Monday, December 1, 2008

Setelah Dua Minggu

Saya menulis ini setelah dua minggu saya berada di luar kawasan. Setelah dua minggu saya meninggalkan flat lima tingkat. Setelah dua minggu saya berkelana di Permatang Pauh. Dua minggu yang cukup panjang. Dua minggu yang tidak cukup-cukup.

Keadaan disini tidaklah semeriah sewaktu bulan Ogos dimana Pesta Pilihanraya Permatang Pauh membuka jendelanya. Kini suasana disini tiada lagi kehangatan. Saya tidak perlu berkejar-kejar dari satu kampung ke satu kampung untuk mendengar bicara orang politik. Saya tidak ketemu lagi dengan wartawan-wartawan Minah Salleh yang cantek di tepi jalan. Saya tidak perlu lagi menelusuri jalan-jalan kecil untuk mengikuti perkembangan semasa. Suasana cukup tenang. Suasana cukup biasa. Sesekali hujan turun membasahi bumi.

Setelah dua minggu saya mula teringat kembali kali pertama saya sampai ke wilayah ini. Kira-kira dua tahun yang lalu. Ketika itu saya mempunyai seorang teman lama yang menjadi anak mahasiswa disini. Saya menumpang tidur dirumah sewanya di sebuah flat berhampiran dengan Bandar Seberang Jaya.

Setelah dua minggu saya mula teringat kali pertama saya sampai ke wilayah ini. Teman saya anak mahasiswa ini telah mengajak saya ke sebuah warung. Di depan warung ini diletak papan tanda yang bertulis ‘Char Kuey Teow - Kampung Pelet - Mohd Ariff - Isnin Tutup’ dan diapit oleh gambar dua ekor udang berwarna merah. Saya dikesahkan ‘Char Kuey Tiaw’ disini yang paling masyhur. Setelah sampai ke warung ini saya mula mengerti erti masyhur. Setelah sampai ke warung ini saya mula mengenal erti gian.

Setelah dua minggu saya mula teringat. Di meja warung ini saya berkenalan dengan seseorang. Namanya sudah saya lupa. Saya mengenalinya melalui seorang kawan. Kami sapa menyapa di meja makan. Kami mengucap selamat di meja makan. Lalu dia mengajak saya ke majlis kenduri seorang kawan lelakinya. Saya tidak keberatan - lantas bersetuju.

Setelah dua minggu saya mula teringat betapa terkejutnya saya apabila mengetahui pengantin perempuan itu adalah rakan sekelas saya ketika di sekolah. Setelah dua minggu baru saya teringat bahawa saya pernah menguntumkan senyuman manis kepada pasangan pengantin di bawah bilah pedang – suaminya seorang tentera laut.

Setelah dua minggu baru saya sedari bahawa sejak saya disini saya masih belum menziarahi warung ini. Setelah dua minggu saya mula yakin bahawa rasa gian saya telah datang kembali. Saya kembali menulusuri jalan untuk ke warung ini. Untuk ke warung ini saya perlu melintasi jalan keretapi. Kadangkala jalan ini terpaksa ditutup seketika untuk memberi laluan keretapi melintas. Walaupun sudah beberapa kali melintasi jalan ini tetapi saya tidak pernah mengetahui dari mana datangnya keretapi ini. Setelah dua minggu baru saya merasai nikmat melepaskan gian.

Setelah dua minggu. Saya hanya disediakan sebuah bilik yang tidak berdapur. Disini saya tidak boleh memasak. Disini saya tidak mempunyai nikmat untuk membuat. Disini saya hanya membeli. Disini saya tidak dapat merasai erti demokrasi yang terbentang luas diatas meja makan. Rutin saya ini telah hilang di dalam gian asap ‘Char Kuey Teow’.

10 comments:

Amir S. said...

hahaha lain kali kalau pegi sana,jangan lupa bawa aku.aku ni hantu char keu tiau jugak.char keu tiau Shah Alam tak sedap sangat:D

Hanggokan said...

kahkahkah...temanmu yg dulu anak mahasiswa itu pasti kacak dan bergaya kan? wahahaha! weh,kat kuantan pon ada char kuey teow..sedap gak beb! nk lepas gian boleh aaa...balik ktn,kite layan k?
aku teringat saat itu,kte ke bukit bendera...naik kete kabel...berhimpit2 dgn para gadis. huhuhu!!

Anonymous said...

:)
:D

seronok dapat baca tulisan saudara semula. lebih seronok dari bersantap char kuew teow mungkin. :P

razuwahanim said...

ohh char kue teow. dah lama tak makan

Anonymous said...

bro, aku ada satu cadangan. macamana kalau bro buat satu group kat facebook, memperjuangkan hak rakyat.

nanti kita ajak di kalangan kawan-kawan kita ramai-ramai. kita test power berapa orang yang sedar tentang pentingnya kuasa rakyat.

kalau kita dapat kumpul 10,000, itu dah cukup kuat untuk goyangkan kerajaan. kalau dapat 100,000 alhamdullilah. Kita punya pengaruh yg besar dalam halatuju negara.

amacam bro, ok tak cadangan saya?

Anonymous said...

hohoho...char kuey teow tu sdp wooo...
nyum3.........hihihihi
bandar seberang jaya tu bandar kesayangn ku......=)

syafiqah said...

char kuey teow pulau pinang memang the best. =P

paip-bocor said...

hatiku amat gundah gulana en farid setelah 2 minggu senyap sepi tanpa berita kerana pintu blog faridisme telah kau kunci. nasib baik hanya sementara....

raisadora said...

:) udah di kuantan blom? alhamdulillah jika anda pulang dgn selamat n aman... syukur bole terus membaca karya anda... tp tulisannya rada2 sedih bikin aku turut sedih... gpp yg penting kamu bisa kembali lagi...

Farid Abu Talib said...

amir syafiq : ada seorang teman bagitau char kueh teow shah alam kurang sedap. mari ke permatang pauh. menggiurkan.

did : saya tahu anak mahasiswa itu kacak, gagah dan berani. kenangan itu kekal dalam ingatan. saya pernah merasa di kuantan bersama seorang gades manes. sebelah stadium.

yanhashim : terima kasih. seronok mendengar komen kamu.

are-name : di pelabuhan tanjung pelepas ada ke char kueh teow? kalau mee bandung tepi laut rasa saya memang banyak.

melayu minimalis : terima kasih atas cadangan. tetapi lebih baik kita rapatkan baresan yang sudah ada untuk memecahkan kuasa yang menindas.

wannur : ini kampung kamu. baru saya teringat. sungguh banyak bulan sabit disini yang bisa menerangi pelau pinang. di jepun bulan sabit hanya di balik awan. di sini bulan sabit di celah pokok kelapa.

syafiqah : serius memang sedap.

zarul a.wahab : apalah kamu ini. berkongres tapi berada di luar stadium.

raisadora : saat dan ketika ini masih di permatang pauh. sedih? ngak juga dong. tetapi ngak terlalu gumbira.