Sunday, December 7, 2008

Kesah Malam Ini – Selamat Hari Raya Qurban

Malam ini malam raya
Malam raya malam berkumpul sanak saudara
Malam berkumpul bersembang berkesah

Malam memberi kasih dan sayang
Masak bersama minum bersama
Ketawa terbahak-bahak pun bersama

Malam ini saya masih berdiri di perhentian bas
Masih menunggu bas untuk pulang ke kampung
Dunia sedang meleset
Saya lagi meleset
Ada kereta tapi naik bas ada stereng tapi beli tiket bas

Ini nasib saya - bukan nasib saya saorang tapi nasib ramai orang
Jika tak percaya malam ini pergi ke perhentian bas – tengok berapa ramai orang disana
Kalau bernasib baik boleh jumpa saya
Saya pakai baju kotak-kotak berseluar jeans

Baju ini dibeli bersama saorang gades manes
Tapi gades manes itu telah meninggalkan saya untuk terbang ke Jepun juga malam ini.
Raya qurban ini pasti tidak romantik macam raya puasa

Tapi raya qurban bukan untuk romantik
Tapi untuk mengenang pengorbanan nabi
Nabi junjungan serata alam

Selamat Hari Raya Qurban

11 comments:

Hanggokan said...

yeah!
selamat hari raya qorban!
:) smoga hari lebaran ini disambut gembira bersama keluarga biarpon kasih jauh di jepon...

Anonymous said...

salam aidiladha saudara.

Amir S. said...

selamat hari raya jugak:p

John Leh said...

Baju kotak-kotak lebih cool.

John Leh said...

Salam Aidil Adha.
Berapa ekor lembu / unta tumbang di kampung kita?
Pasti seronok!

Farid Abu Talib said...

did : jangan takut jangan gentar. seronoklah kamu malam ini berdangsa di pusat karaoke.

yanhashim : salam aidiladha juga untuk kamu

amir syafiq : selamat hari raya juga untuk kamu

pokleh : memang cool. beberapa ekor lembu berjaya ditumbangkan. tidak pasti berapa ekor. yg pasti ekornya dah dibuat sup ekor.

hafiz said...

Bro farid. ia merupakan sebuah sambutan yang magis. sempena mengingati Ibrahim dari Macedonia yang qudus bersama anaknya yang yakin. Salam Iduladha!

tanah runtuh lagi. puaka hutan amok!

syafiqah said...

baju yang diberi dari gadis manis? pasti istimewa. =P

Farid Abu Talib said...

hafiz : puaka mengamuk. tuan empunya rumah lagi mengamuk. kahkahkah.

syafiqah : sudah tentu sangat istimewa. kahkahkah.

Anonymous said...

hello...wa mau tanya la...
itu gadish manesh from PAK LONG CORNER KE?

Anonymous said...

muka ajer bagus....
menyusahkan kengkawan ajer kena hantar ke stesen bas....
gaya ader berani..
tp penakut rupanya....
mula2 dikatakan mau beraya sendirian di permatang pauh....
ape cerr bang.....

"FROM PAK LONG CORNER WITH LOVE"