Tuesday, November 4, 2008

Hujan Hujan Lagi

Hujan turun dengan lebat. Guruh dan kilat saling bertengkar. Antara guruh dan kilat saya tidak tahu untuk menyokong yang mana satu. Air di bawah flat 5 tingkat sudah berladung.Menunggu masa untuk melimpah. Harap hujan tidak lama

Jiran dibawah rumah saya sibuk mencari anaknya yang hilang bermain. Habis kawasan flat ini dikelilinginya. Dari tingkat empat ini saya dengan jelas melihat anaknya sembunyi dalam longkang di belakang surau. Mujur saya belum mempunyai anak. Jika tidak mungkin saya juga begitu.

Apabila hujan, guruh dan kilat sampai, saya menggelabah. Bimbang ada peralatan elektrik yang rosak dipukul ribut. Bimbang terputus bekalan elektrik. Jika terputus bekalan elektrik bermakna saya bergelap. Mengelabah lagi mencari lilin. Kembali kepada kesah zaman jepun zaman dimana ketika itu guru menjadi pejuang nasionalis yang mendobrak dunia kolonial. Kini guru telah dibarai dan membaraikan

Hujan masih belum berhenti. Dimana agaknya warga plentong yang tanah mereka dirampas dan rumah mereka dirobohkan oleh cukong-cukong? Dimana mereka sekarang? Dimana mereka berteduh? Hujan-hujan begini jika tidak berumah pasti akan lencun. Pasti sedang kesejukan. Buku untuk anak-anak kesekolah pasti sudah berderai dipukul hujan. Bagaimana keadaan anak-anak yang baru dilahirkan yang masih menyusu? Malam ini dimana mereka melelapkan mata?

Kan lebih baik jika kuasa daulah yang menyusun atur perumahan rakyat. Jika kuasa daulah yang memiliknegarakan penyusunan rumah rakyat, cukong-cukong yang menindas ini akan mati tergantung. Mereka pasti mereka akan mati kering. Pasti mereka hilang mata pencarian. Pasti mereka kebuluran. Apabila penindas mati kebuluran rasa saya kita sebagai warga akan mengadakan pesta setiap malam untuk meraikannya. Malangnya kuasa daulah masih bebal. Kuasa daulah masih bertengkar sesama mereka membeli jet pejuang, helikopter dan kapal selam. Warga plentong bukan mahu naik kapal selam untuk ke Poland. Mereka mahukan rumah yang selesa untuk meneruskan kehidupan sebelum mati - membesarkan anak-anak dan berkeluarga.

Hujan masih belum berhenti - sejuk. Kalau menjalar di bawah selimut enak juga. Tapi perut sudah keroncong. Tanda dan makna perlu memasak. Memasak lebih penting dari membeli. Memasak lebih untung dari membeli. Memasak menjamin kebersihan perut. Ini teori orang bujang yang kopak dan sengkek. Kuasa daulah juga perlu dimasak agar lebih mengerti kesengsaraan dan keperitan rakyat.

13 comments:

Anonymous said...

senyum*
hujan..

fadzil hafiz said...

gualah raja segala kopak!!nape, lu x percaya?

Redz da Tsar said...

huhu...
Sian...
Adakah ini satu entri yang menghmburkan kebengangan terhadap hujan?
Atau sekadar satira yang mempunyai maksud mendalam?

Amir S. said...

heh.
saya minat sekali band Hujan walaupun rmai tak suka.

sebenarnya bila di waktu hujan lebat ni lah saat paling romantik tau.

razuwahanim said...

teringat kenangan masa kecik2. aku selalu kena piat sebab suka main hujan. best wooo menari sambil minum air hujan harharhar

Amz CamPro said...

itulah akibat bila tidak bersyukur..syaitan2 ini akan menjalankan kerjanya..hahahaha

Rahimin Idris said...

aku suka suasana halaman rumput lepas hujan. rasa macam dalam perut baru lepas dibasuh!

hafiz said...

bila hujan. seronok. bila ribut. takut. bila tak da rumah. makanya orang yang mengambil rumah itu memang jahat!

Rock Oi! said...

hari itu anda berkata hujan2 atas katil bersama bini enak juga ya,,,hik8

Anonymous said...

hujan2 melengkar di atas katil sambil makan choki2 enak juga..

FarhanaLicious said...

kalo hujan, saya suka tido. tak pun, duk tepi tingkap. tengok ujan. heheh~

Anonymous said...

"MILIKNEGARAKAN" satu perkataan yg aku rindu. masihkah kau ingat..masihkah kau ingat....

Farid Abu Talib said...

yanhashim : senyuman kamu pasti manis. kahkahkah.

padelkopak : gua tahu lu kopak. berhala bergerak lu mahal sangat. kahkahkah.

redzwan abdullah : hujan nikmat alam. datang dari tuhan utk manusia. manusia menggunakan alam utk merosakkan hubungan dengan manusia. ini yang harus kita dobrak agar ia pecah dan terbarai. kahkahkah.

amir syafiq : saya juga meminati band hujan. khalas. kahkahkah.

are-name : main hujan boleh demam. itu hujan asid. asid di dalam hujan dtg dr tamadun petrolium yang menjadi bahan bakar mencemarkan alam.

amz campro : sebagai ahli angkatan muda keramaian kita juga harus bersyukur. kahkahkah. sebagai ahli angkatan muda keramaian kuliah di universiti jalan kopi harus diteruskan. kahkahkah.

rahimin idris : tiada rumah tiada halamana rumput. kahkahkah.

hafiz : kejahatan perlu kita dobrak agar warga dan rakyat dunia selamat aman dan makmur. kahkahkah.

rock oi! : kahkahkah. kamu sudah beristeri. saya masih bujang. sejuk-sejuk begini hanya menjalar di bawah selimut.

ajiji : setuju. kahkahkah.

farhanalicious : tidur semasa hujan lebat smapai sangat menggiurkan.

shamcoi : kahkahkah. masih ingat. kahkahkah. 'MILIKNEGARAKAN' sinonim dengan kamu. ideologi ini hanya kamu dan 'IBLIS' menganutinya ketika jaman sekolah. selalu ditibai olih ustaz PI. kahkahkah.