Tuesday, June 3, 2008

Gades Jepun Yang Indah


Semasa saya kecil balik ke kampung ketika musim cuti sekolah adalah menjadi satu aktiviti wajib.Saya sungguh gembira kerana akan berjumpa dengan datuk dan nenek.Kadang-kadang dengan kesibukan ayah saya pulang sendiri menaiki bas ‘ting-tong’.Begitulah fanatiknya saya pulang ke kampung.

Di kampung, saya berpeluang menjadi budak kampung tulen.Mengikut datuk ke ladang kelapa sawit, memancing, menjala, mencari kulat, membantu nenek menjual nasik lemak dan cendol, berbasikal bersama rakan sebaya meredah hutan dan mengorat anak Pak Hasyim yang putih melepak yang kini sudah beranak dua adalah kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup.

Di sebelah kampung saya ada sebuah perkampungan lain yang diduduki oleh masyarakat Cina dan India.Perkampungan ini terletak di pinggir hutan perantaraan ke sebuah daerah lain.Orang-orang Melayu akan pergi ke perkampungan ini untuk membaiki motosikal, membeli peralatan elektrik atau ingin menge'teh'.Kedai-kedai pomen dimonopoli oleh Orang Cina.Manakala kedai makan atau minum dimiliki oleh Orang India atau Mamak’.Kedai mamak ini mepunyai tarikan yang tersendiri.Ia akan sentiasa membuka panggung gusti, dimana Hulk Hogan akan membelasah Andre The Giant dan akhirnya Andre The Giant yang besar itu akan kalah jua di tangan Hulk Hogan.Semua ini adalah kehidupan di kampung saya.

Saya tidak peduli sama ada Bret Hart akan datang membantu Hulk Hogan untuk menghayun Andre The Giant ke bawah gelanggang.Saya juga tidak peduli sama ada Pak Aji sanggup melengah-lengahkan sembahyang asar untuk menunggu Andre The Giant dihayun ke bawah gelanggang.Semua itu saya tidak peduli dan semua itu tidak ada kena mengena dengan pengajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris

Apa yang menjelikkan saya ialah perangai Orang Melayu bila mereka datang ke perkampungan ini.Identiti dan fikrah Melayu akan terus berubah.Orang Melayu ini apabila datang ke kedai Cina akan bercakap melayu dalam dialek pelat cina.Malah ada yang lebih pelat cina dari orang cina.Jika Mereka ke kedai mamak, dialek mereka bercakap mengikut telor mamak.Ada juga yang lebih mamak dari mamak.Bagi saya ini adalah satu penghinaan kepada Bahasa Melayu.

Mengapa kita harus bercakap seperti Cina berbahasa Melayu? Mengapa kita perlu bercakap seperti mamak berbahasa Melayu? Adakah kita akan dapat diskaun 50% dari harga barang yang dibeli kerana melacurkan Bahasa Melayu.Ini yang saya cukup tidak faham.Jika anda masih ragu-ragu mulai hari ini anda bolehlah pergi ke kedai Cina atau India dan tunggulah Orang Melayu datang dan berbicara dengan mereka.Anda akan bertemu dengan spesis ular berkepala buaya ini.

Dunia sudah terbalik.Seharusnya kita sebagai Orang Melayu dengan hati tulus ikhlas membantu Orang Cina dan India menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.Sepatutnya mereka yang mengikut kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.

Satu ketika sedang saya beratur menaiki Roller Coaster di Disneyland Tokyo di Jepun, saya telah terlihat seorang minah Jepun yang sangat indah memberi senyuman manis kepada saya.Saya pun berkenalanlah dengan minah Jepun yang sangat indah itu.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Maiko.Cik Maiko.Apa yang mengejutkan saya, ketika berkenalan dia telah menggunakan Bahasa Melayu dengan fasih.

Dia berbahasa Melayu tanpa menggunakan susun atur Bahasa Jepun mahupun Cina ataupun India.Dia berbahasa Melayu sama seperti ibu saya.Melihat saya kehairanan dia telah membuka rahsia bahawasanya dia adalah bekas penuntut universiti di Malaysia selama beberapa tahun.

Bayangkan dalam masa beberapa tahun sahaja si minah yang indah dari Jepun ini telah pandai berbahasa Melayu bukan sahaja berbahasa Melayu tetapi bahasa pasar juga.Saya mengandaikan bahawasanya Cik Maiko ini adalah lebih berjiwa Melayu dari spesis ular berkepala buaya.

3 comments:

Ir Dr Hafis said...

Salam...of cos la bangsa spesis ini di panggil bangsa melayu...kata dasar "Layu"..dan tambah imbuhah awalan "ME"..terhasil satu bangsa yg gah pada nama shj.

Anonymous said...

"Wahai kau burung dlm sangkar..."
Ni adalah bait2 lagu yg dinyanyikan oleh wanita Jepun(selebihnya aku x igt)semasa aku di Jepun dulu. Agak t'kejut sbb sepanjang di Jepun x prnah dgr lagu unsur2 kemelayuan. Bila dgr rasa rindu kt m'sia.
Lepas perempuan itu nyanyi,terus dtg pd kami dan berbual dlm bahasa Malay-Indon.Rupa2nya dia pernah ke Bali. Sayangnya p'temuan itu x dpt dirakam sbb xde kamera digital canggih mcm skrang mahupun handycam.
Susah pyahnya lidah d'org nak cakap melayu,nak betulkan bahasa. Tapi kat sini org kita yg t'geliat lidah ade la...

Farid Abu Talib said...

Pengalaman sampai ke Jepun negara Asia paling hebat sungguh menggiurkan.Teringat juga kisah tersesat di Kyoto tatkala mencari jalan meminta bantuan dari seorang tua Jepun, dia memberi direction dalam bahasa melayu.Sungguh menakjubkan