak dibangku sekolah rendah.Main game bola same-same di rumah Meor.Meor ini hingusan dulunya.Tapi sekarang dah macho.Mungkin jadi model iklan Minyak Sapi Ghee.Saya tak ambil pot.

paip-bocor said...

aku harap "dia" bukan saiful bukhari. uhuk..uhukk..uhukkk...

Farid Abu Talib said...

izwan : seronok jumpa kamu. alamak ini cherita takdelah sedih. terkenang zaman tengah 'jambu'. kahkahkah.

Mohd Nor : dia yang bernama esah. Mat ingt pesan saya jangan tunggu lama-lama nanti esah dan kancilnya dikebas orang Mat. Melepas lah lagi.

hafiz : seronok juga dapat ketemu kamu. nanti kisa bisa ngobrol politik panjang. gambar akan dihantar pada awal tahun gregorian

did : kahkahkah. kamu kenal ya. kahkahkah. malam ini saperti biasa kuliah di universiti jalan kopi pukul 10pm.

raisadora : kahkahkah. tentulah kamu tahu siapa. bukankah kita juga ngobrol krisis ekonomi yg terjoblos ke teruk di malam itu. serius saya tidak tahu kamu 'minah teater'.

anonymous : alamak. jangan sebar fitnah. pak long ini kena tanya memanda menteri dari bukit besar nun jauh di kedah ya encik samsul. kahkahkah. mau pergi ke bukit besar pastikan enjin kereta ada letak air. baru jimat.

syafiqah : saya masih beruntung kerana masih bolih berjumpa. rakan kamu terus 'last miss call'. alamak.

pok leh : kahkahkah. 1998. tahun keramat. tahun tercela. tahun kita dituduh mencela mahathir muhamad.

zarul a. wahab : kahkahkah. bukan serius bukan saiful kahkahkah. woit selipar jepun yang tertinggal di dalam kereta kamu adalah pemberian bonda. selipar jepun tanda kaseh dan sayang. minta disimpan elok-elok. selipar akan musnah dimakan masa. tanda kenangan akan dibawa sampai ke mati.

zhfrz said...

ini cerita gay ka?

hehehehe

aku pon nak gambar jugak farid...

Amir S. said...

hehe dah kenal dah siapa:p

Amers. said...

oh clap clap..
kau buat aku teringat dulu-dulu.