Tuesday, June 10, 2008

Fikrah Yang Sasau


Apabila kerajaan menaikkan harga minyak, saya telah menerima sms bertalu-talu tanpa dapat dihentikan.Sahabat handai saya semuanya marah dan menyumpah seranah.Ketika itu keadaan menjadi gawat dan stesen minyak dipenuhi dengan kenderaan untuk mengisi minyak.Sekali pandang sudah seperti pesta muda-mudi yang patut dirayakan.

Saya tidak ingin berlabon panjang mengenai harga minyak di Malaysia yang telah dinaikkan.Saya tidak ingin berlabon mengenai subsidi yang ditarik balik dan saya tidak ingin berlabon mengenai mekanisme yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk menangani krisis ini.Saya kira sebagai warga yang bertanggungjawab kita sudah mengetahui perjalanan ceritanya.

Apa yang menghairankan saya ialah labonan dari seorang menteri.Malam kelmarin saya telah mendengar menteri ini berlabon didalam televisyen dengan mengatakan bahawasanya kenaikan harga minyak tidak akan membebankan rakyat.

Saya tidak tahu samada menteri ini berada dalam keadaan sasau atau separuh sedar ketika memberikan hujah atau daya fikrah menteri ini telah ‘overhaul’.Saya juga kurang pasti sama ada menteri ini pernah melalui persekolahan secara formal atau tidak.

Sebagai warga yang bertanggungjawab disini saya ingin nyatakan kepada menteri ini bahawasanya setiap kenaikan tidak kira minyak atau apa juga yang perlu dibayar menggunakan Ringgit Malaysia akan menambah beban kepada rakyat.Tiada perkara dalam dunia ini yang naik tarifnya akan menyebabkan rakyat senang hati atau rakyat akan bertambah kaya.Ini bukan satu hukum yang baru saya rekacipta ini adalah hukum ekonomi yang wajib kita percaya.Menafikan perkara yang saya nyatakan ini samalah seperti mengatakan muka Charlie Chaplin adalah sama dengan Towkey Kedai Emas Poh Kong.

Tengah hari tadi saya telah membaca akhbar arus perdana dimana menteri ini sekali lagi berlabon memberitahu rakyat jelata bahawasanya harga barang keperluan asas tidak akan naik walaupun harga minyak telah naik secara mendadak.

Saya terus diulik resah gelisah yang berpanjangan seperti lagu Liza Hanim Gelisah Mimpi.Sudahlah kenaikan harga minyak meresahkan jiwa dan raga ditambah pula dengan kenyataan ‘ngok’ dari menteri ini menambahkan luka di dada.

Sekali lagi saya sebagai warga yang bertanggungjawab menyangkal dakwa-dakwi dari menteri ini.Saya menolak hujah-hujah dangkal yang khurafat sesat lagi menyesatkan ini.Mana logik akalnya.

Pada hemat saya, kenaikan minyak adalah tidak boleh disamakan dengan kenaikan harga emas di Kedai Emas Poh Kong.Ini satu perbandingan yang kurang waras.Kenaikan minyak akan menyebabkan kos pengeluaran dan kos operasi sesuatu produk itu meningkat kerana setiap produk yang dihasilkan memerlukan minyak untuk menggerakkan mesin dan perlu menggunakan kenderaan untuk dihantar ke kedai.Kesemuanya memerlukan minyak.Tidaklah saya ketahui jika ada syarikat yang bangang menghantar barang menggunakan kerusi roda atau kasut beroda Apek Senario.

Sudah pasti jika harga minyak dinaikkan, harga barang-barang juga akan turut serta naik termasuk tambang bas, tambang teksi dan harga ikan talapia.Menahan kenaikan harga barang ini samalah seperti cerita klasik Singapura menahan serangan todak menggunakan betis.Maknanya, ia hanyalah kerjaan yang sia-sia.

Saya menyeru warga yang bertanggungjawab supaya bersama-sama saya menyangkal dakwa-dakwi yang cuba memperbodohkan minda kita.Marilah kita bersama-sama wujudkan satu kempen “Jangan Jadi Bodoh’ sebagai tanda protes kepada kenyataan yang bebal ini.

Ditanya mengenai cadangan memotong elaun menteri sebagai langkah penjimatan, beliau (menteri itu) berkata, jumlahnya terlalu sedikit dan meminta orang ramai tidak membuat cadangan berdasarkan emosi

- Dipungut dari Berita Harian 9 Jun2008


Melalui berita yang saya pungut dari akhbar tempatan ini secara tidak semena-mena warga kita telah diklasifikasikan sebagai warga yang emosi.Sudahlah membuat kenyataan yang bebal kini rakyat pula telah disalahkan.Emosi ini adalah satu tindakan yang tidak mengikut akal yang waras.Sekali lagi saya menolak dakwa-dakwi menteri yang dangkal ini.Apa dia ingat ini negara dia yang punya? Saya mula meragui tugasnya sebagai menteri.Ingin membela nasib rakyat atau ingin cari pasal?

Dalam menghadapi krisis minyak yang sangat dasyat ini, tiba-tiba saya teringat kepada kisah lori kambing.Ketika itu saya bersekolah dan tinggal di asrama.Setiap dua minggu saya dibenarkan keluar ke bandar.Pernah beberapa kali saya menumpang lori yang membawa kambing untuk ke bandar.Saya menumpang lori ini adalah untuk menjimatkan tambang kerana pakcik lori kambing ini tidak pernah menyamun wang saku saya tidak seperti prebet sapu yang sentiasa berkeliaran di depan sekolah menunggu mangsa.Apakah kini dengan kenaikan harga minyak yang melampau pakcik lori kambing masih tidak mengenakan tambang kepada junior-junior saya?

Jadi, jika saya diberi pilihan sama ada untuk makan tengahari dengan pakcik lori kambing atau minum petang dengan menteri ini di Starbuck sudah pasti saya akan membuat pilihan untuk bersama pakcik lori kambing kerana dia ternyata lebih berhati perut.

3 comments:

ItuAku said...

#itulah masalahnya bila pak menteri berkelulusan PHD Kajian laut Maritim menjadi menteri perdagangan..
#depa ingat bagi belut jer semua ikan suka.. kalau tahun 1900 masihi boleh la..
#sH*^%#$***

Anonymous said...

Hai Bro! Lama x dgr cite? Blh thn blog bro skang ye. Hujahkan lagi isu minyak naik harga. Dgr2 dah ade yg nak buat demontrasi kat kl. Dlm 2 juta org nak b'kumpul kt kl. Ntah la..ape nak jdi skang ni? Umum naikkan harga siap senyum lagi tuh! Mana rakyat x geram. Sultan pun xde yg nak support rakyat.

Farid Abu Talib said...

Kesihatan diri masih mengizinkan tetapi tahap kuasa beli sudah banyak menurun.Tiada 'support' dari mana-mana pihak tidak perlu dimusykilkan yang penting KITA perlu kedepan.